BAB 27

157 3 0
                                    

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen mengetahui Qasr bekerja di sebuah hospital swasta iaitu HOSPITAL T.ALYSSA INTERNASIONAL dan hopsital itu adalah milik Tengku Alyssa.

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen datang ke HOSPITAL T.ALYSSA INTERNASIONAL untuk mencari Qasr.

"Di mana bilik Qasr Qaliq?"Tanya Tengku Al-Firqan kepada salah satu doktor di situ.

"Tengku jalan terus dan pusing ke arah kiri.Di situ bilik Doktor Qasr."Jawab Doktor lelaki itu.

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen berlalu dari situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada Doktor lelaki di situ.

"Sombong."Kata Doktor lelaki itu sendirian dan dia berlalu pergi dari situ.

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen terus masuk ke dalam bilik Qasr tanpa mengetuk pintu.

"Ada apa?"Tanya Qasr dengan tersenyum.

"Hidup lagi kau,aku fikir kau dah lama mati."Balas Tengku Al-Firqen dengan dingin.

"Seperti yang korang berdua lihat,aku tidak mati lagi,aku masih hidup lagi."Balas Qasr dengan berani.

"Kenapa kau datang ke sini?apa tujuan kau?"Tanya Tengku Al-Firqan bertubi-tubi.

"Aku datang ke sini ingin berjumpa Lyssa semula dan ingin mendapatkan Lyssa semula."Jawab Qasr dengan berani.Dia langsung tidak takut dengan Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen.

"Hahahah,kau fikir Lyssa akan terima kau semula."Balas Tengku Al-Firqen dengan ketawa.

"Lyssa akan terima aku.kalau,aku beritahu apa yang kau dengan abang kau buat selama ini."Balas Qasr dengan berani dan tersenyum.

"Kau fikir,Lyssa akan percaya cakap kau."Balas Tengku Al-Firqan pula dengan tersenyum sinis.



Qasr diam apabila mendengar balasan Tengku Al-Firqan yang sememangnya betul *Lyssa tidak akan percayakan aku sebab aku yang memutuskan hubungan kami,sebab aku yang suruh Lyssa jangan muncul depan aku lagi.*



"Kenapa diam?"Tanya Tengku Al-Firqan dengan sinis.

"Aku tahu korang berdua yang sabotaj Lyssa untuk berjumpa dengan aku.jangan fikir,aku tidak tahu apa korang rancang."Jawab Qasr dengan tenang.

"Kami berdua rancang apa?"Tanya Tengku Al-Firqan dengan tersenyum sinis.

"Aku tahu yang korang berdua mengupah orang pura-pura langgar dengan kereta kau."Jawab Qasr dengan tersenyum.

"Apa motif kami buat rancangan seperti itu?"Tanya Tengku Al-Firqen dengan tidak puas hati.

"Aku tahu korang buat rancangan itu dan kau buat semua itu sebab korang berdua takut Lyssa berjumpa dengan aku,korang berdua takut rahsia dan kerja kotor korang selama ini terbongkar."Jawab Qasr dengan tersenyum sinis.



Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen diam apabila mendengar jawapan Qasr.

"Jangan tuduh kami,kalau tiada bukti."Kata Tengku Al-Firqan dengan tegas.

"Siapa cakap,aku tidak ada bukti."Balas Qasr lagi dengan tersenyum.

"Jangan ganggu Lyssa lagi.Kalau,kau tidak mahu keluarga kau mati."Tengku Al-Firqan memberi amaran kepada Qasr dan berlalu dari situ.



Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen keluar dari bilik Qasr dengan perasaan marah.



Di dalam kereta,Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqan hanya diam.

"Apa maksud Qasr tadi?"Tanya Tengku Al-Firqen sendirian.

"Maksud apa?apa yang Qasr beritahu?"Tanya Tengku Al-Firqan apabila dia terdengar adiknya bercakap sendirian.

"Siapa cakap aku tidak ada bukti,lelaki tidak guna itu cakap tadi."Jawab Tengku Al-Firqen sambil meniru gaya Qasr bercakap.

"Apa maksud dia?dia ada bukti ke?"Tanya Tengku Al-Firqen kepada abangnya.

"Tidak mungkin,dia ada bukti sebab aku dah hapuskan semua bukti."Jawab Tengku Al-Firqan sambil memandu.

"Kalau kau dah hapuskan semua bukti,kenapa dia cakap seperti dia ada semua bukti?"Tanya Tengku Al-Firqen lagi.

"Nanti,aku siasat.kau tolong perhatikan Lyssa."Jawab Tengku Al-Firqan.

Tengku Al-Firqen hanya mengganguk faham.







Fiqa menanyakan alamat baru Kelvin kepada tuan rumah sewa Kelvin di kampung.

Tuan rumah sewa itu hanya melihat Fiqa dengan pandangan tidak suka.Dia menyerahkan alamat baru Kelvin apabila melihat Fiqa menangis meminta alamat rumah Kelvin yang baharu.

Selepas mendapat alamat rumah Kelvin yang baharu,terus Fiqa pergi ke bandar mencari alamat rumah Kelvin yang baharu.

Sampai di rumah baharu Kelvin terus Fiqa mengetuk pintu rumah Kelvin.

Tok!Tok!Tok!

"Sabar la."Kata Kayly dengan marah.

Kayly terkejut dan marah apabila melihat Fiqa di depan pintu rumahnya.

"Kau buat apa di sini perempuan?"Tanya Kayly dengan marah.

"Saya cari abang Kelvin."Jawab Fiqa sambil melihat-lihat ke dalam rumah Kayly.

"Sampai ke sini kau cari suami aku."Balas Kayly dengan geram.

"Saya ingin berjumpa dengan abang Kelvin."Balas Fiqa pula.

"Dasar perempuan sundal yang kau cari itu,suami aku bodoh."Balas Kayly dengan marah.

"Apa bising-bising ni?"Tanya Kelvin yang turun ke bawah.



Kelvin turun ke bawah apabila mendengar bunyi bising di bawah.

"Abang Kelvin!"Panggil Fiqa apabila mendengar suara Kelvin.

"Perempuan sundal ni,cari you.perempuan ni memang gilakan you."Kata Kayly kepada Kelvin yang baru turun ke bawah.

"Ada apa cari aku?"Tanya Kelvin dengan dingin.

"Saya rindukan awak,abang Kelvin.saya tahu abang Kelvin cintakan saya."Jawab Fiqa dengan gembira.Tapi,gembira itu sekejap sahaja.

"Aku tidak rindukan kau."Balas Kelvin dengan dingin.

"Abang Kelvin,kita kahwin dan saya tahu abang Kelvin cintakan saya selama ini."Balas Fiqa dengan yakin

"Aku tidak cintakan kau dan aku tidak mahu berkahwin dengan kau."Balas Kelvin lagi dengan dingin.

"Kenapa abang Kelvin dekat dengan saya?kenapa abang Kelvin bagi saya harapan?kenapa?"Tanya Fiqa dengan menangis apabila mendengar Kelvin tidak cintakan dia.

"Aku dekat dengan kau,hanya sebab aku kesian dengan kau.itu sahaja,aku langsung tidak cintakan kau."Jawab Kelvin dengan dingin.Dia hanya mencintai Tengku Alyssa.

"Sampai hati abang Kelvin."Balas Fiqa dan berlalu dari rumah Kelvin.

Kayly yang melihat adegan itu hanya tersenyum sinis.Dia gembira apabila melihat Fiqa menderita.

Kelvin mengunci pintu rumah dan dia naik ke atas biliknya.



Tengku Alyssa yang berada di pejabat pelik apabila dia melihat sekali lagi lelaki yang seiras dengan Qasr di tea shop.

"Siapa lelaki itu?"Tanya Tengku Alyssa sendirian.

"Muka lelaki yang aku terserempak tadi,sebiji sama dengan Qasr."Kata Tengku Alyssa sendirian lagi.

"Mungkin itu lelaki yang seiras dengan Qasr."Kata Tengku Alyssa lagi.

Tengku Alyssa sambung buat kerjanya semula.

Ex Wife TrillionnareWhere stories live. Discover now