BAB 36

111 3 0
                                    

Tengku Al-Firqen bangun awal.Dia keluar dari biliknya dan dia berjalan menuju ke arah bilik abangnya.

Tengku Al-Firqen masuk ke dalam bilik Tengku Al-Firqan dengan perlahan-lahan.

"What do you want?"Tanya Tengku Al-Firqan yang sedang memeriksa e-mel di dalam laptop.

"Kau kenal tak lelaki yang duduk semeja dengan kita di cafe semalam?"Tanya Tengku Al-Firqen.

"Tak,Kenapa?"Tanya Tengku Al-Firqan yang masih memandang laptopnya.

"Lelaki itu suka dengan Lyssa dan aku rasa sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu."Jawab Tengku Al-Firqen.

"Kau kenal ke lelaki itu?"Tanya Tengku Al-Firqan dan dia menutup laptopnya.

"Aku tak la kenal sangat.Tapi,pelajar lelaki itu masuk dalam pasukan tenis.Semalam,sempat aku perhati dia yang dia sedang melihat Lyssa di gelanggang badminton sebelah gelangga tenis."Jawab Tengku Al-Firqen yang duduk di katil abangnya.

"Bila aku tanya dia,dia jawab dengan dingin dan dia guna kata aku kau.Walaupun,aku ni jurulatih dia."Kata Tengku Al-Firqen lagi.

Tengku Al-Firqan diam mencerna apa yang dikatakan adiknya itu.

"Macam mana kau tahu dia ada sesuatu yang tidak kena?"Tanya Tengku Al-Firqan.

Tengku Al-Firqen menceritakan kejadian dia dan Al-Niel di tandas semalam.


4.00 pm

Al-Niel masuk ke tandas dan Tengku Al-Firqen mengikuti Al-Niel dari belakang sehingga ke dalam tandas.

"Kenapa kau ikut aku?"Tanya Al-Niel dengan dingin.

"Aku nak ke tandas."Jawab Tengku Al-Firqen dan dia berpura-pura membasuh tangannya.

"Kau suka Tengku Alyssa ke?"Tanya Tengku Al-Firqen.

"Aku tak suka.Tapi,aku cintakan Tengku Alyasa."Jawab Al-Niel dengan tersenyum sinis.

"Jangan rapat dengan Tengku Alyssa dan buang perasaan kau untuk dia."Arah Tengku Al-Firqen dengan sangat dingin.

"Kenapa?"Tanya Al-Niel dengan sinis.

"Lebih baik kau lupakan perasaan kau atau kau akan dapat lebih teruk daripada ini,anggap sahaja ini amaran."Kata Tengku Al-Firqen.Selepas dia menumbuk Al-Niel.

"Kau fikir aku takut dengan kau,siapa kau?"Tanya Al-Niel dengan geram.

"Aku mafia.Kalau,kau tidak mahu mati sia-sia.Jangan cari pasal dengan aku,Lupakan perasaan kau untuk dia."Jawab Tengku Al-Firqen dengan dingin.Dia juga mengarahkan Al-Niel untuk lupakan perasaan cinta terhadap Tengku Alyssa.

"Kau mafia,fikir aku takut dengan kau,never."Balas Al-Niel dengan sinis.

"Aku akan dapatkan cinta Tengku Alyssa dan aku langsung tidak takut dengan amaran kau,wahai Tengku Al-Firqen yang terhormat."Balas Al-Niel lagi dengan sinis dan dia keluar dari tandas.

Tengku Al-Firqen hanya melihat Al-Niel keluar dari tandas.Dia menggengam tangannya dengan kuat dan dia keluar dari tandas itu.



Tengku Al-Firqan diam dan tekun mendengar cerita Tengku Al-Firqen.

"Siapa nama budak lelaki itu?"Tanya Tengku Al-Firqen.

"Al-Niel."Jawab Tengku Al-Firqan.

"Familiar nama dia,macam aku pernah dengar."Balas Tengku Al-Firqan.

"Aku pun rasa macam pernah dengar nama dia.Tapi,aku tidak tahu bila dan di mana aku dengar."Balas Tengku Al-Firqen pula.

"Kita biarkan sahaja dulu budak lelaki itu."Kata Tengku Al-Firqan.

"Kau nak dia dekat dengan Lyssa ke?"Tanya Tengku Al-Firqen dengan geram.

"No,kalau budak tu luahkan perasaan dia dekat Lyssa.tidak mungkin Lyssa akan terima budak tu,dia hanya budak mentah."Jawab Tengku Al-Firqan.

"Budak mentah tu,kita akan uruskan kemudian yang penting sekarang ini,kita perlu hapuskan Qasr.Sebelum Qasr,menunjukkan semua bukti kepada Lyssa."Kata Tengku Al-Firqan lagi.

"Apa rancangan kau?"Tanya Tengku Al-Firqen.

"Kita perlu dapatkan semua bukti itu dulu dan selepas itu,kita akan bunuh dia menggunakan racun."Jawab Tengku Al-Firqan.

"Macam mana kita nak bagi dia racun?"Tanya Tengku Al-Firqen lagi.

"Melalui makanan,racun ini anak buah aku yang buat dan aku beli racun ini,racun ini boleh bunuh orang itu dalam masa 10 minit dan racun ini tidak akan meninggalkan kesan dan polis tidak akan menjumpai apa-apa bukti."Jawab Tengku Al-Firqan dan dia jelaskan mengenai racun itu.

"Kita letakkan racun di minuman yang dia beli di kedai."Kata Tengku Al-Firqan dengan tersenyum licik.

"Aku setuju tentang itu."Balas Tengku Al-Firqen.

"Budak mentah tu,macam mana kita nak hapuskan?"Tanya Tengku Al-Firqen.

"Aku akan siasat tentang budak tu dulu,baru kita buat rancangan untuk bunuh dia."Jawab Tengku Al-Firqan.

"Bagus,aku dah lama bersabar dengan budak tu."Balas Tengku Al-Firqen.

"Kau perlu bersabar untuk 3 bulan sahaja."Kata Tengku Al-Firqan.

"3 bulan sahaja lagi,kita melatih pelajar-pelajar di sekolah itu dan yang terpilih akan ke luar negara untuk bertanding dan jurulatih baru akan melatih pelajar-pelajar itu."Jelas Tengku Al-Firqan lagi apabila dia melihat Tengku Al-Firqen seperti ingin bertanya.

"Kau jangan fikir aku dah lupa perjanjian kita."Kata Tengku Al-Firqen tiba-tiba.

"Aku pun tidak pernah lupakan perjanjian kita."Balas Tengku Al-Firqan pula.

Tengku Al-Firqen keluar dari bilik abangnya itu.Manakala,Tengku Al-Firqan kembali membuat kerjanya semula.







Tengku Alyssa merasa pelik apabila memikirkan lelaki yang bernama Al-Niel.

"Kenapa aku rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Niel?kenapa dia asyik dekat dengan aku?"Tanya Tengku Alyssa sendirian.

Tengku Alyssa seperti pernah dengar nama Al-Niel.Tapi,Dia tahu yang dia dengar nama itu.Tapi,dia tidak ingat di mana.







Qasr membuka laptopnya dan membuka fail di dalam laptop.

"Mana bukti tu?mana ni?laptop aku kena hack ke?siapa yang hack laptop aku?"Tanya Qasr sendirian apabila dia melihat semua bukti kejahatan Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqan telah hilang.

"Ini semua kerja 2 kembar itu."Kata Qasr dengan geram dan dia menutup laptopnya.



Kelvin menghantar barang seperti fail dan buku ke beberapa syarikat.

"Penatnya."Kelvin mengeluh apabila sampai di rumah.

"Kerja,penat la."Balas Kayly yang masuk ke dalam biliknya.

"Aku kerja bukan macam kau pemalas,tidak berguna langsung untuk aku."Balas Kelvin dengan marah dan dia naik ke atas.Dia masuk ke dalam biliknya.

Kelvin sedang memikirkan cara untuk membayar hutang Tengku Al-Firqen yang sebanyak 4 juta.

"Macam mana aku nak bayar?"Tanya Kelvin sendirian.

"Baik aku lari je."Kata Kelvin dengan tersenyum licik.

"Aku lari minta tolong,Tengku Alyssa."Rancang Kelvin.





Al-Niel hanya diam apabila mengingat amaran Tengku Al-Firqen.

"Siapa perempuan tu?"Tanya Al-Alian yang masuk ke dalam bilik adiknya.

"Perempuan mana?"Tanya Al-Niel dengan dingin.

"Perempuan yang kau jatuh cinta yang kau tergila-gilakan tu."Balas Al-Alian.

"Tengku Alyssa,aku jatuh cinta dengan dia."Luah Al-Niel.

Al-Alian hanya diam apabila mendengar luahan adiknya.

Ex Wife TrillionnareWhere stories live. Discover now