BAB 48

101 3 0
                                    

Tengku Alyssa baring di atas katil sambil memikirkan sesuatu *apa maksud Hyden?apa kerja kotor Qan dan Qen yang aku tak tahu?apa yang aku tak tahu tentang Qan dan Qen?*

Tengku Alyssa membuka laci di tepi katilnya.Dia tidak sengaja mengambil buku harian Qasr Qaliq yang dia simpan di dalam lacinya.

"Buku harian Qasr."Kata Tengku Alyssa sendirian.

Tengku Alyssa buka buku harian Qasr.Dia baca buku itu.


20/12/2017

9.00 am

Aku gembira sebab hari ini,aku akan luahkan perasaan aku kepada Tengku Alyssa iaitu wanita pujaan aku.

11.00 pm

Aku gembira sebab Tengku Alyssa menerima aku menjadi kekasihnya dan Tengku Alyssa juga cintakan aku,gembiranya aku.

Dalam diam aku belajar bahasa Malaysia.Aku belajar melalui online dan kelas online.

21/12/2017

Setiap kali,aku bertentang mata atau melihat Tengku Alyssa.Hati aku merasa berdebar-debar.

22/12/2017

Aku cemburu bila lelaki dan kawan aku pandang Tengku Alyssa a.k.a my love.

23/12/2017

Aku cemburu bila Tengku Alyssa dekat dengan Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen.Tapi,aku hanya boleh pendam dalam hati sahaja.

24/12/2017

Aku pernah kenalkan Tengku Alyssa kepada kawan aku.Tapi,itu adalah silap aku kenalkan Tengku Alyssa dengan kawan aku sebab kawan aku pula yang jatuh cinta dengan kekasih aku.Sejak hari itu,aku putuskan persahabatan aku dengan kawan aku sebab dia tikam aku dari belakang.Dia beritahu semua orang yang arwah ayah aku adalah orang yang jahat.

25/12/2017

Aku melihat seseorang lelaki memerhati Tengku Alyssa dari jauh.Tapi,aku tidak tahu dia siapa dan aku tidak tahu apa tujuan dia memerhati Tengku Alyssa dan aku.

26/12/2017

Aku gembira apabila mendapat hadiah dari Tengku Alyssa.Tapi,dalam pada masa yang sama aku juga rasa bersalah kerana Tengku Alyssa selalu memberi aku hadiah.Tapi,aku tidak beri apa-apa hadiah kepada Tengku Alyssa.Aku tidak mahu orang lain fikir yang aku hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan Tengku Alyssa.

27/12/2017

Aku dihina dan dibuli sebab aku bercinta dengan Tengku Alyssa.Bila aku dibuli atau dihina,Tengku Alyssa selalu melindungi aku.

Aku rasa bersalah sebab tidak mampu melawan pembuli.aku rasa yang aku tidak layak untuk bercinta dengan Tengku Alyssa yang hebat dan kaya.

Tapi,Tengku Alyssa selalu melindungi aku dan selalu menenangkan aku.

28/19/2017

Hari ini,aku marah kepada Tengku Alyssa.
Hari ini juga adalah pertama kali pertama,aku marah kepada Tengku Alyssa.

Tengku Alyssa melindungi aku dari dibuli.Tapi.aku pula yang memarahi Tengku Alyssa sebab selalu melindungi aku.
Aku juga minta Tengku Alyssa putus dengan aku dan tinggalkan aku.

Tengku Alyssa sedih dan menangis.
Aku kasihan melihat Tengku Alyssa menangis dan sedih.Tapi,aku tidak mempunyai pilihan lain.

Kami berdua resmi putus.


1/9/2018

Aku dah lama tak tulis diari.

Maaf,aku tiada cerita nak diceritakan lagi di dalam diari.

Ex Wife TrillionnareWhere stories live. Discover now