Harith Liliana : 6

6.8K 311 27
                                    

Sepanjang di dalam kereta Audi R8 milik Harith. Mereka berdua hanya senyap. Tiada sebarang kata pun yang keluar dari mulut masing-masing.

Liliana ingin ajak berbual. Tapi, tengok dari gaya Harith. Macam tak nak bercakap dengan dia sahaja. Tapi, Liliana harus mencuba. Kesempatan ini tak datang dua kali. Bila dah ada ni, perlu dia gunakan dengan sebaik mungkin.

"Harith." Seru Liliana perlahan. Harith tidak menjawab. Mata dia fokus pada jalan. Tapi, dia tetap menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Liliana.

"Kalau saya nak minta izin dengan awak, boleh?" Berkerut dahi Harith tidak mengerti dengan soalan Liliana barusan.

"Izin apa?" Soal Harith.

"Saya nak minta izin untuk kenal dengan awak. Bukan sekadar sebagai kawan abang Ash. Tapi, lebih." Ujar Liliana berterus-terang.

Sekilas Harith mengerling Liliana yang duduk di sebelahnya. Sekarang baru dia mengerti di sebalik pertanyaan Liliana tadi.

"Kalau aku tak izinkan?" Tanya Harith ingin tahu.

"Ili akan tetap nak kenal dengan awak." Jawab Liliana dengan yakin.

"Aku tak nak kau kenal aku. Sebab aku pun tak nak kenal kau. Cukup sekadar kau tahu aku kawan abang sepupu kau. Itu je." Mendatar suara Harith berkata.

Mengemam rapat bibir Liliana. Tapi, dia harus yakin. Dia tak boleh mengalah. Selepas itu, tiada lagi bicara antara mereka. Kedua-keduanya senyap sehingga lah sampai di rumah keluarga Liliana.

Harith masuk ke dalam perkarangan rumah mewah keluarga Liliana. Diberhentikan keretanya. Liliana melangkah keluar. Harith juga sama. Dia membuka pintu belakang keretany mengambil barang-barang lukisan milik Liliana lalu diberi kepada Liliana.

"Harith nak tahu tak kenapa saya nak kenal denga Harith?" Tanya Liliana. Mana lah Harith nak tahu kenapa kan?

Harith mengangkat sebelah alisnya bertanya kenapa. Liliana menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan. Dia mula berbicara memberitahu sebabnya.

"Sebab saya dah mula jatuh cinta dengan awak." Beritahu Liliana dengan sekali nafas. Terdiam Harith. Tidak tahu nak beri reaksi seperti apa.

Harith menarik nafas dalam dan dihembus. Kepalanya digelengkan seakan tidak percaya apa yang baru dia dengar.

"Buang perasaan kau tu. Aku tak nak perempuan macam kau ada perasaan dekat aku." Arah Harith.

"Apa maksud awak perempuan macam saya?" Penasaran Liliana.

"Macam aku cakap sebelum ni. Perempuan gedik, seksi, tak tahu malu. Kau tengok pakaian kau sekarang. Seksi. Aku tak suka perempuan macam kau. Kau langsung takda kriteria perempuan yang aku suka."

"Bagitahu lah perempuan macam mana awak suka. Saya boleh ubah jadi perempuan yang awak suka." Kata Liliana dengan nada lembut. Dia masih lagi tersenyum.

"Tak perlu. Sebab kalau berubah sekali pun, aku takkan suka kau. Selagi perempuan tu kau, sampai bila-bila aku tak suka." Tutur Harith tanpa peduli tentang perasaan Liliana ketika itu.

Mengangguk faham Liliana. Dia mengemam rapat bibirnya. Wajahnya mula bertukar muram. Tapi, tak lama. Bibirnya ditarik membentuk senyuman.

"Saya akan buat sampai awak suka saya." Yakin Liliana bicara.

"Degil." Sejurus itu, Harith berlalu masuk ke dalam keretanya. Dia terus memandu pergi dari perkarangan rumah mewah keluarga Liliana.

Terdiam Liliana apabila ditinggalkan Harith dengan begitu sahaja. Lagi terkejut bila melihat reaksi Harith tadi. Tipu kalau dia kata tak terasa.

DANGEROUS LOVE [C]Where stories live. Discover now