Harith Liliana : 31

5.9K 192 6
                                    

"Sayang, nah." Harith menghulurkan satu sampul surat putih kepada Liliana yang duduk di tengah katil.

Pelik Liliana. Dia memandang sampul surat itu dan Harith bersilih ganti. Lambat-lambat dia sambut juga sampul itu.

"Sampul apa ni, abang?" Tanya Liliana.

"Tak tahu. Buka lah." Mendatar suara Harith. Langsung tiada kesan mesra dalam nada suaranya.

Makin berkerut dahi Liliana bila mendengar suara Harith begitu. Macam ada sesuatu saja. Liliana buka dan melihat isian di dalam sampul itu. Ditarik keluar isian nya dan dilihat seakan tiket flight.

"Wait. New York? Ini ada nama sayang dengan abang. Kita nak pergi New York ke?" Tanya Liliana.

"Yup. For our honeymoon. You like it?" Terus berubah wajah Liliana.

"Serius?!" Penuh teruja Liliana menyoal. Harith menganggukkan kepalanya.

Terus Liliana memeluk Harith dengan erat. Selepas itu, dia memegang kedua belah pipi suaminya lalu dicium serata wajah tampan itu sehingga puas. Harith apa lagi. Tersenyum lebar lah dia.

"Thank you, abang." Ucap Liliana ikhlas. Dia memeluk semula tubuh Harith. Wajahnya disembamkan di ceruk leher Harith. Menghidu bau wangian yang terbit dari si suami.

Harith mengusap belakang badan isterinya dan diletakkan dahinya di atas bahu Liliana. Dia gembira jika isterinya gembira. Suka dia melihat senyuman Liliana tadi.

Setelah beberapa minit dalam keadaan begitu, Liliana meleraikan pelukan. Dia merenung dalam wajah suaminya. Sungguh dia cinta akan Harith. Terlalu cinta. Tangan dia naik mengusap kedua belah pipi Harith.

"I love you, abang."

"I love you more, sayang."

//////////

Tengah hari itu, Liliana sedang menolong Datin Hanani menghidangkan makanan di atas meja selepas siap dari memasak. Banyak lauk-pauk yang terhidang.

Ada sotong goreng tepung, ikan siakap masak tiga rasa, sayur kangkung tumis belacan dan kerang masak sambal.

Datuk Idlan, Ashraf dan Harith baru sahaja masuk ke ruang makan. Mereka melihat semua sudah siap terhidang di atas meja. Tadi mereka bertiga duduk di hadapan. Mengemas pasu bunga.

"Ha. Siap dah?" Tanya Datin Hanani.

"Siap dah, ibu. Wah.. ibu masak sotong goreng lah. Favourite Ash ni." Bersinar mata Ashraf melihat adanya sotong goreng tepung.

"Tahu dah. Itu yang ibu masakkan. Duduk-duduk. Harith duduk lah. Jangan malu. Harith dah jadi menantu ibu dah pun." Datin Hanani mempersilakan Harith untuk duduk.

Harith memang agak malu sikit. Yalah, baru saja lagi. Kalau dah lama, hilang lah malu dia. Walaupun dia dah kawan lama dengan Ashraf. Tapi, dia bukannya hari-hari datang sini. Tak macam adik dia, Harisa. Memang hari-hari. Dia buat rumah keluarga Liliana ni macam rumah dia.

"Terima kasih, ibu." Ucap Harith. Dia menarik kerusi di sebelah Liliana. Selepas itu, Liliana meletakkan sepinggan nasi di hadapan Harith.

"Cukup tak? Ke nak tambah lagi nasi nya?" Soal Liliana lembut.

"Cukup dah." Jawab Harith sambil tersenyum manis kepada Liliana.

Sesudah itu, Liliana mencedokkan nasi buat Datuk Idlan, Datin Hanani dan Ashraf. Sehabis itu, baru lah dia mencedokkan nasi buat diri dia.

"Abang nak lauk apa?" Tanya Liliana.

"Sayang nak lauk apa?" Bukan menjawab Liliana. Tapi, dia balik menanya isterinya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now