Harith Liliana : 48

3.8K 177 0
                                    

"Assalamualaikum, cik Sofia." Ucap Ashraf seraya menarik kerusi di hadapan Sofia. Gadis manis itu yang mendengar suara garau jejaka tampan itu terus mengangkat kepalanya.

Tersenyum dia sebelum menjawab salam dari Ashraf.

"Waalaikumussalam." Perlahan suara Sofia.

"Maaf lah sebab lama tunggu. Tadi saya kena teman ibu pergi kedai sekejap." Kata Ashraf jujur. Suka dia melihat Sofia yang berpakaian baju kurung dan bertudung bawal. Manis sahaja.

"Takpa. Tadi kan awak dah bagitahu." Balas Sofia. Jantungnya berdegup kencang melihat jejaka di hadapannya ini. Hensem yakmat.

Sudah 2 minggu mereka berdua tidak berjumpa. Rindu pula terasa. Haih. Saling sama-sama rindu. Tapi, masing-masing memendam rasa.

Mereka berdua sama-sama sibuk dengan urusan kerja. Ashraf yang flight ke Perancis dan Indonesia selama dua minggu itu. Sofia pula yang sibuk dengan mahu menguruskan kes klien nya.

"Awak apa khabar?" Soal Sofia.

"Alhamdulillah, sihat. Awak?"

"Alhamdulillah. Sihat juga."

"Dah lama saya tak jumpa awak. Awak buat apa je dua minggu ni?" Soal Ashraf ingin tahu.

"Busy. Sibuk uruskan kes klien saya." Jawab Sofia sopan. Lemah lembut sahaja nada bicara dia.

"Kes apa?"

"Cerai. Sudah tu diaorang rebut hak penjagaan anak pula. Pening saya. Saya kesian tengok anak-anak diaorang." Kata Sofia. Berkerut dahi Ashraf. Dah kenapa pula kena kesian?

"Kenapa kesian?" Tanya Ashraf bingung.

"Kesian lah. Ibu dan ayah diaorang yang cerai. Anak-anak jadi tempias. Tak fikir ke eh? Tak boleh ke jaga sama-sama? Even dah bercerai sekali pun. Ini tidak, berebut hak penjagaan anak. Ini namanya memberi tekanan pada anak-anak." Bebel Sofia tanpa sedar.

Bila diingatkan semula kejadian tiga hari lepas di mahkamah. Pasangan suami isteri itu yang berebut anak-anak telah membuat Sofia memicit kepalanya. Pening nak uruskan kes mereka. Dengan kes ceria belum selesai. Tambah pula kes berebut anak. Aduh.

Terbit senyuman nipis di kedua ulas bibir Ashraf apabila mendengar Sofia membebel. Dia dengar dah macam alunan muzik. Merdu sahaja. Yalah.. awal-awal ni merdu lah. Dah lama-lama nanti? Rimas? Tak tahu lah. Ye dok?

Setelah panjang lebar Sofia membebel. Baru lah dia tersesat yang dia membebel di hadapan Ashraf. Wajahnya mula bertukar warna. Malu.

"Kenapa pipi merah tu?" Tegur Ashraf. Makin jadi malu lah Sofia dibuatnya.

"Huh? Em.. t-tak ada apa." Gagap-gagap Sofia menjawab. Dia memegang kedua belah pipinya. Sebelah tangan dibuat gaya mengipas bagai ingin mengurangkan rasa panas kerana malu.

Memincing mata Ashraf merenung wajah si gadis manis di hadapannya ini tidak lepas. Dalam diam, dia tersenyum. Cantik sahaja apabila gadis ini malu.

"Saya tahu awak malu. Awak boleh bebel. Saya suka dengar." Ujar Ashraf selamba. Selepas itu, dia bangun dari duduknya dan bergerak ke arah kaunter.

Ashraf ingin memesan beberapa kek. Dia tahu yang Sofia suka dengan kek. Tersipu malu Sofia. Pipinya kembali memerah.

Sofia hanya melihat sahaja setiap pergerakan Ashraf tanpa ada satu pun yang terlepas dari pandangannya. Nampak macho woi. Dengan bicep dia. Bahu besar lagi. Haish.

//////////

Harith menangkap gambar isterinya yang sedang meneliti setiap lukisan di art gallery tersebut. Nampak cantik sahaja di matanya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now