Harith Liliana : 30

6.1K 195 8
                                    

Ashraf melihat kelibat Harith dan Liliana yang sedang menuruni tangga sambil berpegangan tangan. Romantik betulll..

"Nak turun tangga pun pegang tangan? Tch tch tch." Berdecit Ashraf sambil menggelengkan kepala.

Harith dan Liliana yang mendegar suara garau itu langsung berpaling melihat ke arah Ashraf.

"Abang, ada langau lah. Dengar tak? Bzzz.. bzzz.." Liliana mengejek Ashraf dengan memanggil Ashraf sebagai langau. Tergelak Harith dengan tingkah isterinya. Sengaja nak menyakat Ashraf.

Mencebik Ashraf bila Liliana memanggilnya langau. Tahu lah dah kahwin. Lepastu sesuka hati nak panggil aku langau. Aku lepuk karang.

"Eh? Lah.. abang Ash rupanya. Ingatkan langau." Kata Liliana sambil berpura-pura terkejut. Kononnya baru nampak Ashraf.

Ashraf menjulingkan matanya ke atas. Malas nak layan. Ingatkan nak kena diaorang ni. Aku juga yang balik kena. Ish.

Liliana melepaskan tautan tangannya dengan Harith dan bergerak mendekati Ashraf. Dekat sahaja, lengan Ashraf terus dipaut. Dia mengintai wajah Ashraf yang cemberut itu.

"Ceh.. merajuk lah tu. Abang Ash ni kan sejak dua menjak ni memang kuat merajuk lah. Cuba cakap. Abang Ash sebenarnya merajuk dengan siapa? Dah ada eh? Tak kenal kan dekat Ili punnnn." Memuncung mulut Liliana sambil memukul perlahan perut Ashraf.

"Kenal apa?" Tanya Ashraf bila tidak mengerti.

"Kenal apa? Kenalkan dengan girlfriend abang Ash lah." Kata Liliana sambil mengangkat kedua belah alisnya beberapa kali. Riak wajahnya juga terpeta riak nakal.

"Suka hati je. Mana ada." Ashraf terus melepaskan pelukan Liliana di lengannya.

Harith dari tadi memerhati tingkah dua orang ini. Nak cemburu lebih-lebih pun tak boleh. Ashraf tu dah dari kecil dengan Liliana. Memang dah macam adik-beradik betul.

"Kalau dah takda tu rilek-rilek dah lah. Nampak gelabah sangat ni." Liliana kembali mendekati Harith. Dia memeluk Harith dari belakang dan sebelah pipinya disembamkan di belakang badan suaminya itu.

Saja nak bagi Ashraf jealous. Biar dia sakit hati lagi. Siapa suruh tak nak kahwin. Padan muka.

"Abang Ash. Bestnyaaaa dah halal. Boleh peluk-peluk. Beloh cium-cium. Boleh romantik. Boleh sweet. Semua lah. Bestnyaaaa.." Sengaja Liliana berbuat begitu.

Harith pun tumpang sekaki. Dia memusingkan badannya menghadap Liliana dan memeluk isterinya dengan erat. Dicium serata wajah jelita Liliana bertalu-talu.

Ashraf yang melihat adegan mesra itu terus membuat muka jelek. Menyampah betul aku dengan laki bini ni. Saja lah tu. Dia langsung masuk ke ruang dapur. Baik aku minum. Segarkan tekak. Sebelum aku bertukar jadi hulk.

Datuk Idlan dan Datin Hanani tiada di rumah kerana menghadiri satu acara. Jadi hanya ada mereka bertiga sahaja.

Terletus tawa Liliana dan Harith bila melihat Ashraf sebegitu.

Tak lama selepas itu, Liliana melihat ada Miko yang sedang duduk santai di atas sofa sambil menjilat bulu. Dia terus melepaskan pelukan itu dan membawa langkahnya ke arah Miko.

"Mikooo.. mummy rindu Miko." Ujar Liliana seakan 10 tahun tak pernah jumpa. Habis dicium-cium wajah Miko.

Harith melabuhkan punggungnya di atas sofa dan melihat tingkah comel isterinya. Terbit satu senyuman kecil di bibir. Ini baru kucing. Macam mana lah kalau diaorang ada anak.

Anak?

Bila Harith terfikir tentang anak. Dia dapat bayangkan kehidupan diaorang nanti. Mesti lagi bahagia. Ada anak yang seiras wajah dia dan Liliana. Haduh comel.

"Abang." Liliana menepuk paha Harith. Tersentak Harith. Menoleh dia memandang Liliana yang sudah duduk di sebelahnya sambil mendukung Miko.

"Ya, sayang. Kenapa?" Tanya Harith. Mengelamun pula dia tadi.

"Abang fikir apa? Sayang panggil pun buat tak tahu je."

"Abang terfikir macam mana kalau kita ada anak nanti. Mesti comel kan?" Jujur Harith tentang apa yang difikirkannya tadi.

Terangguk-angguk Liliana macam burung belatuk. Dia pun turut berfikir sama.

"Sayang nak anak sulung kita lelaki. Biar dia jaga adik-adik dia. Lepastu kan.. sayang nak biar muka anak lelaki kita ikut muka abang." Tutur Liliana sambil menatap wajah suaminya.

"Kenapa ikut muka abang?" Tanya Harith ingin tahu.

"Sebab abang handsome." Terus Harith menghamburkan tawa. Tak sangka dengan jawapan isterinya itu. Selepas itu, dia mencium dahi Liliana. Lama.

"Isteri abang pun cantik. Kalau ada anak perempuan, abang nak muka dia macam sayang. Kalau sayang jauh, at least ada anak kita. Dapat lah abang tengok muka dia untuk lepaskan rindu dekat sayang." Ujar Harith sambil mengelus lembut rambut Liliana.

Sesudah itu, mereka berdua tersenyum sesama sendiri.

//////////

Marina baru sahaja selesai mengambil beberapa barang di kedai runcit itu. Sekarang dia perlu membayar. Bila sampai gilirannya untuk bayar. Dia teraba-raba mencari dompetnya.

"Mana pula dompet aku ni?" Gumam Marina sendiri. Dia angkat wajahnya dan memandang pak cik India itu.

"Uncle, semua ni berapa?" Tanya Marina.

"RM30.50." Jawab pak cik India itu.

"Em.. uncle, sebenarnya saya tertinggal dompet. Kalau esok saya bayar, boleh?" Marina berharap supaya pak cik india itu kata boleh.

"Mana boleh. Tak boleh lah macam tu. Kalau awak tipu sama saya macam mana? Rugi lah saya." Bantah pak cik India itu tidak mahu.

"Alah uncle.. please.. saya tak tipu. Saya bayar esok. Pagi-pagi saya dah tercegat dekat depan kedai uncle sebab nak bayar hutang semua ni. Janji." Beria Marina siap mengangkat sebelah tangannya dibuat gaya berikrar.

"Tak boleh, tak boleh. Awak tipu lah. Kalau takda duit tu, cakap takda duit. Penyamun." Selamba badak saja pak cik India tu panggil Marina penyamun.

Baru sahaja Marina ingin membalas. Ada satu suara garau mencelah.

"Uncle, kira saya punya sekali dengan dia." Kata Yusuf. Marina ingin membantah.

Tapi, mulut dia seakan terkunci. Tak boleh nak luahkan sebarang ayat. Lagi-lagi bila dia tengok Yusuf yang memakai baju uniform pilot. Sumpah hensem. Cair Marina jadinya.

Barang yang telah dibayar Yusuf itu. Marina ambil dan mengejar langkah besar Yusuf. Menjerit dia memanggil Yusuf.

"Hai." Terhenti langkah Yusuf bila Marina sudah berdiri di hadapannya. Dia diam dan tidak beriak.

"Terima kasih tadi dah tolong bayarkan. Nanti aku ganti balik." Ujar Marina dengan senyuman manis.

Terkaku Yusuf melihat senyuman manis Marina. Cantik.

"Tak payah. Aku ikhlas." Balas Yusuf.

"Eh.. tak boleh macam tu. Kita kena ganti balik. Walaupun seposen." Bidas Marina yang berkeras tetap mahu membayar semula duit Yusuf.

"Nak ganti?" Angguk Marina.

"Boleh. Tolak duit hantaran aku nanti untuk kau. Okay, mi amor?" Sejurus itu, Yusuf langsung meninggalkan Marina yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Marina menghantar setiap langkah Yusuf dengan pandangan matanya. Terdiam dia bila Yusuf memanggilnya mi amor. Bukannya dia bodoh sangat tak tahu apa maksud mi amor tu.

"Serius lah?" Marina tak percaya. Dia berjalan ke arah keretanya dengan masih dalam keadaan terkejut.


Tbc..

Mi Amor konon. Hempuk karang. Pastu sesuka hati nak tolak duit hantaran. Takda modal ke?😂😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now