Harith Liliana : 16

6.2K 261 8
                                    

Keluar sahaja dari bilik air, Liliana mendengar bunyi handphone nya berdering tanda minta diangkat. Lekas dia berjalan cepat ke arah handphone nya.

Dia melihat nama yang tertera di dada skrin. Ternyata Harith. Tersenyum manis Liliana. Dia menggesek butang ikon hijau untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, sayang." Ucap Liliana dengan nada gembira.

"Waalaikumussalam, baby. Kenapa baru angkat call?" Tanya Harith risau. Dari tadi dia buat panggilan terhadap Liliana. Tapi, tidak berjawab. Mana tak risau dia dibuatnya.

"Saya baru lepas mandi lah. Sorry.. sayang ada apa call? Rindu ke?" Tak berhenti bibirnya menarik membentuk senyuman.

"Rindu lah. Tapi, ada lagi benda penting aku kena bagitahu ni. Esok aku kena flight pergi South Korea. Kena ganti kawan pula last minute." Beritahu Harith jujur. Dia sebenarnya kalau boleh tak nak pergi.

Tapi, dah kebutuhan kerja kan? Nak buat macam mana. Haih..

"Oh. Berapa hari?" Soal Liliana dengan nada bersahaja.

"Empat hari, baby. Nanti aku rindu kau sangat-sangat macam mana? Tak boleh nak jumpa.." Merengek manja Harith.

Tergelak kecil Liliana dengan tingkah Harith ini. Menggeleng perlahan kepalanya. Mengada betul lah.

"Sayang.. empat hari je. Bukan empat tahun." Pujuk Liliana dengan lembut.

"But, still for me, empat hari tu macam empat tahun. I'm gonna miss you so bad." Ucap Harith bertalu mengungkapkan kata rindu.

Tersenyum senang Liliana bila mengetahui Harith langsung tidak boleh berjauhan dengan dia. Haih lah pujaan hati. Aku nak buat macam mana.. nak tolong tak boleh.

"I'm gonna miss you too so bad. Esok sayang flight pukul berapa? Saya hantar." Tawar Liliana. Mana tahu dengan cara ini dapat membuat Harith dah berhenti merengeknya.

"Pukul 6 pagi, baby. It's okay. Tak payah hantar." Kata Harith. Dia nak Liliana hantar. Tapi, kesian pula. Takpa lah.

"Sure..?" Dileretkan suaranya meminta kepastian.

"Yes, baby." Ucap Harith.

"Okay lah. Saya nak turun tengok ibu masak apa. Nanti kita call lagi. Bye. Assalamualaikum, sayang." Tutur Liliana

"Waalaikumussalam, baby." Balas Harith.

Selepas itu, panggilan tersebut terus ditamatkan oleh kedua pihak. Tersenyum Liliana. Dia meletakkan handphone nya di atas meja dan langsung bangun lalu bergerak masuk ke closet untuk memakai pakaian.

Rasa sejuk terus menusuk ke dalam tulang apabila dari tadi dia hanya memakai tuala sahaja. Keluar saja dari bilik air terus dia menjawab panggilan dari Harith.

//////////

📍 South Korea

Harith menatap gambar-gambarnya bersama dengan Liliana semasa mereka berada di pantai tempoh hari. Banyak gambar yang mereka ambil.

Suka dia tengok Liliana senyum. Nampak manis. Comel.

Rindunya lah dia dengan Liliana. Chat terakhir yang dia hantar masih lagi tidak dibalas oleh Liliana. Sekarang waktu di South Korea sudah pukul 3 petang. Bermakna di Malaysia sudah 2 petang. Nasib esok dah balik.

Mungkin tengah dalam kelas. Itu yang tak balas chat dia. Takpa lah. Nanti balas lah tu.

Tak lama kemudian, handphone nya berdenting tanda ada masuknya chat. Dia melihat gerangan yang menghantar chat tersebut. Langsung bibir dia menarik senyuman. Ternyata si kekasih hati. Lagi yang buat dia melorekkan senyuman adalah gambar Liliana.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now