Harith Liliana : 44

4.1K 174 2
                                    

Sudah hampir dua minggu Liliana bercuti. Hari ini dia sudah pergi ke universiti untuk memulakan kembali rutin hariannya seperti selalu dengan cuma ada perbezaan sedikit. Iaitu sebelum ini dia masih sendiri. Sekarang, dia sudah bersuami.

Pagi tadi pun Harith yang menghantarnya ke kampus. Itu pun Harith halang-halang tak bagi dia pergi. Katanya nanti dia rindu lah apa lah. Harith masih cuti. Ada lagi 2 minggu cuti dia.

Liliana mana boleh cuti lama-lama. Assignment dah menggunung. Lagi-lagi dia dengar budak satu group dia mengadu bagitahu Najihah langsung tak buat kerja. Berangin saja dia rasa sekarang.

Masuk sahaja ke dalam kelas, melilau mata Liliana mencari keberadaan Najihah. Harisa yang nampak figura Liliana langsung memanggil.

"Ili!" Jerit Harisa sedikit kuat.

Menoleh Liliana memandang Harisa dan Marina. Dia menapak mendekati kedua orang sahabatnya itu. Mukanya masam sahaja. Harisa dan Marina seakan dapat menebak kenapa Liliana jadi sebegini.

"Jihah mana?" Belum apa-apa terus ditanya soal Najihah.

"Tak tahu." Jawab Marina sambil mengangkat kedua bahunya. Lilian berpaling memandang Harisa pula.

Reaksi Harisa sama seperti Marina. Liliana melepaskan nafas berat dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong. Nanti-nanti dia cari budak tu. Lagipun kelas dah nak mula. Selang beberapa minit, seorang lecterur lelaki melangkah masuk ke dalam kelas.

//////////

Habis sahaja kelas, Liliana terus membawa langkahnya menuju ke kafe kampus. Tadi dia dapat tahu yang Najihah berada di sana. Laju langkah Harisa dan Marina mengejar kaki panjang Liliana.

Sesampai sahaja di kafe, Liliana melihat Najihah sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Suka bukan main ya. Kau tunggu.

Liliana mendekati Najihah. Dekat sahaja langsung rambut Najihah ditarik. Terkebelakang kepala Najihah akibat tarikan tersebut. Takda lah kuat mana. Tapi, boleh tahan juga lah. Berpusing kepala Najihah memandang Liliana yang beriak selamba itu.

"Kau pahal perempuan?" Tanya Najihah tidak puas hati.

"Asal? Marah aku tarik rambut kau?" Bukan menjawab malah dia menyoal.

"Tahu lah rambut aku cantik." Terletus tawa kecil Liliana. Sinis.

"Rambut macam batang kayu. Warna pun karat. Ini kau kata cantik? Jijik ada lah." Kutuk Liliana selamba. Dia kisah apa. Lantak kau lah.

Terus berubah wajah Najihah bila dikutuk sampai sebegitu rupa. Harisa dan Marina mengemam bibir menahan dari terletusnya tawa mereka.

"Aku nak kau siapkan part kau by tonight. Sebelum pukul 9 malam. Aku tahu kau dah hantar kerja kau dekat aku. Aku nak tengok. Bagus sangat ke?" Arah Liliana sambil tersenyum sinis pada Najihah.

"Mana boleh malam ni. Aku ada plan. Esok-esok lah aku siapkan." Selar Najihah tidak mahu. Apahal pula nak arah aku?

"Okay.. so, maknanya kau tak kisah juga lah kiranya kalau markah kau kosong. Kan?" Duga Liliana sambil menyilangkan tangan. Dipandang wajah Najihah tidak lepas. Ikutkan hati dia, nak saja dia tarik rambut Najihah ni.

Tapi, dia kena sabar. Jaga maruah. Jangan naik angin sesuka hati.

"Kau ugut aku?" Soal Najihah seakan marah.

"Tak. Aku cakap je." Balas Liliana santai.

"Jangan ingat.. semua lecterur dekat sini suka kau, kau boleh buat sesuka hati."

"Oh tahu semua lecturer suka aku? Hmm. Aku buat sesuka hati pun.. tu semua sebab perangai kau. Dah lah bodoh tak tahu buat kerja. Lepastu mengarah orang. Kalau kau bijak sangat. Kau buat lah kerja kau. Dua minggu aku takda. Macam-macam perangai kau buat kan? Kau arah budak kumpulan assignment kita, buat itu dan buat ini. Jangan ingat aku tak tahu." Ujar Liliana panjang lebar. Dipandang tajam wajah Najihah.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now