| 7 |

51 11 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

MEMASUKI simpang tiga, mata kucing itu tertacap pada seseorang yang berkeluh-kesah di seberang sungai. Terbatal niatnya mahu mengemis makanan di kedai orang. Dia menjejak rumput, mendekati dua makhluk Allah itu.

   "Huh... huh!" Gentar menghayun-hayun batang kayu, seakan-akan membidas sesuatu. Sejak kali pertama bertemu, nampaknya makin akrab hubungan Gentar bersama batang kayu tersebut. Silap-silap anak muda itu bawa batang kayu pergi berlawan dengan syaitan Elemental.

  Ochobot cuma mampu memberi sokongan mental kepada Gentar. Tidak mungkin mahu menyerah diri sebagai mangsa latihan pula. Wajahnya teralih dan terpaku pada sesuatu. "Gentar... itu kan?"

  "Eh, tu kucing hari tu!" Serta-merta batang kayu itu jatuh menghempap rumput. Gentar lekas menghampiri lalu mencangkung di hadapan kucing tersebut. "Lama tak jumpa kau! Dah nak masuk berapa minggu dah! Terima kasihlah atas nasihat tu... aku berjaya selesaikan latihan Tok Sah."

   Tercengang-cengang kucing itu diterjah sebegitu rupa. Pantas dia mengaut semula emosinya lantas terus berlagak biasa. "Tak perlu berterima kasih. Lagipun, latihan tu cuma untuk budak-budak je. Yalah, awak kan budak..."

   "Huh..."

   "Awak... ah, aku pakai kau, aku jelah. Jadi kenapa kau tak dapat-dapat pedang lagi? Pemilihan tu lagi beberapa minggu je." Kucing itu tersenget-senget kepala mencari pedang Gentar. Tiada langsung rasa bersalah setelah mengutuk Gentar tanpa insurans!

   Ochobot menjawab bagi pihak Gentar. "Pedang Gentar ambil masa nak disiapkan. Tok Sah kata mungkin dalam minggu ni baru dapat siap."

   "Betul tu! Memandangkan Tok Sah berehat hari ini, aku sengajalah nak berlatih sikit." Gentar menambah lagi. Batang kayu di rumput itu kembali ke tangannya. Walhal dia sebenarnya mengelat dari mengurus 'orang tua' di rumahnya. Garisan kedutan muncul pada dahi Gentar ketika dia menyedari sesuatu. "Kejap, macam mana kau tahu pemilihan tu dah dekat?"

   "Duh! Ada beberapa poster dekat merata tempat. Lagipun apa jenis kampung yang dekat dengan hutan, tapi tak tahu langsung fasal ancaman syaitan. Mesti dia orang sedia tahu fasal ni." Ditanya sekali, berpatah-patah si kucing itu menjelaskan. Haih... mujur dia binatang.

   "Oooh... oh, ya? Aku tak tahu lagi nama kau. Kalau kau power sphera macam Ochobot, mesti kau ada nama kan? Yalah, senang sikit. Tak payahlah Nooroo susah payah nak taip kucing itu, kucing tersebut. Lelah dia nanti." Gentar mengujarkan niatnya yang baik tahu. Tahu pun tangan aku sakit menaip. Sudahlah taip guna komputer.

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now