| 13 |

43 10 2
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

.
.
.

                                            HUJUNG balutan lengan itu digigit seraya matanya sibuk mencari gunting. Siap terpusing-pusing bagaikan anjing mencari ekor sendiri pula! Gentar melepaskan gigitannya. "Mana pula gunting ni?"

   Telinganya tidak semena-mena dijentik oleh seseorang. Gentar segera mendongak, mendapati huluran gunting daripada Tok Sah. Tersengih-sengih dia menyambut pemberian tersebut.
 
   "Terima kasih, tok." Gentar memotong lebihan kain kasa itu. Dia sekali lagi berpaling ke kiri dan kenan, mencari sesuatu. Melihat pin tidak jauh daripadanya, dia lantas mencapainya menggunakan kaki. Amboi!
 
   "Mana kamu belajar membalut semua ni?" Tok Sah duduk bersila di hadapan Gentar. Boleh pula budak ini duduk membalut luka di luar bilik Duri.
 
   "Oh, saya dulu pernah terseliuh kaki. Jadi kawan hijau saya yang pernah balut kaki saya. Dari situlah saya belajar." Gentar mengenakan pin pada balutannya. Tangannya kemudian disapu-sapu kononnya menggosok habuk yang melekat.

   Sementara Tok Sah pula sudah mempersoalkan di dalam hati. Kawan hijau? Mungkin kawan Gentar itu suka pakai baju warna hijau agaknya.
 
   Sedang Gentar sibuk menyimpan kit kecemasan, anak mata Tok Sah merenung tubuh anak muda yang berbalut itu. Pasti itu luka-luka akibat berlawan dengan syaitan beberapa hari yang lepas. Hingga ke paha pun ada berbalut sama. Rasa bersalah pula jika tidak memberi peluang kepada anak ini setelah apa yang Gentar usahakan.
 
    "Ah... Duri tidur balik." Gentar mengintip keadaan Duri melalui celah pintu. Bukan setakat Duri, Ochobot pun tumpang terlentang sama. Penat sangat mungkin.
 
   "Tidur balik? Maksud kamu?" Tok Sah menjongketkan keningnya.
 
   "Ah... erm..." Gentar melarikan pandangannya setelah menyedari dia tersilap kata. Ah, dah terlepas cakap... cakap sahajalah! "Lepas Duri balik dekat sini, dia tetiba tertidur beberapa hari. Saya paniklah juga... sebab saya fikirkan dia nak mati. Tapi rupanya dia tidur."
 
   Tok Sah terdiam sejenak. Janggut-janggut halus pada dagunya diusap. Memandang Tok Sah yang tidak memberi respon, Gentar mengalihkan pada sepucuk surat yang ditindih oleh kit kecemasan itu. Inilah surat yang baru diterimanya petang semalam.
 
  "Kamu pasti ke nak teruskan latihan lepas ni?" Pertanyaan Tok Sah membantutkan niat Gentar untuk membuka surat tersebut. Gentar tersengih besar. "Mestilah! Lagi cepat saya buat latihan, lagi cepat saya boleh jadi Elemental Slayer!"

   Tok Sah menyembunyikan senyumannya. Topi Gentar yang senget dibetulkan. "Ikut kamulah."
 
   Gentar menyentuh topinya bersama senyuman yang masih tidak lekang daripada bibir. Dia menyengetkan kepalanya melihat Tok Sah sudah bangkit dari silanya. "Tok nak pergi mana?"
 
   "Tok nak pergi warung kopi kejap. Nanti petang ni kan Deep nak datang. Lepas tu kita boleh mula latihan." Tok Sah berhenti seketika, memandang Gentar. "Kamu nak ikut ke, Gentar?"

Elemental Slayer (BBB) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu