| 10 |

37 10 7
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
" ... "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.


SANG musuh yang masih terapung di atas menyeringai kecil. "Menyusahkan betullah syaitan kecil tu." Kepalanya dijatuhkan ke arah mangsanya yang masih terkaku. Tidak perlu banyak usaha, cuma jatuhkan sahaja kapaknya pada manusia itu. Dan dia akan dapat lauk...

   DUNG!

   Bebola mata syaitan itu membesar. Senyumannya juga hilang dari wajah. Kenapa masih ada lagi pelindung pada budak itu?

   Gentar berjalan lemah mendekati kepala Duri diikuti Ochobot. Tiada rasa terdetik di hati untuk mendongak ke atas, apatah lagi untuk perasan pelindung daun yang dibuat bagi melindunginya. Apa yang dia tahu, dia mahu mendekati syaitan kecil yang sibuk menyembuhkan lehernya.

   Aku baru jumpa dia hari ini. Kenapa dia lindungi aku?

   Syaitan itu turun ke bawah. Huh! Benar-benar menyentak hati melihat santapan itu asyik dihalang! Bertambah sakit hati apabila manusia itu  tidak berhenti-henti mengendahkan kewujudannya. Dia terus melulu menyambar kepala Gentar saat pelindung itu runtuh.

   DUNG!

   "Huh..." Syaitan itu menahan hayungan batang kayu itu menggunakan sebelah tangan. Merasakan syaitan itu tidak lagi berganjak, Gentar deras membuat serangan balas. Sekelip mata muka syaitan yang tidak disalut besi itu dihinggap penumbuk Gentar. Malah, tidak disangka, syaitan itu boleh tersembam ke tanah!

   Tercengang-cengang syaitan itu dibuatnya. Namun, tidak boleh termenung terlalu lama, kerana manusia itu tidak putus-putus melepaskan serangan! Sekejap, ada hayunan batang kayu dari belakang. Ada masa mukanya menjadi mangsa penyepak.

   Kalau hendak serang budak itu sekalipun, pasti akan dicakar-cakar kucingnya! Sementara itu, Gentar yang menyedari lawannya sudah lemah, dia tidak memberi secebis pun peluang dan terus-menerus membidas muka lelaki itu berulang kali tanpa rasa belas kasihan. Anak muda itu ibaratkan melepaskan segala kemarahan yang terpendam.

   "SUDAHLAH!" Syaitan itu mengeluarkan kapak, menghunus pada perut Gentar. Malangnya, ia cuma terkena segaris pada lengan milik Gentar. Gentar tidaklah mengaduh kesakitan, tetapi dia boleh membentuk senyuman sinis.

   "Heheh... tak sakit pun!"

   Syaitan itu menjengil ke arah Gentar. Dia tergamam dan tidak pernah melangkaui akal, seorang manusia yang dilindungi syaitan punya kekuatan untuk membelasahnya bertubi-tubi. Walau bagaimanapun, rasa gerun itu dibatasi apabila dia dapat mengagak sesuatu.

   "Huh... kenapalah aku bengap sangat?" Syaitan itu tergelak terbahak-bahak sambil meraup mukanya. Betul-betul tidak kena akan situasinya yang banjir bersama darah. Jari syaitan itu bergerak-gerak menunjuk ke arah Gentar.

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now