| 28 |

19 3 2
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
*Kalau perasan, ada video Masih Di Sini dekat atas, tutup dulu. Sampai masa nanti buka.
.


                                        "BLUUUURGH!"

      Menoya raut kucing itu saat sisa-sisa kekuningan muntah si Gopal tertayang di hadapan mata. Meskipun begitu, muntah itu tidak mampu menewaskan rasa kembangnya melihat gunungan mayat manusia di dalam bilik yang dibuka Bagaga tadi. Malahan, ada beberapa alat perhiasan bertompokkan darah yang tergantung pada dinding bilik itu.

      "Jangan-jangan barang-barang yang tergantung tu milik mayat-mayat tu?" teori Ochobot sendiri. Buat seketika, dia tumpah kasihan pada mangsa-mangsa yang terkorban di dalam perangkap syaitan tadi.

     "Dey, sudah-sudahlah tengok tu! Tutuplah balik!" Gopal menggesa sementara kedua-dua tangannya bertugas melindungi mata dan mengepit hidungnya. Mendengar desakan Gopal tidak henti-henti, Ochobot terus menggeser pintu.

     TUP!

     "Dah. Tapi kita tak ada cara lain, kita memang kena buka pintu lain nak cari jalan keluar. Lagi satu, kalau ada bunyi atau bau pelik-pelik, jangan buka." Ochobot berlagak sebagai ketua memberikan arahan satu-satu. Walaupun tuntutan itu datang daripada seekor kucing, tetap sahaja kedua manusia itu terangguk-angguk seperti burung belatuk.

      Ochobot senyum senget. "Okey, mari kita cari jalan keluar!"

      Maka, bermulalah misi mengetuk-ngetuk pintu ibarat ketuk-ketuk Ramadhan. Ochobot bergerak solo ke dinding sebelah kanan manakala Gopal dan Bagaga menguruskan barisan pintu di arah bertentangan. Pintu demi pintu dibuka beberapa kali, namun yang dipertunjukkan pada mereka cumalah ruang yang gelap dan kosong.

     "Ergh..." Erangan Gopal itu membantutkan niat Bagaga ingin menarik pintu. Wajah Gopal diteliti aneh. "Kenapa?"

      "Bau busuklah! Wak tak bau ke?" Gopal sudah menutup hidungnya dengan kedua-belah tangan serentak.

     Informasi yang diberikan oleh Gopal membuatkan Bagaga berkerut, hairan. Udara sekelilingnya disedut dalam-dalam. Mukanya dipalingkan semula pada Gopal. "Wak tak bau apa-apa pun. Ehh..."

      "Aku ada bau! Dah, dah! Kita buka pintu lainlah!" Gopal menolak tubuh anak kecil itu ke pintu seterusnya. Sesampai sahaja di hadapan pintu itu, pantas sahaja sebelah tangannya menolak ke tepi tanpa beragak-agak. Sewaktu itu, mahu jatuh rahangnya menyaksikan tingkah dua ekor syaitan jantan sedang riang bermain buaian di dalam bilik tersebut. Siap menyarungkan sut formal pula itu! Tak kena betul!

     "Hoi, apa tengok-tengok?"

     Terbeliak mata mereka melihat sebuah set buaian dilempar laju ke arah mereka. Langsung pintu itu segera ditutup!

     "Huh..." Gopal dan Bagaga saling berpandangan, janggal. Lain kali, memang kena betul-betul selidik sebelum buka ini.

     Dalam masa yang sama, Ochobot telah menutup pintu kayu buat entah ke berapa kali. Badannya direnggangkan ke hadapan. Nafas dilepaskan berat tatkala matanya memerhati berpuluh pintu yang telah diperiksa dari belakang. Haih... memang tak ada cara langsung ke? Fokusnya kemudian terarah Gopal dan Bagaga yang menekup telinga masing-masing pada pintu.

     "Macam mana dengan pintu dekat sana? Oh..." Nada suara Ochobot mengendur bilamana mendapati isi bilik yang dibuka Gopal juga gelap-gelita. Lambat-lambat dia membawakan pandangannya ke lantai. Macam mana ini?

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now