| 24 |

20 3 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga benda berharga buat dia ."
.
.
.


                                            KAKI itu terus melangkah memijak lantai kayu yang berkeriak-keriuk. Sesekali KuPuteri mengalihkan beberapa kotak ke tepi dibantu si Maripos. Bibir merah jambunya digigit lembut. "Sudah lama saya tak periksa bahagian bawah tanah ini... mana pula saya letak peti rahsia tu?"

   KuPuteri mengarah tangannya ke depan, mengeluarkan rama-rama biru yang menerangkan kawasan sekitar mereka. Serentak itu, bunyi letupan samar-samar bergema di luar.

   "Bunyi apa itu?" KuPuteri mempamerkan riak kerisauan. Maripos merenung ke atas seketika, memikirkan sesuatu.

  "Oh, itu mesti bunyi bunga api, tuanku. Bukankah malam ni pesta tahun baharu?" Maripos menggerakkan jarinya, membiarkan rama-rama birunya mengalihkan sebuah kotak ke tepi. Tiba-tiba, sebuah aura biru memantulkan keterujaan di dalam mata Maripos. "Tuanku, patik jumpa peti rahsia itu!"

  Kombinasi peti rahsia itu dipusing-pusing sampailah keluar bunyi 'tit' memasuki ruangan telinga. Pintu peti itu dibuka mengeluarkan asap-asap wap sebelum mempamerkan tiub-tiub berwarna ungu yang disusun di dalam sebuah bekas. Bekas itu kemudiannya bertukar tempat pada tangan Kuputeri.

  "Lekas! Kita kena segera ke..."

  "BOOM!"

  Dunia sekitar mereka bergegar bagaikan dilanda gempa bumi. Mujur KuPuteri dan Maripos sempat berpaut kuat pada dinding. KuPuteri mendongak laju. Gegaran itu datang daripada atas, bukan?

   Cahaya bulan menerobos bumbung rumah yang berlubang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Cahaya bulan menerobos bumbung rumah yang berlubang itu. Namun, cahaya itu sepertinya begitu terik untuk remaja itu. Berdesas-desus Gentar menahan sakitnya belakang kesan terjatuh daripada tingkat dua tiba. Tangannya meraba-raba kawasan lantai berkayu yang sudah membonjol kasar dan terhenti ketika merasakan cecair lendir melekat pada tangannya.

   "Urgh! Apa ni?" Gentar segera bangkit. Baru dia tersedar, tubuhnya disambut segumpalan cecair lendir semasa dia terjatuh! Eww... macam hingus orang sudah. "Jangan kata... aku mendarat dekat mayat-mayat Multimonster tadi? Eurgh..."

   "Gentar!" Suara seseorang menyerunya.

   Anak matanya serta-merta membesar, melilau mencari seseorang. Baru sahaja menoleh sedikit, dia sudah mengaduh pedih. Lehernya yang mencucuk diurut perlahan. Dia tersalah urat ke masa terjatuh tadi? Kepalanya jatuh ke bawah kemudian tanpa sengaja, dia terlihat seekor Multimonster kelam-kabut dengan sebelah kaki menuju ke pintu luar.

  "Itu mesti ketua Multimonster tu! Huh..." Seekor Multimonster melintas betul-betul di hadapannya membuatkan Gentar terkedu seketika. Lambat-lambat Gentar mendongak ke atas dan menyedari terdapat hujan Multimonster betul-betul di atas kepalanya. Ah, agak-agaklah! Terus Gentar mencabut langkah seribu bersama ketua Multimonster itu.

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now