PROLOG

344 6 0
                                    

Flashback 5 Years Before. (AUSTRALIA)

Hari ini adalah hari yang bahagia  bagi Puteri Damia Annelisse . Dia telah berjaya mendapatkan gelaran Ijazah sarjana muda . Puteri Damia Annelisse atau dikenali juga dengan nama Alisse sudah menetap disana sejak dia kecil lagi kerana ibu bapanya telah berpisah .

Memang tidak dinafikan ketika menetap di Australia ,Damia merupakan  seorang gadis yang mempunyai gaya hidup bebas , dia lebih mementingkan gaya dari semua perkara. Dia suka membazir masa dan menghabiskan duit untuk bersosial dikelab malam , sedikitpun dia tidak mendengarkan  arahan bapanya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai lelaki turut mengenalinya .
Namun dia hanya mempunyai seorang sahabat yang  sangat dia percayai dan dia  sayangi iaitu Tengku Adam  Raykarl,

Raykarl sahaja yang selalu ada  untuk dia, sentiasa  dibelakang untuk melindunginya.  Raykarl juga akan mengikut Damia kemana sahaja dia pergi tapi tidak sekali pun  Raykarl mengikut jejak Damia sebegitu,malahan  Raykarl lah yang selalu memastikan kehormatan diri Damia terjaga dari kalangan lelaki yang berniat tidak baik padanya.

Kecantikan Damia memang tidak dapat ditandingi, Berdarah kacukan Australia dan malaysia, mempunyai sepasang mata yang sangat indah, kulitnya juga cerah , mempunyai senyuman yang boleh membuat semua lelaki cair . Disebabkan itu dia  telah menjadi pelajar  perempuan kegilaan ramai lelaki ketika dia berada di universiti tersebut .

Namun segalanya berubah apabila diakhir sesi graduasi , Raykarl telah berterus terang  memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Damia ketika habis sahaja belajar dan dia perlu kembali ke malaysia , namun cintanya telah ditolak Damia  tanpa alasan yang kukuh.

''Alisse , aku nak bagitahu kau yang aku cinta kau " Luah Raykarl.

'' Sorry Karl, aku tak dapat nak terima kau " Alisse menjawab pertanyaan tersebut sambil menyeka air matanya.

''Apa yang aku kurang Alisse ? Aku sanggup terima kau seadanya..sebab aku lebih kenal kau "

''Sebab kau tak sesuai dengan aku..kau boleh dapat perempuan lebih baik dari aku..Sorry Karl.."

''Jadi kau tak kan pernah nak balik Malaysia lagi ?" Soal Raykarl.

''Dekat sinilah kehidupan aku Karl.. aku harap kau happy dan dapat capai apa kau nak..thanks sebab jaga aku . aku sayang kau sangat-sangat" Damia Annelisse terus berlalu pergi tanpa berpaling pada Raykarl.

Sungguh kali ini hati Raykarl benar-benar hancur ,kerana dia tahu dia  sudah  tidak berkesempatan untuk menakluki  hati gadis itu .

Penolakan tersebut telah  memberi impak yang besar ketika dia kembali ke Malaysia semula. Tengku Adam  Raykarl sudah  tekad untuk tidak pernah lagi mempercayai perempuan. Pada fikiran beliau semua perempuan hanya suka permainkan dan pergunakan lelaki  sahaja..

Dia juga telah berubah sikap menjadi seorang yang sangat dingin meski  peristiwa tersebut telah berlalu lama. Tanpa  Raykarl Sedari dia telah menyimpan dendam cinta kepada gadis itu .

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now