BAB 6

165 5 0
                                    

Setiba sahaja dirumah, Damia Annelisse melangkah longlai tak bermaya masuk ke dalam biliknya.Mak kiah yang melihat begitu terus memberitahu Puan Maziah yang pulang kerumah agak lewat dari Damia kerana berjumpa dengan kawan- kawannya. Mak kiah memberitahu  akan keadaan anaknya Damia yang langsung mengurung dirinya didalam bilik setelah pulang. Puan Maziah  terus mencari Damia didalam biliknya.

''Damia ? Kamu okay ke ? Boleh bagi mama masuk ? "

''Damia okay mama..kejap lagi Mia keluar ya..mia ada kerja sikit nak selesaikan" .

Setelah mendengar suara damia, Puan maziah sudah menarik nafas lega dan terus turun kebawah.

''Mak kiah kejap lagi dia turun ,katanya ada kerja sikit nak diselesaikan"

''Oh kalau macam tu tak apa lah puan,saya cuma risau sebab dia belum makan lagi sejak dia pulang tadi"

Puan maziah pun hanya mengangguk dan kembali duduk ke ruang tamu .tidak lama kemudian Damia menuruni tangga untuk mengambil makanan didapur.

''Mama dah makan? soal Damia .

''Dah makan tadi dengan kawan-kawan Mama..oh ya damia macam mana ? Okay kerja dekat syarikat tu? ..sarah layan Mia baik tak?"

''Alhamdulillah okay je..sarah baik sangat dengan Mia..nasib baik ada dia..adalah juga mia kawan"Mia menjawab persoalan tersebut sambil tersenyum tenang walhal hatinya sedang sangat hancur.

''Baguslah kalau macamtu,tak perlulah lepas ni abang Ayden tu pening-pening nak tolong mama ni"

Damia hanya tersenyum mendengar jawapan dari mamanya .setelah damia selesai makan dia meminta izin mamanya untuk keluar rumah sebentar.


















Shopping Complex

Damia pergi ke pusat membeli-belah seorang diri sahaja , selesai sahaja dia mencari barang yang diperlukan ,dia pun pergi minum di salah satu cafe dalam bangunan tersebut. Damia telah memilih tempat yang agak privasi bagi menenangkan fikirannya.

''Perlu ke aku beritahu mama semua ni? Aku tak nak masuk perangkap dia..apa yang aku nak buat ni..atau aku bunuh diri je? Ya Allah Puteri  Damia Annelisse apa yang kau merepek ni..ingat Allah Damia.." Damia berdialog dengan dirinya sendiri.

Sedang dia termenung jauh. Dia telah  ditegur oleh seseorang yang dia kenali .

''Damia?"

''Eh Syed Azril buat apa dekat sini?"..

''Saya yang sepatutnya tanya soalan tu dekat mia tau..sebab saya memang selalu lepak sini.."azril berkata sambil menunjukkan air Americano kepadanya.

''Oh Kebetulan mia cari barang tadi , jadi singgah lah kejap sini.."

''Mia risau tentang kontrak tu ya? " Azril menebak seolah tahu apa yang sedang bermain difikiran Damia.

''Mia cuma  takut dia tak nak lepaskan mia dan gantung Mia tak bertali"

''Karl tu memanglah kepala otak dia tu kadang tak betul sangat , tapi tak ada sebab dia nak buat Mia macamtu..dia tu nampak je Jahat tapi  untuk pengetahuan Mia , dia tak pernah lagi rosakkan anak orang ya..cuma tulah dia suka cari kebahagian macam tu..kadang azril pun tak faham dia walaupun dah lama kenal dia"

''Pernah ke dia cerita apa-apa tentang masa zaman belajar dia?"..

''Tak ada pulak..cuma lepas  dia balik je sini,dia terus work out,jaga makan, jaga muka,dia mula sibukkan diri dia dengan macam-macam aktiviti. lepastu sikap dia tu terus berubah jadi dingin..entah apa yang merasuk dia Azril pun  tak taulah..sebelum ni dia okay je dengan badan dia yang gemuk tu"

MY COLD LOVERजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें