BAB 8

137 3 0
                                    

Hari ini Ayden Redza mengambil adiknya keluar dari Hospital . Dia mengarahkan adiknya untuk tetap dirumah sehingga betul-betul sihat.Damia hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Sarah sudah tunggu dirumah puan Maziah,sungguh dia sangat risau apabila mendapat tahu tentang apa yang berlaku kepada Damia.

''Mia kau macam mana ? Kau okay ke? Kau ingat aku tak?"Tanya Sarah.

''Ish kau ni, aku cedera je bukannya lupa ingatan Sarah..aku okay..lagi 2 hari aku masuk Office eh."

''Kau ni dah sakit macam ni masih lagi nak fikir kerja...kau tak payah risau tentang kerja semua aku tapau untuk kau..lagipun aku dah terbiasa lah..jangan lah risau..kau tu yang kena sihat betul-betul baru masuk kerja okay.."

''Yalah thanks sarah..aku hargai sangat-sangat tau"

''Okaylah aku kena balik office ni ,ada masa aku datang tengok kau tau..Jaga diri,jaga makan.."

''Aduhai baiknya Aleeya Maisarah ni, loyal worker , caring pulak tu, beruntung siapa yang dapat kahwin dengan dia " kata Damia sambil meninggikan nada suaranya sehingga Ayden terdengar.

''Sarah nak balik office ke?" Tanya Ayden.

''Ya ayden, sekejap je cuma nak tengok keadaan mia.."

''Hati-hati memandu tu"

''Okay Ayden".

''Aik tak akan hati-hati je..lain-lain tak ada"

''Ish kamu ni Mia kalau menyakat orang number satu,kalau orang kenakan dia mulalah nak tarik muka"

''Okay okay abang menang..mia naik atas dulu lah nak rehat."

********************************************************************************

Sampai sahaja sarah  di Office Raykarl ,telah pun menunggu sarah.

''Sarah! ".

''Haa. Kau kenapa Karl ? Projek baru tu kita discuss esok lah ya..aku settle projek yang dah lama dulu.."

''Bukan pasal tu lah "

''Habistu sebab apa kau tercongok dekat sini? Kau ni salah office ke"

''Aku nak tanya tentang Damia..dia dah balik ke? Okay ke dia? "

''Dia dah okay , cuma dia kena rehat dulu..tapi tak apa lah ada orang yang dia sayang jaga dia"..

''Siapa ???!" Soal Raykarl dengan nada suara  yang tinggi

''Abang dia lah , tak kan abang jiran belah mak dia pulak?yang kau beria terkejut apasal? ,kau tu nanti  kontrak je dengan dia karl..kau ingat tu .jangan nak buat hal pulak" Marah sarah,mahu sahaja dia memberi Raykarl itu penumbuk bila mengenangkan Mia menangis kerana terpaksa berkahwin kontrak.

Sarah terus berlalu pergi meninggalkan raykarl yang masih berada ditempat parkir kereta tersebut. Tidak lama selepas itu Sarah terdengar bunyi ngauman kereta raykarl keluar dari Maziah Holdings.

''Haa. Blah pun ! Tak habis -habis bagi masalah" kata Sarah didalam hati.

*******************************************************************************

Awal pagi lagi Sarah telah berjumpa dengan raykarl bagi membincangkan projek terbaru yang  sepatutnya di selesaikan oleh Damia.

''Karl cuba kau tengok ni okay tak? " kata sarah sambil memberi satu fail folio kepada Raykarl.

Raykarl pun mengambil fail tersebut ,dia membuka fail itu, namun dia hanya terdiam ,difikirannya hanya ada Damia sahaja saat ini,sehingga fokusnya hilang entah kemana. Sungguh dia sangat rindu Damia.

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now