BAB 19

164 6 2
                                    

HARI ini Damia Annelisse seorang sahaja yang hadir ke pejabat Tengku Holdings, Hal ini berikutan Sarah yang agak sibuk dengan kerja yang tertangguh ,
tambahan pula dia begitu sibuk dengan persiapan pernikahan beliau.

Sebelum keluar dari perut kereta , Damia sempat tersenyum melihat bangunan pejabat itu. Dia berasa sangat gembira kerana dia telah pun berjaya mendapatkan kemaafan dari Tengku Adam Raykarl.Sungguh hatinya sudah merasa lega kerana Karl tidak lagi kasar dan tidak mengugutnya. Dia melangkah ke pejabat itu dengan semangat yang baru.

Sebaik sahaja dia sampai di Tengku Holdings ,ramai staff turut memerhatikan gerak geri beliau, Hal tersebut kerana rupanya Raykarl mengekori jejak Mia dari belakang, Damia sudah mula merasa pelik, dia menghentikan langkahnya secara tiba-tiba dan tanpa sengaja dia telah terlanggar Karl yang berada dibelakang sehingga Karl telah memeluk gadis itu secara tidak sengaja.

Semua staff Tengku holdings yang telah menyaksikan kejadian tersebut menjerit histeria sebaik melihat insiden tersebut yang tidak ubah sama seperti drama korea. Karl membuka cermin mata hitamnya dan terus memandang tepat kearah Mata hazel damia. Sungguh Kali ini Damia sudah malu dan terpaku disitu sehingga matanya tidak berhenti menatap wajah karl yang sangat tampan itu , seolah telah jatuh cinta pada raykarl buat kali pertama.

Syed Azril yang melihat kejadian itu dari atas  hanya menggelengkan kepalanya perlahan . Dia berlalu pergi bersama  hati yang kecewa. Kini dia faham  yang sebenarnya nama dia memang tak akan ada didalam hati Damia mahupun sekarang atau nanti.




''Damia Annelisse ??"

Mahu gugur jantung Damia melihat karl memanggil namanya dengan nada soft spoken seperti dahulu lagi. Mahu sahaja dia pengsan disitu.

''Sorry Karl ,Mia tak sengaja "

''Its Okay."

Lantas Raykarl segera menarik tangan Damia menuju ke lif. Damia pula hanya menurut kata  seolah-olah sudah terpukau dengan  Raykarl.

Sampai sahaja dibilik mesyuarat , Damia dan Karl pun membincangkan hal kerja mereka. Tengku Malique juga turut menyertai mesyuarat tersebut. Setelah selesai perbincangan mereka ,Damia pun mula mengemaskan segala  barangnya dan ingin bergerak ke restoran terdekat  untuk makan tengahari . Tengku Malique mulai bicara memecahkan kesunyian tersebut.

''Damia dengarnya Ayden dah nak kahwin, saya dah dapat jemputan dari puan Maziah"

''Ya betul Tengku Malique , sebab tu sekarang sarah dengan abang sibuk sikit siapkan persiapan diorang..tu yang Mia sorang je ni..nanti jemput datang ya bawa puan maznah sekali..jangan lupa tu.."

''Inshaallah mestilah kami sampai..ni kamu terus nak balik office ke? "

''Tak lah Tengku, mia nak pergi lunch dulu..sebab tadi mia tak sempat sarapan tengku sebelum sampai sini"

''Oh ya ke ? Kamu nak pergi makan seorang lah ni? "

Tengku Malique  sempat melihat karl dari ekor matanya. Karl sudah mula  tampak risau mendengar soalan tengku  tersebut.

''Ya tengku , nanti kalau mia lapar , nak kerja pun tak fokus tau"

''Ouh kalau karl pula lain, dia kalau  tak ada kamu je ,dia terus  tak fokus " seloroh tengku Malique

Damia pula hanya ketawa sahaja , mendengar gurauan dari tengku Malique.

''Tengku, Damia gerak dulu ya.terima kasih"

''Kamu hati-hati Mia ,maklumlah dekat luar tu banyak buaya, Kalau buaya dilaut tak apa , takut buaya didarat"

''Hahaha.tak ada apalah tengku,mia memang dah biasa dah seorang. "

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now