BAB 7

145 3 0
                                    

Handphone Mia berbunyi berulang kali diatas mejanya  ketika dia sedang bermesyuarat.Damia kini sudah mula memahami seerba sedikit tentang syarikat mamanya ,cuma dia belum bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Selesai mesyuarat dia melihat terdapat 15 kali panggilan tidak terjawab.

Sekali lagi handphone Mia berbunyi..

''Hello ya siapa ? ".

''Aku" ringkas jawapan dari Raykarl.

''Kau jangan cuba nak lari dari aku , hari ni jumpa aku waktu lunch hour  . Aku hantar lokasi dekat kau "

''Ok" Mia menjawab dengan suara yang perlahan.

''Oi kau dengar ke tak aku cakap dengan kau"

''dengar"

Raykarl terus mematikan panggilan tersebut dan segera menghantarkan lokasi tersebut kepada damia.

Damia terus memberitahu sarah yang dia akan keluar sendiri pada hari ini kerana ada hal yang perlu diselesaikan . sarah pun tidak menanyakan banyak persoalan ,dia hanya mengangguk sahaja .

Sampai sahaja di restoran ,dia melihat kereta  Raykarl sudah pun berada disana ,dia pun percepatkan langkah untuk masuk kedalam restoran tersebut.

Raykarl sedang memesan makanan sewaktu dia sampai, damia hanya diam mendengar segala pesanan Raykarl kepada  waiter  tersebut .sungguh dia  sangat rindu mendengar suara Raykarl .

''Hah ! Kau apa hal lambat sangat sampai..kau naik kereta api ke apa ?! " Jerkah Raykarl. 

''Tak , tadi dekat Office ada kerja sikit..tu yang lambat sikit"

''Lantak kau lah malas aku nak dengar alasan kau ! Ni aku jumpa kau ni esok dah boleh mula berlakon dengan aku.." Terang Raykarl.

''Berlakon? Bila pula aku ada cakap aku nak jadi pelakon..aku nak kau bagi aku cafe ,bukannya pelakon"

''Ish kau ni dari dulu lagi otak kau  tu lembap ! Kau dah setuju kan tentang kontrak tu jadi mula esok kau kena berlakon untuk pura-pura bercinta dengan aku ,sampai kau boleh yakinkan parents kita yang kita betul bercinta ! Faham tak! ? "

Damia sudah mula rada menyampah dengan sikap Raykarl yang sekarang .

''Oi Annelise  kau ni dah tak ada mulut ke nak bercakap, kalau dengan Azril bukan main lagi ketawa sana sini , borak sampai lupa dunia ! Lagi satu kau jangan dekat dengan azril lagi..aku tak suka !! Kau jangan nak gagalkan rancangan aku untuk dapatkan syarikat tu."

''Annelisse cuma diaustralia. Dekat sini aku tak nak dengar kau panggil nama tu.." sungguh hati Damia bagai tersiat-siat bila mengenangkan nama itulah yang menjadi kisah silamnya sehingga dia tidak dapat mencapai impiannya.

''Okay Fine ! Jadi sekarang kau nak cakap yang kau sekarang dah bertaubat betul-betul?? Hahaha. Kali ni aku tak akan tertipu lagi dengan sikap kau ni"

''Kalau karl tak percaya, its okay itu hak Karl..kalau tak ada apa-apa lagi Aku nak balik Office.. Karl makan lah sorang-sorang Mia ni nak muntah tengok Karl. Menyampah !!!" Tengking Damia kepada Raykarl.

Raykarl terus terdiam ,baru kali ni dia melihat Mia buat  begitu kepada dirinya.Mia pergi sambil menangis tanpa menjamah makanan. Raykarl hanya memerhati dari jauh,dia melihat damia terduduk menangis disebabkan dia.sungguh hatinya juga turut terluka kerana buat Damia terluka. Tapi apakan daya sifat egois dia telah melebihi dari segalanya saat ini.

*******************************************************************************

Jam menunjukkan pukul 10 malam, baru sahaja damia ingin melelapkan mata , damia telah menerima panggilan dari Raykarl.

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now