BAB 16

139 3 0
                                    

KINI Raykarl sudah mula sihat ,luka ditangannya juga sudah beransur  baik ,cuma kini karl ada parut luka kekal  di lengan kirinya. Oleh itu Karl membuat keputusan untuk mula bekerja semula.

''Karl kamu memang betul dah okay ke nak kerja? "

''Boleh je papa , Karl okay dah ni"

''Haa . Yalah. Tapi kalau tak okay kamu balik je rumah"

''Okay papa, "

Sepanjang penyembuhan Raykarl dia duduk bersama keluarganya. Damia pula boleh kata  setiap hari melawat keadaan Raykarl ,cuma bila karl sudah mula sembuh dan baik..puan maznah sahaja yang mengambil tugas  menjaga anaknya  karl .


















Maziah Holding

''Eh Mia kau tahu kan karl dah masuk office semula.. kesian dia mia tak handsome lagi dah, hmm,lepas tu dah  ada parut kekal dah dia mia..kau kena bertanggungjawab tau mia..apa ni orang kata kalau hutang nyawa kenalah bayar dengan  nyawa juga...aiyok damia....." sempat sarah mengusiknya.

Dalam tak disedari tempoh 3 bulan yang diberi papa karl sudah terlepas jauh. Kontrak kahwin dengan Damia pun sudah tidak boleh digunakan lagi. Namun disebabkan banyak hal terjadi mereka semua pun sudah terlupa dengan kontrak tersebut.

''Sarah nasib baik dia selamat sarah, kalau tak selamat sampai bila-bila aku tak kan maafkan diri aku sarah..aku dah tekad ,aku  tak nak cakap dengan dia kali ni....aku tak nak lawan cakap pun dengan dia...aku nak diam je bila nampak dia.."

''Dah kenapa pulak kau ni? Sawan diam ke ? "

''yalah babe ,aku takut ,kalau aku cakap dengan dia nanti jadinya gaduh pulak..kali ni aku serik..kalau dia tak selamatkan aku malam tu..aku tak taulah jadi apa sarah"

''Tapi kan mia ,aku tertanya- tanya , macam mana karl boleh tahu aryan bawa kau kesitu?

''Dia ada jejak lokasi aku sarah..dia akan tahu aku ada dekat mana..dulu masa dia buat tu aku marah dia sarah"

''Oh...macam tu ke mia...aku pun tak sangka masa tu hati aku rasa aku kena bagitau karl dulu sebelum abang kau"

''Eh dah , buat kerja , kau ni sarah suka sangat ajak aku bergosip...lepastu kerja kita tak siap"

''Haa. Yalah aku jelah suka gosip..
Eh kejap ada orang call aku pula"


Raykarl Calling........................

''Hello karl ada apa ??  kau dah sihat ke?"

''Eh aku okay dah sarah, aku lelaki kan bukan perempuan"

''Kau ingat kelakar ke? kau dah kena belasah setengah mati tu pun masih lagi nak showoff ea..hahahah"

''Kau ni Sarah perli aku nampak..sarah projek sekarang latest macam mana ? Semua dah okay ke?

''Ini Sarah lah karl , pro tau..mestilah semua okay..nanti aku bagi kau lah..tapi kita jumpa dekat kedai jelah karl ,malas pula aku nak ke tempat kau...jauh. "

''Jauh ? Alasan ! Dah...nanti bagitau aku"

Setelah meletakkan panggilan tersebut , sarah kembali mengusik damia.

''Weh mia ,dia tahu weh kita mengata dia, terus call"

''Biarlah , urusan kerja lagipun kan.."

''Omo omo..Kau ikut aku tak hantar kat karl dokumen ni"

''Tak nak aku ikut..setiap aku tengok muka dia ,aku terus rasa berdosa doh"

''Baguslah kalau kau tengok je muka dia ,kau ingat dosa, jadi kau boleh dapat istighfar lebih..besar pahala."

''Eh kau ni lebih pulak ya..okay fine kita pergi sama -sama ya "

Setelah tiba waktu balik , mereka pun menemui raykarl di salah satu kedai. Kali ini Syed Azril juga mengikuti Raykarl.

Sampai sahaja di meja ,damia menunduk dan memakai cermin mata hitam. Dia  hanya membatu, hanya sarah yang menjawab semua soalan Karl dengan Azril.

''Damia awak okay ke ? Kenapa pakai cermin mata hitam waktu dah nak malam ni? Atau awak ada terkena sakit mata ya? Tanya azril.

''Haha. Bukan ril ,dia macam ni sebab tak boleh tengok Karl."

''Dah kenapa pulak ? "

''Dia kata tiap kali dia pandang Karl dia terus rasa berdosa"

Damia sempat mencubit paha sarah.

''Aduh sakitlah Damia, tak payah lah cubit aku .

Damia sempat cuba menendang kaki Sarah.Namun dia tertendang kaki Raykarl yang masih terluka.

''Argh !!! Sakit Ril kaki aku.."

Syed Azril terus memeriksa luka karl ,dan luka di kaki Karl keluar darah sikit kerana lukanya belum cukup kering sepenuhnya.

''Damia macam mana kau salah target .  kau dah lah buat dia setengah mati, kau tendang pulak kaki dia,kau betul dah gila mia ,kalau kau makan penampar kau redha jelah Mia oi"
Ngomel damia dalam hati.

''Asal kau tendang kaki aku gila..aku tahulah kau benci kat aku ,tak payahlah nak buat aku macam ni" Marah karl kepada Azril.

''Oi kau baik sikit, jahat-jahat aku ni sanggup aku ni drive untuk kau sampai sini, sanggup aku duduk sini teman  kau , kalau aku benci kau baik aku tinggal je  kau dekat tepi jalan "

Kini taulah karl yang sebenarnya Damia tertendang kakinya yang luka. Karl membuka cermin mata Damia.muka damia kelihatan merah. Karl hanya menatap mukanya tanpa berkata apa-apa  sehingga buat Damia tak senang duduk.

''kitorang gerak dulu ya " Kata Karl dengan ringkas , azril hanya memerhati karl jalan dengan perlahan.dia menghantar karl terus sampai ke rumah.

''Mia tak baik doh kau buat karl macamtu..sakit gila dia"

''Ni semua salah kau lah, aku nak tendang kau , aku tak sengaja"

''Tapi asal dia langsung tak meroyan eh..dia senyap je..selalu confirm bergegar kedai ni dengar jerit dia.."

''Itulah sarah , dia buat aku rasa lebih berdosa tau tak..tadi aku dah redha kalau makan penampar dia"

''Kau jangan risau dia tak boleh tampar lagi ,kau lupa ke tangan dia sakit lagi,mungkin dia simpan lah mia , nanti dah baik baru dia bagi kau cukup-cukup..haha."

''Sarah kau jangan buat aku takut doh . Mau beralih muka aku kalau makan penampar dia"

''Weh aku Guraulah..jom kita balik.."

''Okay jom lah weh "

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now