BAB 5

170 3 0
                                    

Awal pagi lagi Syed Azril sudah menunggu damia dan sarah di cafe berhadapan dengan  Office mereka. Dia juga sudah memesan minum dan makan untuk mereka berempat. Raykarl juga masih belum kelihatan.

Sarah dan Damia datang menggunakan kereta damia. Mereka pun terus menuju ke arah Syed Azril.

''Assalamualaikum"

''Waalaikumussalam.. korang duduklah dulu..kita sarapan dulu..azril dah pesan..harap korang suka lah makanan yang azril pesan" Azril berkata sambil menunjukkan hidangan tersebut kearah damia dan sarah.

''Eh kitorang okay je..ni pun dah banyak sangat dah ni..takut tak habis pula"

''Haah.Kitorang ni perempuan bukan makan banyak pun"Tambah Mia.

''Eh tak apa..lagipun kejap lagi kawan Ril nak datang "

''Oh kalau macamtu tak apa lah.."

''Azril dengan Sarah borak dulu..mia nak ambil handphone dekat kereta, tertinggal pula tadi.."

''Eh handphone pun buang-buang tak risau Boyfreind marah ke? " Azril berseloroh.

''Kalaulah En Azril nak tau ,Mia tu belum ada yang punya..."

''Baguslah kalau macamtu.."Adam Raykarl sempat mencelah dari belakang.

''Oh Karl ke ..ingatkan kawan azril yang mana tadi.." Jawab Sarah.

Damia yang masuk semula ke cafe tidak terus duduk kerana dia sedang mencari sesuatu.

''Mia !! Sinilah yang kau terpusing-pusing tu dah kenapa ?"

''Sarah aku kenal bau ni..insting aku tak pernah salah sarah..kau bincang dulu okay.." kata sarah ,namun Raykarl masih tak dapat melihat damia berikutan damia memalingkan badannya.

''Bau ? Apa aje lah kau ni Mia..eh kejap . Maksud kau tentang kawan baik kau yang kau cerita kat aku ke? "

''kenapa sarah??" Soal Syed Azril

''Dulu masa belajar , Damia ni ada kawan baik dekat malaysia, tapi sekarang dah lost contact..mungkin sebab tulah kot dia masih single. Tapi salah dialah.Dia dah  cinta tapi dia tak terima lelaki tu atas sebab dia nak laki tu bahagiadengan orang yang lebih baik katanya.."

''Oh maksud ada cerita lah ni,patutlah cantik-cantik tak ada yang punya."

''Sarah ,Mia ni belajar dekat mana dulu??" Raykarl sudah mula tidak sedap hati dia terus teringat damia yang dikenalinya.

Baru sahaja sarah ingin menjawab , Damia pun melangkah ke arah mereka. . Alangkah terkejutnya Raykarl melihat gadis itu adalah Alisse yang dia cintai sehingga saat ini. Dia melihat damia Annelisse telah berubah,sejak dulu inilah perubahan damia yang ditunggu Raykarl,tapi sayang semua dah teelambat.

''Haa ada ke mia? "

Raykarl yang sudah nampak Damia dari jauh  terus memakai cermin mata hitam,dan diam membisu,kerana dia tahu,damia boleh mengenalinya dengan hanya dengan suara tapi tidak dengan fizikal badannya sekarang .dia tidak lagi gemuk seperti sebelum ini.

''Entahlah Sarah..perasaan aku kot..semua orang ada perfume yang sama kan? " Jawab Mia dengan nada kecewa.

Damia tak mengenali Raykarl yang sedang duduk berada dihadapannya atas sebab perubahan raykarl yang ketara berubah.

''Damia perkenalkan kawan aku..dia minta aku wakilkan untuk sampaikan dan terangkan contract ni dekat kau.."

''Dia tak boleh bercakap ke? Dia istimewa ke? " Soal Damia Annelisse.

Syed azril terus ketawa melihat Damia memberikan soalan yang begitu.

''Oi Mia ! Kau ni dia boleh je cakap,dah azril ni kan assistant dia.." bisik sarah kepada Damia.

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now