I: Selasa 22/8/2023

4 0 0
                                    

  Tamat waktu sekolah Mayu, Yuna, Jiseong, dan Kotone ikut Thanathorn ke perpustakaan seperti diminta. Mereka berlima ialah ahli Kelab Buku Kota Singa High (KBKSH). Mayu ialah Naib Pengerusi. Yuna ialah Setiausaha. Kotone ialah Bendahari. Thanathorn pula ialah salah seorang dari enam AJK. Jiseong sahaja yang tidak berjawatan antara mereka berlima. Setibanya di perpustakaan Thanathorn meminta mereka berempat tengok sesuatu. "Kelab Buku Kota Singa High, 1993? Macam mana KBKSH boleh wujud 30 tahun lepas sedangkan Papa kata kelab buku tak pernah wujud sejak Kota Singa High dibuka?" Mayu terkejut. Mayu ialah anak perempuan Pengetua Koma, pengetua Kota Singa High. Idea penubuhan KBKSH datang daripada Mayu, yang gemar membaca, selepas menyedari ketiadaan kelab buku di sekolahnya. Sebab itulah kewujudan KBKSH pada tahun 1993 benar-benar mengejutkan Mayu.

  "Aku dah check majalah sekolah tahun 1983; tahun pertama Kota Singa High dibuka. KBKSH memang tak wujud pada tahun tu" maklum Thanathorn. "Jadi kenapa kau mintak kami datang ke sini?" tanya Jiseong. "Aku nak tahu tahun sebenar KBKSH ditubuhkan dan tahun ia dibubarkan. Setakat ni majalah sekolah kita ada 40. Mustahil aku dapat check satu demi satu seorang diri. Sebab itulah aku perlu bantuan korang berempat" balas Thanathorn. "Kita cuma perlu check majalah sekolah tahun 1984-1992 dan 1994-2017 sebab aku dah check majalah sekolah tahun 1983 dan 1993. Tahun 2018 dan ke atas pulak kita dah jadi pelajar Kota Singa High" sambung Thanathorn. Mayu ambil majalah sekolah tahun 1994 dan mula memeriksanya. "KBKHS dah takde?" bisik hati kecil Mayu. Mayu kemudian ambil majalah sekolah tahun 1995 dan 1996 untuk pastikan sesuatu.

"Aku dah check majalah sekolah tahun 1994-1996. Aku yakin KBKSH bubar pada tahun 1994 sebab bermula tahun tu dan seterusnya KBKSH dah tak wujud" maklum Mayu. "Jadi kita cuma kena check majalah sekolah tahun 1984-1992" sampuk Yuna. 5 minit kemudian; "Jadi betul lah sebelum tahun 1993 KBKSH tak pernah wujud dan selepas tahun 1993 KBKSH dah tak wujud" kata Kotone. "Senang kata KBKSH 1993 cuma bertahan setahun sebelum bubar" ujar Thanathorn. "Kenapa bubar? Takkan sebab tak dapat sambutan KBKSH 1993 bubar macam tu je?" tanya Jiseong. Kotone lihat semula majalah sekolah tahun 1993 dan berkata "Ramai jugak ahli KBKSH 1993. Jadi aku tak rasa KBKSH 1993 bubar sebab tak dapat sambutan". Mayu pula sekali lagi memeriksa majalah sekolah tahun 1994-1996.

Usai membelek majalah-majalah sekolah tersebut Mayu mendapati walaupun KBKSH bubar pada tahun 1993 beberapa bekas ahlinya masih ada. Hanya lima orang sahaja tiada dalam majalah sekolah tahun 1994 dan berikutnya. Pada awalnya Mayu menyangka KBKSH 1993 automatik bubar selepas kesemua ahlinya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Namun Mayu tersilap. "Kenapa kau beria-ria nak tahu pasal KBKSH 1993?" Jiseong perasan Mayulah orang paling bersungguh-sungguh dalam membongkar misteri pembubaran KBKSH 1993. "Aku tak tahu kenapa tapi aku yakin misteri pembubaran KBKSH 1993 ada kaitan dengan kematian dua Pengerusi KBKSH 2023" balas Mayu pendek. Jiseong ketawa lalu berkata "Kau banyak tengok filem seramlah Mayu". "Esok hari mesyuarat kelab kita. Kau rasa ahli lain berani tak sandang jawatan pengerusi?" sampuk Kotone. "Maksud kau?" tanya Yuna

"Korang tak perasan siapa yang sandang jawatan Pengerusi KBKSH akan mati dalam masa tiga hari? Jawatan ni umpama satu sumpahan" kata Kotone. Mayu terkejut lalu bertanya "Kau pun sedar tentang tu Kotone?". Kotone angguk sahaja tanda ya. "Kau pun sama je macam Mayu banyak tengok filem seram" kata Jiseong kepada Kotone. "Kalau yang lain tak berani biar aku je yang sandang jawatan Pengerusi KBKSH" kata Mayu tiba-tiba. "Kau Naib Pengerusi. Kau tak boleh sandang jawatan pengerusi melainkan kita buat rombakan" jelas Kotone. "Tapi tak adil pulak bagi ahli yang dah sandang jawatan lain kalau kita buat rombakan" Thanathorn menyatakan pendapat peribadinya.

"Betul jugak kata Thanathorn. Aku suka jadi Setiausaha KBKSH. Kalau buat rombakan belum tentu aku terpilih sekali lagi untuk sandang jawatan sama" sampuk Yuna yang jelas sayang akan jawatan Setiausaha KBKHS. "Nak tak nak kita kena bagi ahli yang tak berjawatan peluang jadi pengerusi. Senang kata kita guna cara sama macam kita lantik Sihyeon dulu" sebaik sahaja Kotone kata begitu Mayu, Thanathorn, dan Yuna pandang Jiseong serentak. "Berapa kali aku nak ulang aku TERPAKSA masuk kelab buku ni sebab kelab lain dah penuh. Jadi jangan mimpilah aku akan jadi pengerusi KBKHS yang seterusnya" bebel Jiseong.

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now