II: Rabu 23/8/2023

3 0 0
                                    

Hari ini adalah hari mesyuarat KBKSH yang ketiga. Agenda utamanya sudah tentu untuk pilih pengerusi kelab yang baru. Malangnya tiada seorang pun berminat untuk jawat jawatan Pengerusi KBKSH. Mayu yakin mereka jadi begitu kerana takut akan 'Sumpahan Pengerusi KBKSH'. "Saya cadangkan Jiseong sebagai pengerusi yang baru!" jerit Yuna tiba-tiba. "Siapa setuju angkat tangan!" sambungnya. Ahli lain termasuk Yuna angkat tangan tanda mereka undi Jiseong sebagai Pengerusi KBKSH yang baru. Hanya Mayu, Thanathorn, dan Kotone sahaja tidak angkat tangan kerana mereka terkejut dengan tindakan Yuna. Tamat sahaja mesyuarat mingguan KBKSH Kotone tiba-tiba 'menyerang' Yuna. "Kenapa kau buat macam tu?!" "Salah ke tindakan aku?" tanya Yuna. "Kau memang nak tengok Jiseong mati ke?!" marah Kotone.

  "Sabar Kotone" Mayu menenangkan Kotone. "Kau percaya sumpahan mengarut tu?" tanya Yuna sambil merenung Kotone tajam. "Sabar Yuna" Thanathorn pula menenangkan Yuna. "Aku memang tak suka jadi pengerusi kelab. Tapi aku akan buktikan pada korang semua yang sumpahan tu mengarut. Jadi tolonglah berhenti bergaduh sebab aku" Jiseong bersuara selepas lama mendiamkan diri. Dia tidak suka melihat rakan-rakannya bergaduh lebih-lebih lagi kerana dia. Petang itu; Thanathorn dan Yuna pergi ke kafe yang mereka berdua sering kunjungi. Thanathorn paling rapat dengan Yuna antara semua. "Overlah Kotone tu. Tahulah suka Jiseong tapi janganlah over sangat. Menyampah pulak aku tengok" "Kotone suka Jiseong?!" Thanathorn terkejut. "Jangan bagitahu aku yang kau tak tahu Kotone dah lama suka Jiseong"

  "Sumpah aku tak tahu apa-apa. Patutlah Kotone overprotective semacam when it comes to Jiseong" kata Thanathorn. "Kau memang oblivious Thanathorn. Kalau Mayu simpan perasaan kat kau pun mesti kau tak perasan" usik Yuna. "Mayu suka aku?!" setiap kali berbual tentang Mayu Thanathorn pasti rasa teruja. "Aku cakap KALAU. Tapi ada ke perempuan yang suka lelaki macam kau?" gurau Yuna. "Perempuan gila je yang suka aku" kata Thanathorn sambil ketawa sendiri. Yuna pukul bahu Thanathorn sekuat hati. "Kenapa kau pukul aku?!" tanya Thanathorn. Yuna pandang tempat lain, sengaja tidak jawab pertanyaan Thanathorn. Semasa Thanathorn pandang tempat lain pula Yuna tersengih sendiri.

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now