I: Selasa 6/7/1993

2 0 0
                                    

  Beberapa minit sebelum waktu rehat tamat; Hyunyoung pergi ke bilik pengetua seperti diminta. "Papa nak salah seorang daripada kami berdua lepaskan jawatan pengerusi?" Hyunyoung terkejut. "Papa rasa tak adil pulak kalau KBKSH sahaja yang ada dua pengerusi. Seperkara lagi; kalau ikut peraturan kelab dan persatuan yang sedia ada pun satu kelab dan persatuan satu pengerusi sahaja" kata Pengetua Cho. Sejak ditubuhkan sebulan yang lalu Hyunyoung dan Chorong jadi Pengerusi Bersama KBKSH memandangkan mereka berdua ialah pengasas kelab tersebut. Bapa Hyunyounglah yang membenarkan perkara tersebut. Namun disebabkan Pengetua Cho rasa ia tidak adil bagi kelab dan persatuan lain dia meminta Hyunyoung atau Chorong letak jawatan.

  "Apa patut kami buat kalau masing-masing tak nak letak jawatan?" tanya Hyunyoung serius. "Buat rombakan dan undi semula" jawab Pengetua Cho pendek. "Tapi tak adil pulak bagi ahli yang dah sandang jawatan lain kalau kita buat macam tu" Hyunyoung menyatakan pendapat peribadinya. "Kalau begitu biar ahli lain yang tentukan nasib Hyunyoung dan Chorong. Calon yang dapat undian terbanyak akan dilantik sebagai pengerusi tunggal KBKSH. Calon yang kalah pula boleh pilih untuk jadi AJK atau tidak berjawatan langsung" kata Pengetua Cho. "Petang nanti Hyunyoung bincang pasal ni dengan Chorong. Kalau dia pun tak nak letak jawatan Hyunyoung ikut cara Papa" maklum Hyunyoung.

  Petang hari yang sama; memandangkan hari ini Chorong tidak hadir ke sekolah, Hyunyoung terpaksa pergi ke rumah Chorong untuk bincang hal Pengerusi KBKSH. Sama seperti yang Hyunyoung jangka, Chorong juga enggan melepaskan jawatan Pengerusi KBKSH. Oleh itu Hyunyoung dan Chorong tiada pilihan selain membiarkan ahli lain jadi penentu nasib mereka berdua. "Andai kata esok kau hilang jawatan sebagai pengerusi, kau pilih nak jadi AJK atau tak berjawatan?" tanya Hyunyoung. "Tak berjawatan. Kalau aku AJK aku tak boleh sandang jawatan lain andai kata jawatan pengerusi tiba-tiba ada kekosongan. Tapi aku tak rasa aku akan kalah esok" jawab Chorong sambil berseloroh. Hyunyoung senyum sinis dan berkata "May the best woman win". 

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now