III: Selasa 5/9/2023

2 0 0
                                    

  Hari ini genap sepuluh hari sejak Jiseong pergi buat selama-lamanya. Sama seperti Hanbin dan Sihyeon Jiseong juga ditemukan mati dalam keadaan misteri. Kematian Jiseong benar-benar mengejutkan Mayu, Thanathorn, Yuna, dan Kotone. Kotonelah insan yang paling terasa akan kehilangan Jiseong memandangkan dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Jiseong. Kematian Jiseong juga menyebabkan seorang demi seorang, bermula dari Kotone, keluar dari KBKSH. Mereka mula percaya pada 'Sumpahan Pengerusi KBKSH' selepas tiga pengerusi kelab tersebut ditemukan mati dalam keadaan misteri. Hanya tinggal Mayu, Thanathorn, dan Yuna sahaja dalam KBKSH.

  Pengetua Koma mengarahkan Mayu selaku Naib Pengerusi bubarkan KBKSH kerana kelab tersebut gagal memenuhi syarat kelab dan persatuan yang telah ditetapkan. Kelab dan persatuan baru wajib dibubarkan sekiranya ahli kelab tinggal kurang daripada sepuluh orang. Namun Mayu enggan membubarkan KBKSH kerana dia amat sayangkan kelab buku tersebut. Oleh itu Mayu minta peluang kedua daripada bapanya. Selepas fikir masak-masak Pengetua Koma beri Mayu seminggu untuk cari tujuh lagi ahli untuk melengkapkan KBKSH. Gagal berbuat demikian dalam masa seminggu KBKSH bubar secara automatik. Namun ada sebab lain Mayu minta Pengetua Koma berinya peluang kedua.

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now