VII: Khamis 19/8/1993

2 0 0
                                    

  Hyunyoung kembali ke Perpustakaan Awam Kota Singa untuk pulangkan semula Devil Book yang dicurinya kerana dia tidak perlukannya lagi. Pada waktu yang sama Jinyoung, yang juga merupakan ahli kelab KBKSH, ternampak Hyunyoung sedang meletakkan sebuah buku hitam di tempat asalnya. Sebaik sahaja Hyunyoung berlalu pergi Jinyoung ambil buku hitam tersebut. Semasa menyelak muka surat bloodDevil Jinyoung nampak kesan tompokan darah yang banyak. Muka surat itu juga masih berbau hanyir darah. Selepas periksa muka surat lain Jinyoung dapat rumuskan sesuatu. Jinyoung yakin Hyunyounglah yang telah membunuh teman wanitanya atas dua sebab. Pertama; kematian Chorong diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

  Sehingga ke hari ini pihak forensik gagal mengenal pasti punca kematian Chorong. Kedua; sebulan yang lalu Jinyoung perasan tangan Hyunyoung berbalut. Jinyoung yakin tangan Hyunyoung berbalut kerana dia gunakan darah sendiri untuk seru bloodDevil. Jinyoung juga yakin Hyunyoung sanggup bunuh rakan baik sendiri kerana inginkan jawatan Pengerusi KBKSH. Jinyoung mengambil keputusan untuk bawa pulang buku tersebut kerana dia yakin buku tersebut bukan milik sesiapa.

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now