IV: Jumaat 9/7/1993

2 0 0
                                    

  Perkara pertama yang Hyunyoung lihat sebaik sahaja tiba di Kota Singa High adalah kemesraan antara Jinyoung dan Chorong. Sebaik sahaja ternampak Hyunyoung Chorong ucapkan selamat tinggal pada Jinyoung dan segera mendapatkan rakan baiknya itu. "Aku ingat kau tak datang lagi hari ni" kata Hyunyoung. "Aku nak claim makanan percuma aku hari ni. Mestilah aku datang" kata Chorong sambil ketawa sendiri. "Kau dan Jinyoung ada apa-apa ke? Korang berdua nampak mesra semacam je tadi" usik Hyunyoung. "Waktu rehat nanti aku bagitahu kau" "Bagitahu apa?" Hyunyoung tidak mengerti maksud Chorong.

  10 minit sebelum masuk tengah malam; selepas mengetahui Chorong dan Jinyoung sudah menjadi pasangan kekasih tanpa pengetahuannya, Hyunyoung mengambil keputusan untuk lakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya seumur hidup. Dia hendak bunuh Chorong dengan cara menyeru salah satu Devil yang terdapat dalam Devil Book yang dicurinya semalam. Hancur hati Hyunyoung selepas mendapat tahu Chorong rakan baiknya sendiri bercinta dengan lelaki yang disukainya sejak dua tahun yang lalu. Sebab itulah Hyunyoung hendak buat kerja gila seperti membunuh rakan baik sendiri. Hyunyoung ingin guna khidmat blooDevil.

  Menurut Devil Book, blooDevil akan lenyap serta-merta selepas menyelesaikan kerjanya. Pada pendapat Hyunyoung Devil jenis ini amat sesuai digunakan untuk tujuan membunuh seseorang. Cara menyerunya pula agak mudah. Hyunyoung hanya perlu titis darah di atas muka surat yang terdapat lukisan blooDevil sambil baca mantera. Hyunyoung ambil cermin muka lalu menumbuknya sehingga pecah sebelum guna darah yang meleleh dari tangannya untuk tujuan menyeru blooDevil. Hyunyoung sanggup lakukan apa sahaja, termasuk cederakan diri sendiri, demi mencapai matlamat peribadinya.

Book(ed) [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now