Ogos 2023; Kelab Buku Kota Singa High (KBKSH) didaftarkan sebagai kelab dan persatuan rasmi di Kota Singa High selepas jumlah ahli kelab tersebut melebihi 10 orang. Idea penubuhan KBKSH datang daripada Mayu, anak perempuan Pengetua Kota Singa High yang gemar membaca. Mayu mencadangkan penubuhan KBKSH selepas menyedari ketiadaan kelab buku di sekolahnya. Pengetua Koma, pengetua Kota Singa High merangkap bapa Mayu setuju dengan cadangan Mayu kerana dia yakin kelab itu mampu memberi manfaat kepada ahli-ahlinya. Namun berlaku sesuatu di luar jangkaan apabila seorang demi seorang pelajar yang menyandang jawatan Pengerusi KBKSH ditemukan mati dalam keadaan misteri.
26 parts