Bab 2

60 10 0
                                    

"Aidan..."panggil Datin Mariana seraya tangannya mengetuk pintu bilik anak lelaki tunggalnya itu berkali-kali. Tanpa menunggu lama, dia terus menerjah masuk.

"Jom kita turun. Makan sama-sama dengan papa"ujar Datin Mariana. Dilihat Aidan yang masih diselubungi dengan kain selimut.

"Please. Get out from my room. Leave me alone"ujar Aidan sambil membentak.

"Aidan.....jom la kita keluar. Sampai bila Aidan nak duduk dalam bilik ni?"pujuk Datin Mariana.

"I want to be alone ma..."ujar Aidan Asyraf.

"But why? Dah lama Aidan tak keluar dari bilik ni. You also know yang you boleh jalan semula dan you kena ada semangat untuk buat semua tu. So please, Aidan"

"Tapi tak kan lah disebabkan Elisa, you jadi macam ni. Dia dah meninggal. Aidan kena terima takdir"ujar Datin Mariana. Tetapi tiada balasan dari Aidan. Akhirnya dia mengalah.

"Haihhh. Kak Mimah akan hantar makanan dekat you nanti. Please eat your food"Datin Mariana terus berlalu pergi. Dia tahu jika dia masih teruskan sudah tentu keadaan Aidan akan semakin memburuk.

Sudah pelbagai cara telah dilakukan untuk merubah Aidan menjadi seperti dulu semula. Tetapi semua itu hanya sia-sia. Aidan merasa yang dirinya sudah tidak sempurna. Ya, nak merubah mental seseorang selepas trauma itu susah.

Datin Mariana berjalan ke arah meja makan sendirian membuatkan suaminya mengeluh.

"Dia masih tak nak keluar?"soal Dato' Hamid sambil memandang Datin Mariana yang duduk di sebelahnya.

"Saya dah tak tahu nak buat apa, bang. Pujuk dia makan sama-sama dia tak nak. Ajak dia untuk ke hospital, buat rawatan, dia tak nak"

"Sebab itu abang dah pernah pesan supaya awak jangan berlembut dengan dia. Sampai bila nak biarkan dia dalam dilema dia. Saya cuma takut dia buat benda yang bukan-bukan sahaja"bukan boleh dibuat main dengan mental ni. Bukan dia tak tahu yang anaknya masih tak boleh terima kenyataan setelah apa yang berlaku dekat dia.

"Ish abang ni. Apa cakap macam tu?"ujar Datin Mariana yang agak sedikit kesal dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Betul apa saya cakap. Kita sebagai ibu bapa perlu tegas. Sampai bila kita nak dengar apa yang dia nak. Takkan kita nak biarkan dia putus semangat macam tu saja"

"Kita tak tau masa depan macam mana. Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk satu-satunya anak kita. Sampai sekarang saya masih menunggu berita baik dari hospital tentang penderma mata yang sesuai untuk Aidan. Saya tahu dia boleh sembuh. Jadi saya berharap yang awak boleh pujuk dia"ujar Dato Hamid yang kemudiannya menyambung membaca surat khabar yang berada di tangannya.

"Baiklah. Insyaallah saya akan cuba buat yang terbaik"ujar Datin Mariana. Buat masa sekarang lebih baik dia ikutkan sahaja apa yang dikatakan oleh suaminya.

************************************

"Kenapa masih ada yang tak faham yang aku dah tak sanggup nak hidup"ujar Aidan Asyraf.

Matanya buta, kakinya lumpuh. Jadi apa yang perlu diharapkan lagi darinya. Kenapa dia masih lagi hidup sedangkan tunangnya meninggal?

Sungguh, sampai sekarang perasaan bersalah dalam hatinya masih membekas. Disebabkan dia, tunangnya menjadi mangsa.

"Arghhhh!!!!"jerit Aidan. Tangannya terus membaling bantal yang berada di sebelahnya ke dinding menyebabkan pasu yang berada di atas meja berdekatan pecah.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu biliknya diketuk untuk beberapa kali. Mungkin terkejut dengan bunyi kuat yang berlaku.

"Aidan! Aidan! Are you okay?"soal Datin Mariana sambil mengetuk pintu bilik anaknya itu dengan kencang.

"I'm okay. Don't worry about me. Just leave me alone"jerit Aidan.

"I know you're not okay. Mama masuk yer"ujar Datin Mariana.

"Jangan masuk. Please. Tinggalkan Aidan"pinta Aidan. Kalau boleh dia nak sendiri. Tidak ada sesiapa pun yang akan mengganggunya.

"But why?"

"Mama, please. Berapa kali Aidan nak ulang yang Aidan nak bersendirian. I want to be alone"ujar Aidan keras.

"Fine. Kalau apa-apa pun jadi, next time, panggil mama. Tolong yer jangan lukakan diri ya, Aidan. Mama tak sanggup. Please tolong semangat kan diri demi mama dan papa"ujar Datin Mariana lirih. Aidan hanya mendiamkan dirinya.

Aidan masih dalam proses menerima dirinya dalam keadaan sebegitu. Dia faham dan dia akur dengan keadaan yang dialami oleh Aidan.

"Tapi aku percaya yang kaki aku ni tak akan boleh berjalan sampai bila-bila. Kenapa semua orang perlu berharap?"ujar Aidan perlahan.      

Membebankan semua orang disebabkan dirinya yang lumpuh dan juga buta. Semuanya disebabkan oleh satu kemalangan yang meragut nyawa tunang tercinta.

"Sayang, you akan setia dengan I kan sampai bila-bila?"soal Aidan sambil menatap wajah kesayangan itu. Kemudian dia kembali memfokuskan  perhatiannya ke arah jalan raya.

"Of course. Dah masuk empat tahun kut kita bercinta. Takkanlah I berani nak curang dengan orang lain. Dah jangan fikir benda yang bukan-bukan"ujar Elisa.

"I know. Saja tanya. Tapi you okay kan yang I nak kita cepat-cepat nikah. Tak boleh tau I tunggu lama-lama"ujar Aidan sambil ketawa kecil.

"Ish, ada-ada ja tau. Kalau ada jodoh tak akan ke mana pun. I akan selalu ada dekat sisi you. Lagipun lagi sebulan jer majlis kahwin kita nanti. Tak jauh mana dah pun. Tup-tup, tiba-tiba, kahwin ja kita nanti"ujar Elisa lalu menatap Aidan lalu tersenyum.

"Janji eh jangan tinggalkan I"ujar Aidan.

"Itu I tak boleh janji. Kita merancang, yang diatas menentukan. I tak berani nak janji, tapi kalau dah memang jodoh kita, Alhamdulillah"ujar Elisa.

"Okay, baiklah kalau macam tu"tanpa Aidan sedari ada sebuah kereta yang semakin menghampiri berada di hadapan mereka dalam keadaan yang sangat-sangat laju.

"Aidan! Aidan! Tengok depan!"jerit Elisa. Dadanya berdegup dengan kencang. Aidan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan kereta itu sudah berada di hadapan mereka. Dan akhirnya, Elisa tercampak keluar dari kereta manakala Aidan masih berada di dalam kereta.

Aidan ingin mencari sosok Elisa yang dia sedari sudah tidak berada dia sampingnya. Akan tetapi matanya terasa pedih. Seakan ada sesuatu berada di dalam bebola matanya.

"Sayang! Elisa!"jerit Aidan dengan kuat berharap akan ada balasan dari Elisa. Dia tahu Elisa masih ada.

"Tolong! Tolong!"jerit Aidan lagi. Kenapa masih tidak ada sesiapa pun yang membantu mereka?

"Elisa! Elisa!"Aidan menghiraukan rasa sakit yang mula terasa di kakinya. Dia tersepit di bahagian ruang pemandu itu menyebabkan dia kesukaran untuk menjejak Elisa.

Sungguh dia amat berharap yang Elisa tidak mempunyai kecederaan yang serius. Walaupun dia tahu yang keadaannya memungkinkan yang dia akan selamanya hilang.

"Elisa! Please...."Aidan buntu. Badannya seolah semakin tidak berdaya. Matanya tidak mampu dibuka. Perlahan dia semakin kekurangan nafas.

Kedengaran seolah beberapa orang mula mengerumuni dirinya. Berharap agar semua akan baik-baik sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada Elisa, dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri kerana dia punca kemalangan itu terjadi.

Dan sudah semestinya apa yang diharapkannya itu tidak akan berlaku. Dia terbaring dengan keadaan buta dan lumpuh. Dan Elisa juga telah meninggalkan dia...untuk selamanya.

Kenapa semua ini harus berlaku kepada dirinya? Dalam sekelip mata, semuanya sudah hilang. Tunangnya, matanya, kakinya. Orang sekeliling tidak faham dengan situasi yang melanda dirinya.

Tetapi apa yang mampu mereka katakan adalah teruskan perjuangan untuk kembali sembuh. Itu semua hanya penipuan semata-mata. Dia tahu Elisa tidak dapat kembali dan dia juga tahu bahawa semuanya tidak akan kembali seperti sediakala. 

Engkau JodohkuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt