Bab 33

28 5 0
                                    

"Maafkan saya"Alyana menundukkan kepalanya. Dia sedar yang dia salah dalam menilai Aidan.

Dia tak tahu kenapa dia tidak percayakan Aidan? Sedangkan perilaku Aidan sudah bukan seperti dulu.

"Saya tak salahkan awak dalam hal ni. Saya yang hilangkan kepercayaan awak kepada saya"ujar Aidan lalu mengusap kepala Alyana yang berlapikkan telekung.

"Tolong bimbing saya menjadi suami yang dapat membahagiakan awak. Kalau saya ada salah, kalau saya buat awak sakit hati...tegur saya. Saya akan cuba ubah diri saya. Saya sedar yang saya tak sempurna. Sempurna dalam segala benda"Aidan tersenyum. Terasa lapang dadanya. Tidak lagi dibelenggu dengan rasa serba salah.

"Saya pun tak sempurna. Kita memang tak sempurna. Awak juga bimbinglah saya menjadi isteri yang mampu membahagiakan awak. Terima kasih Aidan. Sudi terima saya menjadi isteri awak"ujar Alyana perlahan.

"Saya sangat bersyukur dikurniakan isteri seperti awak. Apa yang saya mimpikan membawa saya di sini. Bersama awak. Saya tahu betapa sakitnya awak dahulu bersama saya, Alyana. Saya sedar yang cinta saya melebihi segalanya. Sehinggakan saya sanggup buat perkara sebegitu bagi menghilangkannya"

"Tapi sangat susah. Susah menghilangkannya. Kerana awak jodoh saya Alyana. Awak adalah manusia yang Allah takdirkan untuk saya"

"Tolong jangan pergi dari saya. Sejauh mana awak nak berlari pun, saya pasti takdir akan menemukan kita"

"Saya cintakan awak, Alyana"dia terus menarik tangan Alyana. Sebentuk cincin bertatahkan batu permata disarungkan pada jari manis Alyana.

"Ini tanda cinta saya Alyana"Aidan terus memeluk Alyana.

"Terima kasih, awak"Alyana membalas pelukan Aidan. Dia berjanji yang dia akan harungi liku kehidupan bersama-sama Aidan. Kerana Aidan adalah suaminya.

Usai sahaja makan malam,

"Amboi. Akak ingatkan tak suka termenung lagi, dah?"ujar Kak Mimah lalu menepuk perlahan bahu Alyana.

"Eh, akak"Alyana tersedar dari lamunanya. Dipandangnya Kak Mimah yang sudah duduk disebelahnya.

"Termenung kan apa tu? Kenapa tak berkepit dengan suami kamu tu? Akak tengok tadi sampai mana-mana pun tuan Aidan ikut Yana"

"Tak ada apa-apa lah akak"ujar Alyana.

"Itulah ayat yang sering sangat kamu cakap. Akak ni dah makan garam dari kamu. Akak tahu kamu ada masalah. Tapi bukan pernah nak cerita dengan akak"

"Akak tak akan paksa kamu"lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Akak tengok kamu betul-betul bahagia dengan Tuan Aidan. Suka akak. Datin pun kalau boleh nak buat majlis kesyukuran untuk Yana dan Aidan"

"Cuma waktu masih tak sesuai"Kak Mimah mengeluh.

"Kenapa kak? Ada masalah ka yang berlaku?"

"Tak ada apa-apa lah"ujar Kak Mimah selamba.

"Ouh. Faham-faham"ujar Alyana sambil menganggukkan kepalanya. Dia memang kena balik dengan Kak Mimah ni. Kak Mimah perli la tu...

"Akak nak masuk tidur dulu. Jangan duduk luar lama-lama. Luka tu bukannya sembuh sepenuhnya lagi. Nanti Tuan Aidan bising baru tahu. Assalamualaikum"Kak Mimah terus bangun dan berlari kecil masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam"balas Alyana.

"Awak"Alyana terus memandang ke arah suara tersebut. Dia kemudiannya tersenyum. Macam tahu-tahu ja dia ada dekat taman belakang ni.

"Kenapa masih dekat sini? Jom masuk"ujar Aidan kemudiannya menarik tangan Alyana.

"Tunggu sekejap. Nak tengok bulan ni"

"Nanti-nantikan boleh tengok lagi. Dah malam sangat ni, awak"

"Awak cuba duduk sekejap. Tengok dulu ciptaan Allah ni"ujar Alyana. Dia sebenarnya rindu nak rasa suasana macam ni. Dulu dia bersama ayah dan emaknya sering berada di luar usai sahaja solat isya'. Berbual tentang apa yang berlaku, bergelak tawa.

Aidan akhirnya mengalah. Dia terus duduk di sebelah Alyana. Dia terus memandang ke arah langit sama seperti isterinya.

"Cantik kan? Mak dan ayah pernah bagitahu yang diorang berjumpa masa masing-masing tengah memandang langit malam ni"

"Banyak yang berlaku. Sehingga mereka akhirnya dapat menjalani kehidupan yang sangat indah. Tetapi pada akhirnya..."Alyana tertunduk. Matanya terus mengalirkan air mata.

"Awak tak salah. Allah dah tetapkan semuanya. Yang lepas biarkan lepas. Jangan pernah lupa untuk terus doakan mereka"Aidan merangkul bahu Alyana.

"Sandarlah pada bahu saya, jika awak ada masalah. Saya sudi mendengarnya"

"Terima kasih"ujar Alyana. Dia sebenarnya masih kekok dengan Aidan. Tetapi dalam pada masa yang sama, hatinya terasa berbunga-bunga. Bahagia yang dia inginkan selama ini akhirnya tiba.

"Sama-sama, sayang"Alyana terus memandang ke arah Aidan.

"Kenapa?"soal Aidan apabila mendapati yang Alyana sedang memandangnya.

"Tak....tak ada apa-apa"ujar Alyana kembali melihat ke arah langit.

"Jomlah. Dah makin lewat malam"ajak Aidan. Terasa sejuk pula malam itu.

"Baiklah"Alyana akhirnya mengalah dan kemudiannya membuntuti Aidan memasuki rumah.

************************************

"Razif!"

"Abang, cukup. Sampai bila kita nak macam ni?"

"Si Hamid tu dah cuci otak kau, kan?"

"Abang...kau tak kesian dekat ayah ka? Kita masing-masing  dapat hak kita. Apa lagi yang kau tak puas hati?"dia dah penat nak bermusuhan dengan sesiapa pun. Mereka pun bukan muda lagi.

"Semuanya. Kita ni nama sahaja anak ayah. Tapi kenapa perlu dia yang dapat?"

"Dia pun anak ayah. Kita sama-sama anak ayah. Sudahlah abang. Dah berpuluh tahun benda ni. Kita pun masing-masing dah berkeluarga dan kita dah semakin tua"

"Kau jangan buat aku macam ni, Razif. Aku abang kau, bukan dia"

"Kau orang berdua abang aku. Aku dah penat. Aku nak meninggal dalam keadaan tenang, bang"

"Tolonglah. Kita masing-masing dah berjaya majukan syarikat ayah ke persada dunia. Sepatutnya kita bersatu bukan berpecah belah macam ni"

"Cukup sahaja kita bermusuhan bukan sehingga anak cucu kita ke depan. Kita adalah keluarga bang. Aku perasan yang kau berubah hanya disebabkan harta. Harta ni dunia ja abang"dia hormat Razak jadi disebabkan itulah dia ikuti sahaja apa yang Razak nakkan.

Tapi sampai mencederakan sesama sendiri, berbunuhan...dia tak nak semua tu.

"Kau tak payah nak ceramah bagai dekat aku. Dulu pun kau sama ja dengan aku. Sekarang kau nak acah baik pula"

"Semua ni akan makan diri kau balik, bang. Kau jangan buat benda bukan-bukan. Kau masih ada anak bini yang perlukan kau. Kau nak masuk penjara dengan keadaan kau sekarang. Kau kena sedar yang kau dah berumur, abang"

"Kau keluar. Kau jangan sesekali jumpa aku lagi. Aku bukan abang kau!"

"Aku pesan sebab kau abang aku. Tolong berubah. Kalau kau berubah fikiran...kau boleh telefon aku. Akan aku teman kau berjumpa dengan Hamid"

"Aku balik dulu. Assalamualaikum"Razif terus keluar dari pejabat abangnya itu. Razak terus melempar semua fail yang dia atas mejanya.

"Bodoh!"dia marah dengan diri dia sendiri. Kenapa dia terasa sangat bila Razif berkata sebegitu?


Terima kasih atas sokongan anda selama ini tak pernah lupa vote. Jangan lupa komen juga. Cerita ni hanya tinggal beberapa chapter sahaja lagi. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menunggu. ♥️

Engkau JodohkuWhere stories live. Discover now