Bab 30

38 7 0
                                    

"Aku dah jumpa. Dia memang pesakit aku. Nasib aku minta gambar dekat kau sebab waktu dia dihantar dekat hospital tempat aku kerja, satu dokumen tentang dia memang tak ada"

"Apa yang dah berlaku dekat dia?"soal Aidan. Berdebar hatinya bila mengetahui soal keberadaan Alyana.

"Dia mengalami kecederaan yang sangat parah. Kepala dia mengalami hentakan yang kuat tetapi nasib lah tidak berlaku apa-apa pada otak dan rangka kepalanya"

"Tangan dia sebelah kanan patah. Anggota badan yang lain semuanya selamat. Cuma ada luka-luka goresan"ujar Arfan menerangkan apa yang berlaku kepada Aidan.

"Terima kasih, bro"

"Sama-sama. Jadi, siapa dia sebenarnya pada kau?"Aidan mendiamkan diri.

"Bukan kau bertunang dengan Elisa?"

"Dia isteri aku"

"Isteri yang aku anggap dia macam sampah sedangkan dia yang selalu ada dengan aku"ujar Aidan tetapi hanya di dalam hati.

"Dia siapa pada kau, Aidan?"soal Arfan.

"Nanti aku jumpa kau, aku akan ceritakan semuanya"

"Apa sebenarnya ni? Kau ada rahsiakan sesuatu ka?"desak Arfan. Dia rasa perempuan yang dia rawat tu ada kaitan dengan Aidan, rakannya.

"Kita jumpa nanti. Assalamualaikum"Aidan terus mematikan talian. Dia nak kena jumpa mamanya. Nak maklumkan tentang Alyana.

"Tolong saya....tolong"dia masih ingat apa yang dituturkan Alyana dalam mimpinya. Dia sangka itu hanya mimpi tapi tak sangka itu benar-benar berlaku.

"Apa aku perlu buat kalau aku dah berdepan dengan dia?"ujar Aidan. Dia tahu dan dia sedar, apa yang dia lakukan bukan mudah untuk dimaafkan.

"Aidan..."panggil Datin Mariana mengejutkan Aidan.

"Apa yang difikirkan tu? Fikirkan Yana?"

"Mana ada"sangkal Aidan.

"She's your wife. Tak salah nak fikirkan dia. Jadi...dah tahu kan yang Yana tak akan buat perkara macam tu"

"I know. Aidan cepat sangat buat speculation tentang dia"

"Sebab tu mama pernah cakap yang you akan menyesal. Mama tak pernah jumpa orang macam Yana. Bila mama tengok dia, mama rasa selesa, tenang. She's different"

"Esok kita jumpa dia. Papa akan uruskan semua tentang Yana dan kita akan pindahkan dia ke hospital di KL. Lebih mudah dan selamat berbanding di sini"

"Masih tak selesai?"soal Aidan.

"No. Mama pasti yang dia tak akan hentikan plan dia macam tu ja"

"So minggu depan Aidan kena stay dekat syarikat. Gantikan papa buat sementara waktu. Dia kena selesaikan masalah dia dengan lelaki tu"terang Datin Mariana.

Aidan dah sedia maklum tentang perkara tu. Dia tahu papanya bukan lagi kuat seperti dulu. Dia pun dah kembali pulih. Jadi tak akan ada masalah yang bakal muncul dalam syarikat mereka kerana dia pernah menguruskan semuanya sebelum terjadi kemalangan yang sangat tragis itu.

"Jangan risau. Aidan sebelum ni kan dah biasa uruskan syarikat kita"

"Good job. Mama tak sabar nak jumpa menantu kesayangan mama. You also. Minta maaf dengan setulus hati. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Mama nak sangat the two of you will get back together"ujar Datin Mariana.

Engkau JodohkuWhere stories live. Discover now