Bab 31

30 6 0
                                    

"Jadi...semua yang berlaku disebabkan dendam"ujar Alyana perlahan.

Dia sedikit sebanyak mengerti apa yang berlaku. Patutlah Sufi ada bersamanya. Rupanya, Pak ngah yang menyuruh Sufi untuk memantau dia. Kerana dia sekarang menjadi target musuh bapa mertuanya.

Dia tak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Mungkin ada sebab. Salah faham atau sebagainya.

Tapi dalam pada masa yang sama dia bersyukur kerana ada bapa saudaranya yang sanggup mengambil berat tentangnya. Tak sangka mereka bertemu kembali selepas apa yang terjadi pada emak dan juga ayahnya. Masing-masing ada kisah silam.

Kisah silam yang membawa kemanisan pada akhirnya seperti kisah emak dan ayahnya. Bukan mudah untuk mereka mendirikan rumahtangga. Banyak dugaan yang mereka hadapi termasuk tentangan dari keluarga sebelah emaknya.

Dia tahu dan dia sedar. Untuk mewujudkan sesuatu impian adalah bukan mudah. Terutama melibatkan seseorang yang wujud dalam hidup kita. Mengalami perkara yang diluar jangkaan kadangkala buat kita rasa lelah dan penat untuk perjuangkan. Percayalah takdir mampu diubah jika kita tidak pernah berhenti berusaha.

Ketukan pada pintu menyedarkan Alyana dari lamunan.

"Masuklah"ujar Alyana. Hairan juga dia. Rasanya waktu melawat dah tamat. Nak kata Sufi, dia dah balik sebab shift dia dah tamat. Nak kata Arfan, tak mungkin.

"Assalamualaikum"ujar Aidan lalu melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Alyana.

"Waalaikumussalam. Awak tak ikut mama balik ka?"soal Alyana. Dia gugup sebenarnya. Tak pernah dia nak berdua-duaan dengan Aidan lepas sahaja mata Aidan sembuh.

"Tak. Saya teman awak dekat sini. Sebab esok kan, awak dah boleh discharge"

"Tak payah susah-susah lah, awak. Saya boleh uruskan semuanya sendiri"ujar Alyana. Kalau boleh dia tak nak susahkan sesiapa.

"Saya nak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Tak salah kan? Saya tahu saya pernah lakukan perkara yang bodoh dulu. Saya pukul awak, saya hina awak..."lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Saya nak minta maaf atas apa yang saya pernah buat pada awak dulu. Saya tahu untuk maafkan saya tak mudah"belum sempat untuk Aidan berkata lagi,

"Saya dah maafkan. Saya pun salah sebab saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan baik. Saya tahu dan saya sedar yang saya memang tak layak untuk awak"ujar Alyana. Aidan menggelengkan kepalanya.

"Tak Alyana. Awak dah lakukan semuanya dengan sempurna. Saya yang bersalah. Saya terlampau ikutkan hati saya, mulut orang. Maafkan saya. Awak nak buat apa-apa pun saya akan terima"ujar Aidan. Tangan Alyana terus mencapai tangan Aidan.

"Awak...saya dah pernah lalui macam-macam. Kehilangan, kesengsaraan, penderitaan. Saya tahu waktu itu awak diselubungi dengan macam-macam perkara"

"Lagipun, kita ni hanya hamba Allah. Saya tak layak nak menghukum manusia. Siapalah saya ni nak dibandingkan dengan Dia. Tapi atas apa yang awak dah buat pada saya, saya dah maafkan. Awak dah tak ada apa-apa salah dengan saya, Aidan"

"Cuma untuk hubungan kita, saya rasa baik kita jalankan hubungan masing-masing. Saya tak layak untuk awak. Saya bukan wanita yang baik dan sepadan untuk awak"Alyana tersenyum segaris. Dia bukan siapa-siapa. Dia bukanlah wanita yang layak untuk dicintai oleh mana-mana lelaki.

"Alyana Syahida. Saya yang tak layak sebenarnya. Saya yang tak kenal erti menghargai. Dulu, saya bukan buta dekat mata sahaja, tapi juga hati saya. Saya yang tak pandai nak menilai mana kaca dan permata"

"Macam mana lah saya boleh layan awak dengan teruk sedangkan awak tetap sabar dengan apa yang saya lakukan"kata menyesal sudah semestinya semakin berbekas di fikiran dan juga hatinya. Tidak ada sedikit pun belas ihsan dia pada Alyana. Mana pergi hati nuraninya?

"Aidan...berpisah adalah yang terbaik untuk kita berdua. Saya tahu erti bahagia tidak akan wujud antara kita. Tidak perlu menyesal dan fikirkan apa yang telah berlaku. Saya maafkan awak"

"Tak. Kita kena cuba untuk buka buku baru. Saya yakin Alyana, awak adalah jodoh saya"

"Aidan...tolong faham saya. Bukan mudah untuk saya buat keputusan ni. Tapi demi kebaikan awak, saya kena redha"

"Habis tu, awak macam mana? Kenapa masih nak fikirkan hati orang lain? Awak Alyana. Awak patut fikirkan diri awak"Aidan menggenggam erat tangan Alyana. Dia nak Alyana faham dengan apa yang dia sampaikan. Bagaimana dulu dia boleh sia-siakan wanita seperti Alyana.

"Saya cintakan awak, Alyana Syahida"Aidan terus melutut. Tangan Alyana masih digenggamnya. Dia kena luahkan perasaan dia. Dia nak Alyana tetap di sisinya.

"Saya cintakan awak. Bukan kerana terpaksa tapi ikhlas dari hati saya. Memang dulu saya sedar, perlahan saya mula jatuh cinta kepada awak. Tapi saya cuba buang jauh-jauh sebab saya bodoh. Saya ikutkan hasutan orang"

"Tolong Alyana. Saya merayu jangan tinggalkan saya"ujar Aidan. Air matanya mula membasahi pipi. Alyana terdiam. Wajah Aidan ditatap lama.

Mimpikah dia? Adakah dia sedang mengelamun?

Lama dia merenung wajah Aidan yang sedang tidur di atas sofa. Dia masih belum berikan jawapan kepada Aidan. Sebelum semua ni terjadi, dia memang tekad nak berpisah demi kebaikan Aidan. Dia tak kisah dengan diri dia. Dia cuma perlu melalui kehidupan dia yang sebelum ini.

Tapi kuatkah dia dengan pujuk rayu Aidan? Ini baru Aidan bukan mertuanya lagi. Dia tahu Datin Mariana akan menentang habis-habisan tentang hasratnya ingin berpisah dengan suaminya. Dia buntu. Buntu memikirkan tentang semua. Semua yang berlaku.

************************************

"Papa!"jerit Elisa. Pintunya diketuk berkali-kali. Dia nak keluar dari situ.

"Lepaskan Elisa, pa!!!. Lepaskan Elisa! Papa!"

"Elisa...sabar. Macam mana Elisa nak keluar kalau Elisa masih membentak macam ni, sayang"pujuk isteri Razak.

"Mama. Please. Keluarkan Elisa. Elisa nak hentikan rancangan papa. Dia tak boleh buat semua tu. Kalau tak hidup kita macam mana?"

"Mama, papa tak boleh bunuh keluarga Aidan. Elisa tak nak papa masuk penjara. Please mama. Tolong Elisa keluar dari sini"

"Kau jangan berani nak keluarkan anak kau tu"ujar Razak yang baru tiba usai dari pejabatnya.

"Tapi bang.."

"Kau nak aku ceraikan kau dan halau kau dari sini?"ugut Razak membuatkan isterinya tertunduk.

"Papa! Tolong lepaskan Elisa dari bilik ni! Papa nak Elisa mati dalam ni ka?"

"Kau jangan buat benda bodoh!"

"Papa yang buat kerja bodoh tu pa! Papa stopkan semuanya! Please, pa!"rayu Elisa. Dia tak nak keluarganya hancur disebabkan dendam yang masih berbekas dalam hati papanya itu.

"No! I'm not and never stop it"Razak terus berlalu dari situ. Dia tahu sampai bila-bila pun, Elisa tak akan setuju dengan apa yang bakal dia lakukan.

Engkau JodohkuWhere stories live. Discover now