LAITH - BAB 1🌶

70.7K 1.4K 151
                                    



KELIHATAN seorang jejaka yang berbadan tegap sedang bermandi peluh di dalam gelanggang meninju didalam dewan tersebut. Dia meregangkan kejap otot lehernya lalu menggamit pihak lawan untuk melawannya.

Lelaki tersebut senyum senget apabila kelihatan pihak lawannya yang agak lemah longlai sekarang. Lelaki tersebut berdecit. "Serius ah? Lemah gila kau padahal aku tumbuk sikit je dah takde tenaga? Kau jangan perkenalkan diri kau sebagai adik aku kalau kau lemah macam ni."

Mustaqin mengeluh perlahan lalu mengesat peluh didahinya. Dia panggung kepala kearah abangnya lalu mendengus. "Laith, aku rasa dah nak pengsan ni. Hampir 45 minit kita bertinju non stop. Pedih badan aku tau? Dahlah esok aku ada program dekat kolej.. kau pulak ajak bertinju mcm ni.."

Ujar Mustaqin lalu menghenyak punggung didalam gelanggang. Laith menggeleng melihat keadaan adiknya yang lemah longlai.

"Sebab esok ada program la aku nak latih kau harini. Program kau sukaneka kan? Jadi aku nak latih kau supaya stamina kau kuat. Eh, malu dek orang la kalau orang tahu adik Laith seorang yang lemah mcm ni. Diorang kenal aku tau? Kau nak malukan aku ke?"

Laith Marzuki bin Laatif atau dipanggil dengan gelaran Laith adalah seorang yang hebat bertinju serta bertumbuk. Lihat sahajalah badannya yang sasa, sudah semestinyalah ramai yang akan menganggap bahawa dia petinju.

Dia ingin jadi petinju namun ditentang hebat oleh uminya, Datin Mariana. Jadi, Laith hanya jadikan tinju sebagai hobinya sahaja. Dia begitu minat akan tinju seperti bapanya. Bapanya, Dato Laatif juga handal dalam meninju.

Namun kerana umur bapanya makin meningkat, bapanya sudah kurang beraksi sekarang. Cuma bapanya hanya melatih Laith dari jauh sahaja. Dia bangga apabila anak sulongnya itu mengikuti langkahnya.

Mustaqin mendengus. "Laith, sukaneka tu untuk main-main je. Bukannya bergusti ke apa. Cuma sukaneka je Laith. Lompat pagar and watevar." Ujar Mustaqin dengan sedikit lelah.

Sebab inilah dia malas bergusti dengan abangnya. Pasti dia akan lelah sehingga tahap begini. Nak mampus pun ada rasanya..

BAMM!

Terpejam mata Mustaqin apabila abangnya menghentak kuat lantai gelanggang tersebut. Tahu sangat apa yang membuatkan abangnya marah.

"Main-main? Takde istilah main-main dalam hidup aku. Kalau kau nak capai sesuatu, capai dengan bersungguh-sungguh. Jangan buat acuh tak acuh macam orang lemah! Kalau kau tetapkan diri kau untuk menang, usaha sampai kau berjaya! Jangan malukan keturunan kita."

Ujar Laith lalu mendengus. Dia membuang glove ditangannya lalu dilemparkan keatas lantai gelanggang. Dia mencerlung tajam kearah Mustaqin yang hanya diam membisu.

"Ingat moto hidup aku. Usaha hingga dapat. Tak kisah la apa jadi sekalipun, kita akan tetap usaha sehingga menang. Tiada kekalahan dalam hidup aku. Yang ada hanya kemenangan sahaja. Semat dalam kepala otak kau."

Ujar Laith seraya menjeling adiknya. Dia terus melangkah keluar dari gelanggang tersebut. Laith menunduk seketika mengambil bajunya lalu dipakaikan baju itu dalam keadaan berpeluh.

Lantak lah. Balik nanti lempar juga dalam bakul kotor..

Mustaqin mendengus lalu mengusutkan rambutnya. Dia amat berbeza dengan Laith. Jika Laith seorang yang serius dalam semua aspek, Mustaqin pula adalah seorang yang suka bergurau dalam semua benda. Itulah bezanya dengan abangnya.

Abangnya itu terlalu serius dalam kehidupan. Bagi Mustaqin kehidupan Laith amat membosankan kerana terlalu serius tanpa gurauan semata.

"Sebab tulah dia single sampai ke umur 28 tahun tu. Asyik serius je memanjang. Aku baru 23 tahun tau? Nak jugak hidup macam remaja lain. Tapi dia duk sibuk asak aku untuk ikut cara hidup dia. Mana bleh macam tu haish!"

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora