LAITH - BAB 7🌶

24.1K 972 40
                                    



BUNGA berbaring di katilnya sambil bermain telefonnya. Dia memuncung sahaja apabila tiada apa-apa yang menarik di laman sosialnya. Sedari tadi dia hanya melayari facebook untuk membaca cerita sensasi dari artis. Well. Bunga pun suka gosip juga..

"Tch. Takde apa yang menarik pun.. aku dah bosan ni.. cerita Turki semua dah tamat.. sekarang apa yang aku nak buat?" Bisik Bunga perlahan. Dia mengerling sekilas borang yang berada diatas meja.

Bunga mengeluh perlahan. Borang itu adalah borang resign dari syarikatnya. Dia telah memutuskan untuk berhenti kerja dari syarikatnya yang lama.

Dia telah menghantar email ke seluruh syarikat yang memerlukan perkhidmatannya namun tiada satu syarikat pun yang menelefonnya ketika ini.

Bunga memejam mata kejap. Dia harus cari kerja dengan secepat yang mungkin kerana dia tidak mahu bapanya tahu hal ini. Dia akan mereka cerita bahawa dia telah ditukarkan ke syarikat lain jika bapanya bertanya nanti..

Namun sekarang masih tiada syarikat yang menerimanya.. macam mana nak kelentong ni?

Bunga scroll semula facebooknya. Dia mengecilkan mata apabila ternampak iklan jawatan kosong. Terbeliak mata Bunga apabila syarikat tersebut memerlukan penjawat awam bahagian kewangan dengan secepat mungkin.

Dia terus bangun dari baringnya lalu meneliti satu persatu perkataan yang tertera.

"Kami memerlukan pekerja bahagian kewangan yang berpengalaman secepat mungkin. Sila dial nombor yang tertera untuk interview."

Terngaga Bunga dibuatnya. "Berpengalaman?" Bunga senyum lebar. "Aku la tu!" Ujarnya lalu melompat-lompat diatas katil. Dia menarik nafas dan hembus perlahan.

"Ok tenang.. dia suruh call kan? Tapi sekarang malam.. dia jawab ke? Tapi dia tulis kat sini secepat mungkin.. maknanya dia jawab la kan?" Tanya Bunga sendirian sambil menggigit kukunya.

"Arghh cuba lah dulu. Kang lambat aku pulak yang terlepas." Ujar Bunga lalu menekan nombor tersebut dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Bismillah semoga Bunga Adreanna binti Adnan memperoleh kerja ini.. ameen.." bisiknya perlahan selari menunggu pihak disana untuk menjawab panggilannya.

'Hello?'

Bunga senyum lebar apabila telefonnya dijawab. "Hello.. maaf ganggu.. tapi ini nombor dari syarikat LM Legacy ke?" Tanya Bunga perlahan.

'Ya betul cik. Saya penyelia syarikat itu.'

Bunga mengemam bibir menahan debaran. "Macam ni.. saya ada ternampak iklan pihak disana inginkan pekerja yang berpengalaman dalam seri kewangan. Masih available ke?"

'Ya cik. Masih available sekarang. Jika cik berminat, cik boleh datang ke syarikat kami esok dan bawa segala dokuman serta resume cik. Ceo kami sendiri yang akan interview cik esok."

Terbeliak mata Bunga. Apakah.. ceo interview? Gulp. Macam menakutkan je.. biasanya pembantu ceo sahaja yang interview.. sekarang ni.. aihhhh! Tachod!

'Cik? Cik nak ke? Kami sedang mencari pekerja secepat mungkin. Kalau resume cik sesuai dengan syarikat kami, kami akan rekrut terus esok. Cik boleh pilih sama ada nak mulakan kerja esok atau lusa jika cik diterima.'

Bersinar mata Bunga mendengarkan itu. Yaa dia memang nak kerja secepat mungkin sekarang ni. Ah lantak lah ceo interview pun! Asalkan dia dapat kerja!

"Boleh! Saya.. saya datang awal pagi esok.. pukul 9 kan?"

'Ya betul.. cik nama apa ya?'

"Bunga. Bunga Adreanna binti Adnan.. umur saya 25 tahun dan saya berpengalaman."

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now