LAITH - BAB 53🌶

28.4K 1K 50
                                    



BUNGA menaip mesej adiknya sambil menggaru telinganya. Sedari tadi telinganya gatal. Dah kenapa? Ada orang mengumpat ke apa?

"Apa maksud Adrian ni? Bala sampai ke Malaysia? Apakah?" Bisik Bunga perlahan. Tersentak dia apabila telefonnya berbunyi. Dikerling kejap bilik air yang bergema dengan bunyian titisan air. Laith sedang mandi malam ketika ini.

Bunga berdehem kejap lalu menjawab panggilan adiknya. "Hello Ad.."

'Akak.. aku ada berita buruk.'

Berkerut dahi Bunga. "Apa dia?"

'Bekas kawan baik kau.. kembali ke Malaysia.'

Berkerut dahi Bunga. "What? Siapa?" Siapakah? Dia bukannya ada kawan baik pun.. kawan dia Tiara je.. kawan baik lain yang mana?

'Syakila.'

Terbeliak mata Bunga mendengarkan itu. Dia mengeluh perlahan. Dia menyebak rambutnya.

"Oh ya? Dia apa khabar?"

'Tah. Aku tak jumpa dia.. tapi aku dapat informasi sikit.'

"Apa?"

Adrian mengeluh perlahan didalam talian. 'Dia dah bertunang dengan Aariz.'

Bunga memejam mata kejap. Aariz.. adalah crushnya.. dia tidak pasti dia suka atau cinta pada Aariz. Bunga sendiri tidak memahami perasaannya ketika itu.

"Congrats then."

'Kau.. okay? Aariz tu crush kau.. aku masih ingat lagi kau bergaduh dengan Syakila kerana Syakila bercinta dengan Aariz masa di U haritu..'

Bunga senyum kelat. Ya, dia bergaduh besar dengan Syakila. Dia berkawan baik dengan Syakila. Dia ceritakan semuanya pada Syakila termasuklah tentang dia suka pada Aariz..

Syakila menyokong Bunga. Dia selalu memberikan kata-kata semangat pada Bunga. Tapi itu semua hanya lakonan.. Syakila telah menikam belakangnya.

Bunga pemalu. Jadi, dia tak ungkapkan cinta pada Aariz. Dan waktu itulah Syakila mengambil kesempatan untuk meminta Aariz bercinta dengannya.

Dan mereka telah menjadi pasangan kekasih yang paling popular di universiti waktu itu. Hancur berkecai hati Bunga apabila Syakila menikam belakangnya.

Sungguh dia tidak percaya kawan baik sendiri merampas crushnya.. sejak itu dia selalu bergaduh mulut dengan Syakila sehingga mereka putus kawan. Dan sehingga sekarang Bunga langsung tidak bertemu Syakila.

Hatinya masih sakit. Masih terasa hirisan dihatinya kerana kawan baiknya..

"Mi amor.." bisik Laith ditepi telinga Bunga. Tersentak Bunga dari lamunannya apabila bibir hangat Laith melekap ditelinganya. Bunga senyum tipis kearah suaminya.

"Takpelah Ad.. akak tutup telefon dulu. Akak mengantuk ni. Kita cakap hari lain eh?" Ujar Bunga seraya menjawab salam adiknya. Dia menutup telefon lalu diletakkan telefon keatas meja.

Dia memusingkan tubuh kearah suaminya sambil mengelus pipi basah suaminya.

"Abang ni ish.. rambut basah lagi tu.. meh bagi Bunga tuala abang tu.. Bunga nak keringkan rambut abang."

Laith senyum senget. "Tuala? Yang aku tengah pakai ni ke? Kejap aku cabut." Ujar Laith seraya ingin mencabut tuala yang dililit di pinggangnya. Bunga terus menahan tangan Laith.

"Abanggg bukanlah. Bukan tuala tu. Tapi tuala kecil..." jawab Bunga malu-malu. Laith tu aish.. ada ke patut nak berbogel depan Bunga? Memang la Bunga pernah tengok.. tapi Bunga tetap malu. Hehhehehe.

Laith senyum senget. "Pergi la ambil tuala aku. Dekat ampaian." Bunga mengangguk. Dia mengalihkan tangan gatal Laith yang berada dipahanya. Sudahlah dia memakai baju tidur nipis. Amat ketara tangan kasar Laith di pahanya.

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now