LAITH - BAB 28🌶

27.4K 1K 21
                                    



LAITH senyum kearah bapa mertuanya yang melangkah menghampirinya bersama gugusan ais di tangan. "Aih macam mana boleh terseliuh?" Tanya Encik Adnan lalu memberikan ais tersebut kepada Laith.

Laith menyambut lalu menggeleng kepala. "Entah la ayah. Sibuk nak kejar Laith. Kan dah terseliuh." Encik Adnan tergelak sahaja mendengarkan itu. Macam-macam sungguh perangai anak sulongnya itu. Boleh pula ajak Laith berlari dalam sawah.

"Tekup je ais dekat kaki dia.. nanti okay la tu." Ujar Encik Adnan dengan senyuman. Laith senyum lalu mengangguk. "Baik ayah.. ni, siapa yang masak? Atau ayah nak Laith yang masakkan?"

Haa mampus. Pandai sangat offer. Sudahlah Laith tak reti masak. Masak belut pula tu. Errr seriauuuu.

Encik Adnan menggeleng. "Takpa. Ayah boleh masak.. nanti dah siap, ayah panggil Laith dan Bunga. Laith pergi la rehat dengan Bunga tu. Mesti budak tu merengek nakkan Laith sekarang."

Laith senyum hambar. What? Nakkan dia? Tadi pun bergaduh.. bukan main lagi Bunga menolak-nolak tangannya ketika dia ingin menyentuh buku lali Bunga.

Bukan nak mencabul pun. Nak tengok je urat kaki mana yang terseliuh. Boleh pula si Bunga tu menjerit sebab sakit. Sudahlah fitnah Laith sengaja tekan buku lali dia. Geram Laith dibuatnya.

"Kalau macam tu, Laith masuk bilik dulu la ayah.. harap tak teruk la sebab petang nanti kami nak balik rumah abi.. Laith dah kena masuk kerja. Kena standby awal-awal."

Encik Adnan mengangguk. "Yelah. Sekejap je sakit dia tu. Laith tekup je dengan ais. Tapi Laith kena pegang Bunga tu. Nanti menggelupur pula. Dia tu bukannya boleh tahan sejuk.."

Laith tergelak. "Baik ayah."


*:・゚✧*:・゚✧

BUNGA senyum sipu selari menyentuh bibirnya. Masih terasa hangat bibir Laith melabuh ke bibirnya tadi. Entah mengapa, namun dia agak malu ingin berhadapan dengan Laith. Kerana itulah dia selalu menolak Laith menjauh.

Kerana apabila Laith mendekat, matanya akan fokus kearah bibir nipis milik Laith. Bunga dah start miang.. dulu bukan main kata Laith gatal dan mata keranjang. Sekarang dia pula yang terjangkit dengan Laith..

"Pandainya dia cium aku.. lembut je bibir dia urut bibir aku.. mana dia belajar eh? Ke dia pernah cium orang? Ish tak boleh tak boleh.. aku harap tadi tu first kiss dia juga.." bisik Bunga sambil mengusap bibirnya dengan senyuman lebar.

Ktak.

Terus Bunga duduk tegak apabila terdengar bunyi pintu dikunci. Berkerut dahi Laith melihat isterinya seumpama patung tidak bernyawa ketika ini. Laith menggeleng kepala selari melangkah menghampiri Bunga.

Dia merenung Bunga yang sedang mendongak kearahnya. Laith menghenyak punggung diatas katil namun mata masih kearah Bunga. Bunga mengerdip mata lambat melihat renungan tajam Laith.

Tangan Laith mula menarik kaki Bunga perlahan-lahan kearahnya. Bunga menggigit bibir menahan sakit. Laith meletakkan kaki Bunga keatas pahanya lalu mengambil pek ais tadi. Dia perlahan-lahan menekup ais itu ke kaki Bunga.

Perlahan sahaja perlakuannya agar isterinya tidak sakit. Bunga senyum lebar melihat suaminya yang amat menjaganya ketika ini. Fikirnya Laith ni tak ada hati perut. Rupanya ada juga belas kasihan lelaki itu kepadanya.

"Clumsy. Cuai. Dah tua-tua pun tak reti nak imbang diri masa berlari. Mesti kau failed teruk dalam pendidikan jasmani kan?"

Mati senyuman Bunga mendengar bebelan suaminya. Bunga memuncung. Hmmm cancel balik lah pujian melangit tadi! Rasa menyesal pula puji Laith. Ia amat menyakitkan hati apabila lelaki itu mengeluarkan suara.

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now