LAITH - BAB 64🌶

30.4K 1K 34
                                    



TERHENTI jari Laith yang sedang menaip komputer apabila terdengar ketukan pintu pejabatnya. "Masuk!" Jeritnya lalu kembali menaip.

Laith berpaling kearah gerangan yang mengetuk pintu itu. Terjungkit keningnya melihat Rose yang masuk kedalam biliknya dengan seseorang.

Laith mendengus. Dia menyandar badan ke kerusinya lalu berpeluk tubuh. "Yes?"

Rose senyum kearah Laith. "Maaf kalau saya ganggu tuan. Tapi.. Melia merayu pada saya supaya saya benarkan dia jumpa tuan.. sebab tu.. lah." Jawab Rose tergagap-gagap apabila melihat wajah tegang tuannya.

Laith mengangguk. Diperhatikan sahaja Melia yang berdiri tegak di sebelah Rose sambil menunduk. "Aku taknak jumpa sesiapa. Get out."

Melia menggigit bibirnya. Dia memberanikan diri untuk memandang tuannya. "Tuan.. saya datang sini sebab.. saya nak memohon keampunan.. bukan dari tuan.. tapi dari.. isteri tuan."

Berkerut dahi Laith. Dia menoleh kearah Rose. Rose mengangguk perlahan. Laith mengeluh. "Rose, get out. Bagi kami ruang."

Rose senyum lalu mengangguk. "Baik tuan." Ujar Rose lalu melangkah keluar dari bilik itu. Laith berpeluk tubuh dihadapan Melia.

"Really? All of a sudden?" Tanya Laith sinis. Melia menunduk. Dia melangkah perlahan kearah meja Laith.

"Saya.. saya silap.. saya selalu buli Bunga dulu. Dan sekarang.. saya dah terima kifarah saya.. saya sudah berada disini selama sebulan..

..dan dalam sebulan ni saya diarah oleh kak Rose serta pekerja tuan yang lain agar bekerja lebih masa.. dan mereka asak saya untuk bekerja yang bukan dalam bidang saya."

Laith mengangguk. "I know. Aku yang arah mereka. Aku nak kau rasa apa yang Bunga rasa dulu. Tch. Baru sebulan, dah putus asa? Bunga makan masa hampir setahun bekerja di syarikat lama dia..

Hampir setahun dia dibuli. Dia tak lemah. Dia kekal. Mungkin kerana terlalu penat kerana itulah dia datang ke syarikat aku."

Melia mengetap bibir menahan air mata. Direnyuk bajunya ketika ini menahan getaran. "Saya minta maaf tuan.. saya penat.. saya taknak ini terjadi lagi.. saya taknak dibuli lagi.. boleh ke tuan maafkan saya? Saya nak bekerja dengan tenang.. tolong tuan.. saya mohon.."

Laith mendengus melihat air mata Melia. Diraup kasar wajahnya. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Melia yang masih menunduk dengan esakan. Laith mencekak pinggang dihadapan Melia.

"Kau sepatutnya ucap begini pada isteri aku. Bukan aku. Inilah akibatnya apabila kau cari pasal dengan isteri aku. Dan sekarang inilah yang kau kena tanggung. Kenapa? Dah penat sangat ke? Dah hampir gila?"

Melia menangis teresak-esak. Dia terduduk dihadapan Laith lalu melutut. "Maafkan saya tuan.. tolong jangan buat macam ni.. saya tertekan bila dibuli begini.." ujar Melia dengan suara bergetar.

Laith mendengus melihat pekerjanya yang melutut padanya. "Aku boleh hentikan isu buli ni." Melia panggung kepala. Bersinar matanya mendengarkan itu.

"Tapi dengan syarat, aku nak kau memohon, merayu dan melutut pada Bunga untuk mendapat kemaafan dari dia. Jika dia maafkan kau, aku akan hentikan pembulian ni. Itu semua ditangan isteri aku. Aku hanya ikut kata-kata Bunga sahaja."

Melia mengangguk laju. "Saya janji tuan.. saya akan buat begitu pada Bunga.. saya akan mohon maaf pada Bunga secepat mungkin..

...selepas sahaja Bunga datang ke pejabat, saya akan meluru padanya untuk memohon maaf serta melutut.. saya tak kisah tentang maruah saya. Asalkan tuan dan Bunga memaafkan saya atas khilaf saya.."

Laith mengangguk. "Ok. Get out. Tak perlu basahkan lantai aku dengan air mata kau." Ujar Laith lalu melangkah semula kearah mejanya. Melia senyum dengan linangan air mata.

Dia bangun dari melutut lalu menunduk kearah Laith. "Terima kasih tuan.. saya janji saya akan dapat kemaafan daripada Bunga.. saya akan minta maaf bersungguh-sungguh."

Ujar Melia lalu melangkah kearah pintu Laith. Sempat dia mengesat air mata dipipinya. Laith memandang langkah Melia.

Dia mengeluh. "Cari pasal lagi dengan isteri aku.. padan muka kau." Ujar Laith seraya mengusap wajah Bunga di bingkai gambarnya yang terletak diatas meja kerjanya. Bibir mengoyak senyuman melihat wajah Bunga.

Aih. Rindu.. bila nak masuk lunchtime ni? Nak jumpa Bunga hekhek.

*:・✧*:・゚✧

MELIA keluar dari pejabat Laith. Dikesat air mata dipipi kerana tidak mahu rakan sekerjanya tahu dia menangis. Terhenti langkahnya apabila ada satu tangan yang menghulurkan tisu kearahnya.

Dia berpaling kearah pemilik tangan itu. Terjungkit keningnya melihat Danish yang sedang menyendeng di dinding sambil menghulur tisu.

"Lap muka kau tu. Tuan tak suka pekerja dia comot." Ujar Danish mendatar tanpa senyuman. Melia senyum tipis. Dia mengambil tisu dari tangan Danish.

"Terima kasih." Ujar Melia seraya mengesat pipinya. Danish mengangguk. Dia berpeluk tubuh dihadapan Melia.

"Betul ke kau dah berubah? Atau ini hanya trick supaya kau boleh perbodohkan tuan serta Bunga? Aku susah percaya pada kau." Melia berpaling kearah Danish. Terkedip-kedip dia melihat wajah tegang Danish.

Mereka tidak pernah bercakap sebelum ini. Inilah kali pertama Danish memulakan percakapan dengannya.

"Saya tak kisah kalau tiada sesiapa percayakan saya. Kerana saya memohon maaf dari sudut hati saya. Baru sekarang saya faham diri Bunga apabila Bunga terpaksa lalui semua ni.. saya.. saya nak sangat minta maaf pada dia.. saya banyak melakukan dosa pada dia."

Ujar Melia dengan teresak-esak. Danish menyimpan keluh melihat Melia menangis. Dia melangkah mendekati Melia lalu mengusap air mata di pipi Melia.

"Tak perlu la menangis. Aku tanya je kan? Bukannya aku tuduh kau pun." Bisik Danish. Melia kemam bibir apabila jemari hangat Danish menyentuh pipinya.

Melia senyum tipis. Dia menepis perlahan tangan Danish. Agak tak selesa disentuh begitu.

"Tahu.. tapi soalan awak macam menuduh saya.. takpa. Saya faham. Mungkin selama ni saya terlalu jahat. Sebab tu ramai yang tak percayakan saya. Tuan pun macam tak percayakan saya je tadi."

Danish mengeluh. "Tuan tak percaya kau sebab kau pernah sakiti hati isteri dia. Kau tak boleh salahkan tuan. Tuan Laith terlalu sayang pada Bunga. Tuan susah nak sayang orang. Tapi sekali dia sayang, ia bermaksud dia akan menyayangi orang itu sepenuh hati dia.."

Melia mengangguk. Dia senyum. "Beruntung Bunga kan? Tuan tu garang dengan semua orang.. tapi Bunga mampu melembutkan hati tuan dengan cintanya..

..saya bahagia tengok Bunga bahagia.. kerana sepanjang saya bekerja dengannya dulu, Bunga tak pernah senyum di syarikat.. tapi bila di syarikat tuan Laith, bibir Bunga selalu mengoyakkan senyuman. Pasti dia bahagia dikelilingi kawan-kawan yang baik serta suami yang tulus menyayangi dia.. kan?"

Danish mengangguk bersetuju. "Sebenarnya tuan yang beruntung dapat Bunga.. tuan tak pernah bahagia sebelum ni. Dia asyik bersendiri je. Selepas kehadiran Bunga, aku nampak yang tuan lebih bahagia dan makin menyerlah. Aku suka tengok tuan aku bahagia."

Ujar Danish dengan senyuman. Walaupun Laith selalu memarahinya, namun Danish langsung tidak makan hati. Kerana dia tahu Laith amat baik. Cuma sifatnya garang semulajadi..

Melia senyum lalu mengangguk. Dikerling jam di tangannya. "Err Danish.. saya keluar dulu tau. Sekarang dah masuk waktu lunch."

Danish mengangguk. "Ha'ah.. jom la makan dengan aku. Aku takde geng gak ni. Jom." Ajak Danish selari melangkah pergi dari situ.

Terkesima kejap Melia. Danish adalah orang pertama yang mengajaknya makan sepanjang dia bekerja disini.

"Melia! Jom lah!" Jerit Danish apabila kelihatan Melia masih berdiri ditempat yang sama. Melia garu kepala kejap.

"Err ok ok. Jap saya datang." Ujar Melia lalu kaki melangkah kearah Danish. Tersenyum Melia. Mana taknya, sebelum ini dia hanya lunch seorang diri.

Tak sangka pula harini ada teman..

TBC🤍
New pasangan unlocked

VOTE AND COMMENT❤️

LAITH : THE TRUTH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now