P R O L O G

25 5 0
                                    

Yang berlari merentasi lorong yang gelap dan sunyi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang berlari merentasi lorong yang gelap dan sunyi itu. Tubuhnya yang cedera dan kakinya yang luka di pegangnya perlahan, membuatkan dia sedikit sukar untuk berlari dengan lebih laju. Kepalanya berdarah namun walaupun cecair merah itu mengalir di dahinya, dia langsung tidak terfikir untuk berhenti dan merawat dirinya, kerana nyawanya dalam bahaya sekiranya dia berbuat demikian. Dia hanya ada dua pilihan; teruskan berlari atau mati.

Kemeja putih yang tersarung di tubuhnya sudah dikotori darah. Namun tompokan darah di kemejanya, bukan miliknya. Walaupun kaki dan kepalanya luka, namun anehnya darah di kemejanya bukan lah kepunyaannya. Jadi persoalannya, milik siapakah darah di bajunya? Dan darah yang sebanyak itu adakah yakin ianya milik seseorang individu atau... ramai mangsanya?

Siulan pertama berbunyi.

Siulan tersebut membuatkan kedua belah kaki milik lelaki berkulit pucat itu berhenti serentak bagaikan telah disumpah. Seluruh tubuh milik Yang terkaku, otaknya seakan tidak mampu lagi berfungsi dengan betul seolah olah seluruh anggotanya tidak mahu berjalan mengikut kehendaknya lagi. Dada lelaki itu berombak naik dan turun dengan laju, nafasnya menjadi seakan tidak teratur. Kalau boleh, sudah lama lelaki itu menjerit. Namun dia tahu, jeritannya tidak akan dapat menyelamatkan nyawanya ketika itu.

Siulan kedua berbunyi.

Bulu roma milik Yang serentak berdiri tegak. Angin yang meniup tubuh dan rambutnya pada malam ini seakan menggigit tulang temulangnya, peluh yang mengalir di seluruh tubuh badannya bukan disebabkan dia penat berlari, namun ianya merupakan peluh dingin yang terhasil dek kerana takut dan gentar dengan nasib yang bakal menimpanya pada malam ini. Adakah ini pengakhirannya?

Yang pernah dengar tentang perkara ini. Pada awalnya, dia fikir apa yang di dengarinya hanya merupakan urban legend dan mitos atau mungkin merupakan kisah rekaan orang orang yang gemar dengan cerita hantu. Tak pernah sekali walaupun di mimpi basahnya dia terfikir untuk mengalami urban legendnya sendiri. Kisah rekaan yang dia selama ini tertawakan akhirnya memunculkan diri betul betul di hadapannya.

Mitos mengatakan; seorang wanita akan tiba pada malam yang mereka tidak sangkakan. Dress berwarna merah bak darah tersarung elok di tubuhnya. Rambut pendek bergaya bob berwarna ungu kelihatan anggun berterbangan ditiup angin malam. Dan, tattoo berbentuk rama rama yang boleh dilihat jelas di bahagian dadanya, hasil bahagian dada dress merahnya yang agak menonjol dan terdedah menampakkan trademark yang paling digeruni setiap orang yang tahu tentang kewujudannya.

Yoo Nabi. Atau mereka menggelarnya sebagai Húdié. Rama rama di dalam bahasa cina.

Dan mitos mengatakan, wanita itu akan membunyikan 3 siulan menggunakan mulutnya. Siulan pertama, merupakan satu jenaka. Mereka yang mendengar siulan pertama perlu berjaga jaga namun masih boleh bersenang senang sekiranya tidak ada apa yang terjadi kepada mereka. Dan siulan kedua, mereka yang bersenang senang perlu rasa takut dan gentar. Kerana siulan kedua merupakan satu amaran. Amaran untuk mereka melarikan diri dan bersembunyi di dalam rumah; dan jangan buka pintu walaupun ada yang ketuk.

Interlude: EGOWhere stories live. Discover now