(11); Depth of Malice

4 2 1
                                    

Kelopak matanya perlahan terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak matanya perlahan terbuka. Pandangannya menjadi kabur, silau cahaya putih di sekeliling, memedihkan dan menyakitkan pandangan matanya. Gadis itu memejam dan membuka matanya semula, cuba menstabilkan pandangannya. Tubuhnya yang masih terasa sengal dan sakit membuatkan dia terasa lemah untuk bangkit berdiri, hanya membiarkan tubuhnya terbaring seorang diri di ruang yang tidak asing baginya.

Dinding dan lantai, kedua duanya putih, tapi ruang ini bukan lah seperti rumah, lebih kepada seperti ruang untuk mengerung seseorang. Tubuh gadis itu hanya tersarung dress putih paras lutut, bukan dress mewah, tapi merupakan dress yang sentiasa dilihat para pesakit memakainya. Seolah dia merupakan pesakit di hospital sakit jiwa.

Gadis itu memejam matanya buat seketika, merasakan seluruh bulu romanya berdiri tegak dek kerana kulit tubuhnya bersentuhan dengan lantai yang sejuk. Bau Iodoform yang merupakan sebatian yang berasal daripada karbon, hidrogen dan iodin, menusuk rongga hidungnya, bau yang tak asing di sebuah hospital.

"Aight, kiddo, time to work." Dua orang lelaki berpakaian seragam putih, yang merupakan disposable protective clothing, melangkah masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk gadis itu.

"Tak... tak mahu..." gadis itu bersuara perlahan, menggeleng kepalanya lemah namun kedua dua lelaki itu langsung tidak mendengar pendapatnya.

Mereka mengangkat gadis itu dengan kedua dua belah tangannya, tubuh gadis itu diheret keluar dari ruang tersebut. Gadis itu cuba meronta walaupun tenaganya sangat lemah, namun sudah pasti dia tidak dapat melarikan diri daripada dua orang lelaki yang mempunyai kudrat lebih besar daripada remaja 15 tahun sepertinya. 

Air mata gadis itu bercucuran keluar membasahi pipinya tatkala tubuhnya diletakkan di atas kerusi yang disediakan dan mereka mula memasangkan alat teknologi di kepalanya, wayar wayar yang bersambung bagai tiada penghujungnya. Kedua belah tangan dan kakinya ditahan dengan besi yang tersedia di kerusi tersebut.

"Don't worry, sweety, this is going to be the last one." Suara lelaki berkumandang di bilik tersebut melalui speaker yang telah disediakan.

Dan tatkala itu, tubuh gadis itu mula meronta, dia menjerit sakit, seluruh bulu romanya berdiri tegak dan anggota tubuhnya menggigil dahsyat tatkala dia merasakan renjatan elektrik di seluruh tubuhnya. Kepalanya terasa bagai hendak meletup, matanya terbuntang luas, tatkala itu berjuta juta imbasan mula dimainkan di pandangan dan kepalanya, seakan otaknya disedut dan dilepaskan berkali kali.

Darah. Tembakan. Mayat. Pisau. Rama rama.

Dan aku terjaga.

Kelopak matanya serentak terbuka secara mengejut. Nafasnya menjadi tidak teratur. Dadanya berombak naik dan turun dengan laju. Peluh peluh mula kelihatan, bukan sahaja di wajahnya, namun di seluruh badan. Tubuhnya dibasahi dengan peluh. Mimpi yang dia lihat tadi masih dapat dia ingat sepenuhnya walaupun jangka masanya pendek.

"Kau mimpi ngeri?" bahu Yoomi terhinjut, tersentak kerana terkejut mendengar suara seseorang. Hampir sahaja dia melatah melihat Jungwoo yang memandangnya kosong, berdiri di hadapannya sambil memegang secawan teh panas.

Interlude: EGOWhere stories live. Discover now