(14); Everything I wanted

6 1 0
                                    

Sebuah kawasan terletak tak jauh dari tempat yang dia selalu kunjungi

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Sebuah kawasan terletak tak jauh dari tempat yang dia selalu kunjungi. Lantern merah dan sutera merah kelihatan banyak di sekeliling kedai, sekali pandang, kelihatan seperti kawasan ini merupakan perkampungan cina. Perkampungan cina yang anehnya berada di bumi Korea sendiri. Ini bukan kali pertama Jungwoo jejakkan kaki ke sini, termasuk kali ini, ini merupakan kali kedua.

Namun hatinya telalu sakit dan marah mahu memikirkan hal itu. Jungwoo seorang diri terus serbu masuk ke dalam sebuah casino yang megah, dekorasi sekelilingnya, cukup kelihatan seperti bar hiburan tradisional cina. Seolah ini bukan tahun 2023 tapi merupakan perkampungan cina pada tahun 90-an.

Walaupun telah dihalang oleh beberapa pekerja ke sana memasuki tempat itu tanpa sebarang jemputan, Jungwoo tidak mengalah dan mendengar kata, malah mengeluarkan pistol dan mengancam untuk melepaskan tembakan kepada semua clieny yang datang menghiburkan diri mereka berjudi di tempat haram tersebut.

Disebabkan tidak mahu reputasi mereka jatuh, mereka membenarkan Jungwoo untuk ke bilik yang dikhaskan lelaki itu di tingkat atas. Kelam kabut pekerja pekerja itu menelefon dan cuba mendapatkan ketua mereka. Bukan mereka tidak kenal siapa Lee Jungwoo, CEO syarikat penerbangan yang sejak dua menjak ini rapat dan nampak seperti bersekutu dengan ketua mereka.

Tatkala mendengar berita pencerobohan Jungwoo ke tempat persembunyiannya, wanita berdress merah bersama rambut bergaya bob berwarna purple itu melangkah penuh tenang masuk ke dalam casino tersebut. Setiap langkah yang diambil olehnya, membuatkan pekerja pekerja yang ada di sekeliling melutut sebelah kaki tanda hormat seolah ratu kepadanya.

Pada malam ini, wanita itu tidak menyembunyikan wajahnya dan memakai mask seperti biasa, memandangkan lelaki yang selama ini dia cuba untuk sembunyikan identitinya, kini sudah tahu wajahnya. Pintu bilik tersebut diketuk perlahan sebelum dia membuka pintu bilik itu. Sebelum dia membuka pintu, pekerjanya sudah berpesan bahawa Lee Jungwoo kelihatan begitu marah, mungkin pertumpahan darah bakal berlaku.

Sebaik sahaja pintu itu dibuka, tekaan pekerjanya betul sama sekali. Segelas cawan kaca dibaling ke arah Yoo Nabi namun wanita itu lebih pantas menangkap gelas kaca itu dengan tangannya. Satu senyuman sinis terukir di wajahnya tatkala dia bertembung mata dengan lelaki yang kelihatan seperti ingin terkamnya pada bila bila masa sahaja itu.

"What a nice way to greet me, Lee Jungwoo."

"Just shut your fucking mouth and sit here." Nada suara Jungwoo kedengaran keras dan bahasanya kasar, membuatkan Yoo Nabi tersenyum.

Dia tidak ingin menaikkan lagi rasa marah lelaki itu, dia perlahan mengangguk dan mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Bilik ini mempunyai sebuah meja bulat dan dua kerusi, bilik yang digunakan untuk menjadi tempat berjudi khas bagi special client. Atau lebih tepat... bilik ini mempunyai permainan gamble mereka tersendiri. Dan hakikat Lee Jungwoo memilih bilik yang menyediakan permainan Russian roulette.

"Kau tahu macam mana permainannya, bukan?" soal Jungwoo kasar, dia memasukkan satu peluru ke dalam revolver dan memusingkannya sebelum membetulkan posisi pistol tersebut. Revolver tersebut diletakkan di atas meja dan dia mengangkat wajah. Merenung wajah Yoo Nabi tajam. "1/7 daripada revolver ada peluru. Orang yang kena tembak, akan mati."

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Jan 06 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

Interlude: EGONơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ