(7); Honeymoon

8 2 0
                                    

"Aku

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Aku... takde buat apa apa mistake kan semalam?" Yoomi menjungkitkan keningnya ke atas, memandang Jungwoo dengan riak wajah berharap. Sangat sangat berdoa semoga dia tidak membuat apa apa semalam.

Disebabkan segala memori dan apa yang dilakukan Yoomi semalam dikawal oleh personalitinya yang lain, jadi dia tiada memori dan tidak tahu tentang apa yang terjadi. Bangun sahaja daripada tidur pagi ini dia terus mengunjungi break room untuk adakan discussion dengan personaliti personalitinya yang lain, sampaikan kena bebel sebab panggil dorang discuss awal pagi.

Yoomi rasa lega sikit bila dapat tahu Luyee yang ambil alih tubuhnya semalam, memandangkan sudah sekian lama wanita itu tidak mengambil alih tubuhnya, namun walau macam mana pun, Yoomi still ada trust issue. Secara logiknya, Luyee bukan lah macam Jaeha atau Juwon yang suka buat benda bukan bukan dan memalukan Yoomi memandangkan karakter wanita itu lebih matang dan rational.

Tapi... ego Luyee agak tinggi. Percakapan wanita itu agak savage dan dia tak boleh buat buat tak tahu kalau orang kutuk dia. Yoomi risau sahaja kalau wanita itu ada buat apa apa dan celupar mulutnya lontarkan ayat ayat yang tak sedap didengar di telinga orang kepada orang sekeliling. Lagi lagi apabila semalam mereka berkumpul untuk sesi pertemuan ahli keluarga Jungwoo.

Jungwoo menjungkitkan sebelah keningnya ke atas. "Mistake? Such as?"

"Well... anything?"

Jungwoo terdiam sebentar dan mengumam perlahan, membuat mimik wajah seolah sedang berfikir. "Kau cakap aku handsome."

Mendengarkan apa yang terbit di bibir lelaki itu, Yoomi serta merta membuat mimik wajah geli dan tayang wajah judgementalnya kepada Jungwoo. "Oh, gross."

Jungwoo tersengih seraya menjungkitkan keningnya ke atas. "Tapi kenapa kau tanya aku macam tu? Kau tak ingat ke apa jadi semalam? Kau mabuk ke?"

Yoomi terdiam sebentar. Cuba memikirkan jawapan bernas di dalam kepala. "Oh, nae."

Jungwoo mengerutkan wajahnya. "Tapi diorang tak serve any alcohol semalam."

"Dah lah kau diam jelah kalau tak nak bagi aku jawapan." Yoomi menggulingkan matanya ke atas, agak sakit hati dan geram dengan perangai lelaki itu.

"By the way, asal kau tak siap lagi? Jangan cakap pasal harini pun kau lupa juga." Jungwoo mula berpeluk tubuh dan memandang Yoomi yang masih duduk di katilnya itu, masih tidak mandi dan baru sahaja bangun tidur.

"Kenapa dengan harini?" terkebil kebil wanita itu melihat suaminya di hadapan, sudah lengkap berpakaian casual pagi seolah ingin keluar ke suatu tempat.

"Kau memang jenis pelupa eh? Banyak makan semut ke as hobby?" mendengarkan kata kata Jungwoo, Yoomi membuat muka 'wtf'nya membuatkan lelaki itu tertawa kecil. "Harini kita nak pergi honeymoon dekat Jeju Island."

"

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
Interlude: EGOOù les histoires vivent. Découvrez maintenant