(1); Chairman Lee's will

14 3 0
                                    

"KIM YOOMI!!!" bahu wanita itu terhinjut tanda terkejut serentak matanya dipejam rapat tatkala mendengar suara managernya menjerit memanggil namanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KIM YOOMI!!!" bahu wanita itu terhinjut tanda terkejut serentak matanya dipejam rapat tatkala mendengar suara managernya menjerit memanggil namanya. Wanita berambut hitam panjang itu melepaskan keluhan berat, melihat pinggan kaca yang kini sudah pecah berderai di atas lantai.

"Apa masalah kau ni ha? Kau tahu tak pinggan ni mahal?!" lelaki berbadan gempal itu menolak bahu Yoomi kasar. Sepasang matanya mencerlung tajam merenung wajah wanita di hadapannya.

Mendengarkan suara lelaki itu yang bukan main kuat, beberapa pekerja yang berada berdekatan dengan ruang dapur itu memandang Yoomi dan Manager Oh sambil berbisik sesama mereka. Manager Oh menunding jarinya berkali kali di dahi wanita di hadapannya membuatkan wanita itu hampir hilang imbang dari posisi berdirinya. Disebabkan tidak berani melawan pekerja yang mempunyai posisi lebih tinggi daripadanya, Yoomi hanya memejam matanya rapat dan menundukkan wajah.

Membiarkan sahaja Manager Oh berbuat demikian kepadanya memandangkan ini bukan lah sesuatu yang luar biasa. Boleh dikatakan perkara ini normal dan biasa berlaku di tempat kerjanya. Bukan sahaja Manager Oh, pekerja pekerja tetap senior lain juga selalu memandang rendah kepadanya kerana Yoomi hanyalah pekerja sambilan di situ. Lagipula, memang salah dia kerana pecahkan pinggan restoran tersebut.

"Kau tahu tak ni dah tiga kali kau buat masalah. Haritu kau tersilap hantar order grab, lepastu kau rosakkan freezer and now kau nak buat party pecahkan pinggan mangkuk restoran ni pula?!" Manager Oh mula melenting penuh emosi sambil bercekak pinggang.

"Ma-maafkan saya..."

"Kau fikir dengan maaf kau tu boleh baiki pinggan yang dah pecah ni ke?!" Manager Oh merenung tajam wajah Yoomi. "Takde, aku dah malas nak explain dekat boss lagi dengan masalah kau. You, get out. Kau berhenti kerja."

Mata Yoomi serta merta membulat dan pantas dia mengangkat wajah, memandang Manager Oh dengan riak wajah terkejut. Dia menggeleng kepalanya laju. "Ma-manager boleh suruh boss tolak gaji saya. Sa-saya tak kisah asalkan jangan buang saya dari kerja ni. Saya hanya ada kerja ni je, manager. Tolong lah, manager!" Yoomi menyatukan kedua belah tangannya dan memandang Manager Oh penuh terdesak.

"Takde, selama ni aku dah bagi muka banyak dah dekat kau. Kau still buat masalah lagi. Better kau berambus dari sini. Kerja kau kat sini asyik menyusahkan pekerja lain je lepastu buat masalah!"

"Tapi, Manager Oh..."

"Kau nak berhenti kerja sendiri ke atau kau nak boss pecat kau?" ugut Manager Oh membuatkan Yoomi terdiam buat seketika. Dia ketap bibirnya rapat sebelum melepaskan keluhan berat.

Buat seketika, wanita itu memandang sekeliling. Suara mereka yang agak kuat menarik perhatian beberapa pekerja di sekeliling mereka. Melihatkan dari riak wajah dan cara mereka memandang dia, Yoomi sendiri tahu apa yang bermain di dalam kepala pekerja pekerja itu. Mereka juga pasti inginkan perkara yang sama. Mereka mahu Yoomi berhenti dan berambus dari restoran itu seperti yang Manager Oh suruh.

Interlude: EGOWhere stories live. Discover now