(12); Sagyeomjae

2 1 0
                                    

"Awak memang okay untuk bercakap dengan kami ke, Kim Yoomi-sshi?" soalan yang tiba tiba ditujukan Wootae kepadanya membuatkan Yoomi terus memandang lelaki itu dengan kening terjungkit ke atas, menyebut 'nae?'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak memang okay untuk bercakap dengan kami ke, Kim Yoomi-sshi?" soalan yang tiba tiba ditujukan Wootae kepadanya membuatkan Yoomi terus memandang lelaki itu dengan kening terjungkit ke atas, menyebut 'nae?'. Wootae menunding ke arah setin beer kosong di atas mejanya.

Yoomi tertawa kecil seraya menggeleng kepalanya perlahan. "Ye saya. Saya okay. Alcohol tolerance saya agak tinggi." Yoomi tersengih kekok. Padahal sekarang dah petang, mungkin polis polis ni akan pelik kenapa Yoomi minum waktu waktu begini.

"Kami datang sini untuk bertanyakan beberapa soalan, jadi sila beri kerjasama." Ujar Wootae perlahan seraya mengambil buku notanya. Yoomi hanya mengangguk, sebenarnya masih kekok lepas dia terlepas panggil nama Wootae, mesti lelaki itu suspicious dengan dia dah sekarang. Padahal diorang tak pernah jumpa each other, macam mana pula Yoomi boleh tahu nama lelaki itu.

"Yoomi-sshi kenal Chairman Lee Sungman? Bekas CEO IlGO Corporation?" Yoomi sedikit terkedu tatkala nama si mati tiba tiba sahaja dibangkitkan lagi.

Yoomi menggeleng perlahan. "Tak secara personal. Saya tahu macam tu je, melalui rumors dan berita. Lagipun, siapa je tak kenal dia kan?"

Wootae mengangguk perlahan. "Jadi apa hubungan Cik Yoomi dengan Chairman Lee? Saya dijelaskan yanng awak merupakan satu satunya pewaris segala harta dia. Boleh Cik Yoomi terangkan?"

Yoomi terdiam buat seketika. Sejujurnya dia sudah mempunyai jawapan untuk itu memandangkan dia dan Jungwoo sudah sama sama rancang yang mereka sudah bercinta sebelum sesi pembacaan wasiat lagi. Dan Yoomi merupakan bakal cucu mertua Chairman Lee yang lelaki itu adore, sudah pasti ianya untuk menyembunyikan teori teori pelik yang akan datang dari keluarga keluarga Jungwoo.

Tapi sekarang ni, Yoomi bukan berada di hadapan salah seorang keluarga Jungwoo, malahan ianya polis sendiri. Mungkin mereka sudah tahu berkenaan kematian Chairman Lee yang bukan lah akibat kena serangan jantung. Mungkin mereka datang untuk siasat berkenaan kes kematian Chairman Lee. Namun apa pun, Yoomi tidak mahu let her guard down.

"Boleh saya tahu kenapa? Ada apa apa yang perlu saya tahu ke? Sebenarnya motif awak berdua datang ni atas sebab apa?" soalnya lembut, cuba menyembunyikan hakikat dia mengelak menjawab soalan yang ditanyakan sebentar tadi.

"Cik Yoomi tahu apa apa berkenaan Food Co.?"

Yoomi mengerutkan wajahnya. "Food Co?"

"Ianya company kilang makanan yang di bawah IlGO. Yang di mana awalnya, gudang kilang tersebut merupakan milik Chairman Lee dan kini sudah dijatuhkan ke tangan Cik Yoomi."

"Eo? Tapi saya tak tahu apa apa pun berkenaan tu? Saya tak pernah pun lagi jejakkan kaki ke mana mana property Chairman Lee. Kenapa dengan gudang tu? Ada masalah ke?"

"Gudang tu dijadikan tempat pembuatan dadah. Dan dadah dadah tu diselitkan di packaging makanan yang dihantar ke kedai." Kata kata yang terbit dari bibir Wootae membuatkan mata Yoomi membulat, terkejut.

Interlude: EGOWhere stories live. Discover now