(6); Just A Show

5 2 0
                                    

Perlahan kelopak mata Jungwoo terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan kelopak mata Jungwoo terbuka. Perkara pertama yang dia lihat pada ketika itu merupakan siling putih. Dia melepaskan keluhan perlahan, ini merupakan pertama kalinya dia tidur lena buat sekian lamanya. Lelaki itu menghidapi insomnia sejak kes yang menimpanya 20 tahun yang lalu. Baru sahaja Jungwoo ingin menggerakkan tubuhnya untuk bangun, terasa seperti ada benda berat di atas lengannya.

Matanya sedikit membulat tatkala menoleh ke sebelah dan menyedari wanita yang baru bergelar isterinya sejak semalam kini terbaring elok di sebelahnya. Tubuh mereka terlalu hampir dan lengannya pula menjadi bantal empuk milik isterinya. Jungwoo memejam mata rapat seraya melepaskan keluhan berat. Bahu yang terasa sedikit lenguh diurutnya sebentar sebelum dia kembali menoleh untuk melihat Yoomi di sebelah.

Renungannya kosong, memerhati setiap inci wajah wanita di sebelahnya. Ianya bukan lah renungan dan pandangan seorang lelaki yang jatuh cinta, tetapi lebih kepada penuh waspada. Ketika bersama dengan isterinya, Jungwoo tidak boleh melakukan keputusan sambil lewa, dia tak boleh sesekali let his guard down, kerana Lee Jungwoo suspect Kim Yoomi merupakan Yoo Nabi.

Itu merupakan sebab utama dia menjerat Kim Yoomi di dalam contract perkahwinan mereka.

Sekiranya seseorang mati dibunuh, secara logiknya mereka yang memperolehi benefits yang banyak bukan kah semula jadi akan dijadikan suspect pembunuhan? Dari awal lagi, Jungwoo syak sesuatu daripada Yoomi, Cuma lelaki itu tidak berapa pasti dan tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh wanita itu secara melulu.

Kalau Kim Yoomi bukan lah Yoo Nabi, paling paling pun Kim Yoomi mempunyai hubungan rapat dengan pembunuh atuknya. Sekiranya Yoomi bukan Yoo Nabi, Jungwoo syak Yoomi tahu siapa sebenarnya pembunuh sebenar. Kerana ianya tak logik untuk seorang pembunuh membunuh seseorang dan memberi segala benefits kepada seseorang yang langsung tiada kaitan dengan hidup mereka, bukan?

Jungwoo mula mengiringkan tubuhnya, menghadap Yoomi. Renungannya kepada Yoomi masih tak lekang. Memerhati wajah wanita itu yang kelihatan begitu tenang ketika dia sedang tidur. Seolah the idea of dia sebagai pembunuh langsung tidak masuk akal. Jungwoo juga tidak pasti sangkaannya itu betul ataupun tidak, tapi yang pasti, wanita ini mempunyai kunci penting untuk dia rungkaikan siapa pembunuh sebenar.

Matlamat Lee Jungwoo adalah untuk menggunakan Kim Yoomi. Contract perkahwinan mereka hanya 6 bulan. Dan Jungwoo perlu mencari pembunuh itu dalam tempoh tersebut.

Jungwoo memejam matanya rapat seraya melepaskan keluhan berat apabila Yoomi mula bergerak memeluk tubuhnya dengan mata tertutup, masih lena di dalam mimpinya. Wanita itu membenamkan wajahnya di bahagian leher lelaki itu membuatkan bulu roma Jungwoo berdiri tegak buat seketika. Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat. "Payah betul hidup dah berkahwin ni." Omelnya sendiri sebelum merenung kosong wanita itu sekali lagi.

Mata Yoomi masih terpejam rapat, senyuman kecil terukir di wajahnya, entah apa yang sedang dimimpikannya, Jungwoo langsung tidak mahu tahu. Jungwoo menjentik dahi Yoomi dengan jarinya. "Wake up, you sleepyhead."

Interlude: EGOWhere stories live. Discover now