CHAPTER 2

15K 556 25
                                    

Dua bulan berlalu...

"Haish mana parking ni. Dahla panas. Kalau bukan sebab Mama yang suruh singgah Giant beli barang dapur memang tak la aku nak datang sini waktu-waktu macam ni. Kalau park kereta dekat dalam bapak mahal kena bayar", bebel 'Armielya sorang-sorang.

"Ha ada pun yang kosong. Ingat takde", bebel 'Armielya lagi. Tiba-tiba satu kereta sport Maserati potong line masuk ke parkir kosong itu. Terjegil mata 'Armielya tengok.

"Eh dia ni, tak tengok ke aku dah bagi signal ni", bebel 'Armielya bengang. Dia keluar dari keretanya lalu mengorak langkah laju ke arah kereta itu. Diketuknya cermin kereta itu kuat. Tengku Aqieef Darweesy tersentak melihat seorang perempuan sedang mengetuk cermin keretanya.

"Apa hal minah ni", getus Tengku Aqieef Darweesy. Diturunkan cermin keretanya separuh.

"Dah kenapa ni ketuk-ketuk cermin kereta aku ni? Dah lama hidup ke?", tanya Tengku Aqieef Darweesy dengan nada tidak puas hati. Mata merenung tajam wajah cantik itu.

"Eh awak keluarkan kereta awak sekarang", arah 'Armielya geram. Tengku Aqieef Darweesy pandang 'Armielya pelik.

"Kau ni dah kenapa nak suruh aku keluarkan balik kereta aku? Aku dah park dah pun", balas Tengku Aqieef Darweesy geram.

"Eh awak dah rampas parking saya. Awak tak nampak ke, yang saya dah bagi signal tu? Yang awak pergi potong kereta saya kenapa", bebel 'Armielya sambil tangannya tunjuk ke arah keretanya.

Tengku Aqieef Darweesy pandang kereta 'Armielya sekejap sebelum toleh kembali muka perempuan yang memarahinya itu. Dia keluar dari kereta, lalu mengelilingi keretanya sambil tengok kiri dan kanan. 'Armielya pelik. Dah kenapa pulak dia pusing satu kereta dia, getusnya perlahan sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak dah kenapa pusing kereta awak? Kalau ye pun nak tawaf, bukan dekat sini tapi dekat Mekah sana", marah 'Armielya sambil mengekori lelaki itu. Tengku Aqieef Darweesy pandang 'Armieyla dengan tajam tapi 'Armielya buat-buat tak nampak. Diliarkan matanya ke tempat lain.

"Aku bukan nak tawaf, tapi aku cari nama orang kot kot ada nama, tapi takde nama sesiapa pun dekat parking ni. So, aku boleh park dekat sini", ujar Aqieef bersahaja. 'Armielya tepuk dahinya. Ya Allah dugaan apa ni, getusnya perlahan.

"Eh awak memang tak faham bahasa ke? Saya suruh awak keluarkan kereta awak sebab saya nak parking dekat sini. Siapa suruh awak rampas parking saya. Dekat satu jam saya cari parking kosong tau, alih-alih awak dengan muka tak tahu malu masuk park dekat sini. Siapa tak bengang. Saya dah bagi signal apa. Awak tak nampak ke buat-buat tak nampak hah?!", sembur 'Armielya geram. Tengku Aqieef Darweesy sandarkan badan ke kereta sambil memandang perempuan didepannya itu. Marah pun comel dia ni, desis hatinya.

"Hei rileks la..Parking je pun. Yang nak marah-marah apa hal? Banyak lagi parking kosong dekat depan-depan sana tu. Dah...Aku tak nak layan kau meroyan. Yang pasti aku tak nak keluarkan kereta aku. FULLSTOP!", marah Tengku Aqieef Darweesy pula sambil melayangkan kunci keretanya ke muka 'Armielya lalu menekan button 'lock up'. Dia mula mengorak langkahnya untuk berlalu pergi.

"Entah entah kau saja je nak mengorat aku kan?", tebak Tengku Aqieef Darweesy sinis.

"WHATTT?!", jerit 'Armielya kuat.

"Hei lelaki yang terlajak tinggi... Awak jangan nak perasan sangat eh. Macam la dia hensem sangat. Berlagak je lebih. Kalau saya nak mengorat la kan bukan dekat sini tapi dekat masjid tu ha. Berlambak dekat sana. Kalau setakat orang macam awak dekat tepi jalan boleh cari. Jual RM50 pun orang sanggup beli", ujar 'Armielya bengang.

Tengku Aqieef Darweesy pandang 'Armielya tajam macam nak telan pun ada.

"APA??", tanya 'Armielya geram.

FOREVER MINE [COMPLETE]Where stories live. Discover now