CHAPTER 57

8.8K 247 8
                                    

*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻

Empat tahun sudah berlalu. Tengku Aqieef Darweesy tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa kehadiran cik isteri di sisi. Sikapnya? Masih sama seperti dulu. Namun lebih dingin dan kejam. Kehidupannya juga berubah. Daripada tidak merokok kepada perokok tegar. Workaholic. Keluar pagi balik tengah malam. Kadang dia tidur dekat bilik yang tersedia khas di dalam officenya tanpa pulang ke rumah.

Hari ini sudah genap empat tahun dia ditinggalkan 'Armielya. Bukan dia tidak cuba untuk mencarinya. Tetapi bumi ini terlalu besar untuk dia cari. Hampir seluruh negara dicarinya, namun 'Armielya tetap juga tidak berjaya dijumpainya. Empat tahun tanpa 'Armielya, membuatkan hidup Aqieef sunyi.

Setiap detik dia hanyalah merindukan wajah dan senyuman seorang Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl. Rindu akan gelak ketawa 'Armielya. Rindu untuk memujuk 'Armielya. Rindu mengusik 'Armielya. Semua tentang 'Armielya dia rindu.

Hari ini dia pulang sedikit awal. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah itu, dadanya dihurung sebak. Ruang rumah itu direnung kosong. Tidak mahu terlalu beremosi, Aqieef melangkah naik ke bilik yang pernah dihuni 'Armielya.

Butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Aqieef tersenyum tawar. Kalaulah 'Armielya ada di sisinya, mesti 'Armielya yang akan membantunya. 'Armielya suka manjakan dia tanpa disuruh. Walaupun hubungan mereka hanya sementara, namun tika itu mereka masih pasangan bahagia. Dan dia tahu apa yang 'Armielya suka dan tidak suka.

Ya Allah aku rindukan dia...

Bisik Aqieef dalam hati. Balkoni bilik itu dituju. Pintu sliding di buka. Keheningan malam itu sangat menenangkan jiwanya. Aqieef mendekati balkoni. Dia mendongak memandang langit. Kepekatan malam itu, direnungnya lama. Tiada satu pun bintang di langit tetapi langit masih lagi cerah. Betul kata isterinya. Tanpa bintang, langit tetap bercahaya kerana bulan masih setia menemaninya. Dilorekkan senyuman kelat.

"Sayang cakap kalau abang renung bulan... Rindu abang akan terubat. Tapi kenapa bila setiap kali abang pandang bulan abang akan teringatkan sayang", bisik Aqieef sendirian.

"Sayang... Cepatlah balik... I miss you badly...", ujar Aqieef lagi.

Tika itu, di bumi Beijing, 'Armielya turut memandang kepekatan malam. Dilorekkan senyuman nipis. Dia termenung seketika sebelum lamunannya mati sebaik sahaja telinganya menangkap celoteh si kecilnya. Pintu sliding didekati. Dia menyendeng di pintu sliding itu bersama pelukan di tubuh.

"Me first! Me first!", ujar Tengku Atieef Dayyan Qarl. Dia melompat-lompat teruja. Manakala Tengku Adam Darius Qarl menjulingkan matanya ke atas. Dan Tengku Aryan Damien Qarl merenung si adik dengan tajam bersama pelukan di tubuh.

"Okay... Okay... Just lean your back against the wall", arah Dina.

"Daddy... Me first!!", pinta Atieef tidak sabar.

"Yes... Yes... I will do it", ujar Maleq sambil memegang marker pen.

"You are too loud Atieef", tegur Adam.

"Shh... Don't fight. Come here both of you. Lean here", arah Maleq. Adam dan Aryan akur.

Tika itu 'Armielya sedang memerhati mereka. Dia tersenyum kecil melihat Atieef yang tidak sabar itu. Antara mereka bertiga, Atieef terpaling hyper. Sampaikan dia sendiri pening nak melayan karenah anaknya itu. Dia sangat berterima kasih kerana Dina dan Maleq sanggup menolongnya menjaga triplets itu.

"Okay stay still Atieef. I will draw you first", ujar Maleq sambil melakar garisan ketinggian Atieef pada dinding itu.

"Have I grown? Have I grown??", tanya Atieef teruja. Maleq hanya tersenyum kecil.

FOREVER MINE [COMPLETE]Where stories live. Discover now