CHAPTER 45

7.2K 233 1
                                    

Hujung minggu berlalu sepi. Rumah itu dipandang kosong seperti kosongnya jiwanya. 'Armielya berlalu ke bilik dan bersiap-siap tengah hari itu. Dia mengenakan sleeveless dress warna hitam bersama tweed jacket dan juga tudung bawal berwarna cream. Simple but nice!

Mukanya di makeup nipis untuk mengelakkan mukanya nampak cengkung. Dicalit sedikit lipstick di bibir merah jambunya itu. Dia melorekkan senyum tetapi tak lama senyuman itu hilang dengan sendirinya. Matanya mula berkaca tetapi cepat-cepat disekanya.

Misinya hari ini mahu pulang ke rumah mertuanya. Dia mahu menjenguk sama ada bayang yang dirinduinya selama dua minggu ini berada di situ atau tidak. Siap menyemburkan perfume kegemarannya, sling bag coach berwarna cream yang tersusun elok di atas rak diambilnya. Semua barang peribadi dimasukkannya. Luggage yang dikemaskan turut ditarik bersama. 'Armielya mengeluarkan phonenya lalu sekeping gambar diambil lalu dihantar kepada encik suami.

"Assalamualaikum husband tercinta... Sayang nak pergi rumah umi." - 'Armielya

"Abang buat apa tu?" - 'Armielya

"Abang tak rindu sayang ke?" - 'Armielya

"Kalau abang rindu sayang, abang datang rumah umi ye." - 'Armielya

"Sayang rindu abang sangat." - 'Armielya

Begitulah hidupnya selama dua minggu tanpa Aqieef disisi. Dia tidak lupa untuk meminta izin dan memberitahu Aqieef ke mana saja dia pergi. Walaupun dia tahu Aqieef tidak akan pernah membalas atau membacanya. Dilorekkan senyum terpaksa. Dia perlu kuat. Detiknya dalam hati. Pintu rumah dikuak perlahan. Zack yang sedang duduk itu terus bangun. Dilorekkan sedikit senyuman untuk 'Armielya.

"Zack... Saya tak balik tau weekend. Saya balik rumah mertua saya. Awak tolong tengokkan rumah", pesan 'Armielya.

Zack hanya anggukkan kepalanya. Anak matanya menyoroti langkah puan mudanya itu. Dihela nafas berat. Haish... Apa nak jadi dengan rumahtangga Childé ni. Gumamnya perlahan. Dia yang tengok 'Armielya pun kesian. Tubuh itu nampak sedikit susut. Dengan Childé yang menghilang tanpa khabar sejak pertengkaran malam itu. Dia bukan nak kepoci tapi dia terdengar tanpa sengaja. Siapa je yang tak perasan suara Tuan mudanya itu. Sekali herdik mahu tercirit masing-masing.

'Armielya berlalu masuk ke dalam Audi TT. Enjin kereta dipanaskan. Tidak tunggu lama, pedal minyak ditekan. Keretanya berlalu keluar dari perkarangan rumah agam itu. Rumah Tan Sri Tengku Nazri ditujunya. Sebelum itu, sempat dia singgah membeli buah tangan untuk mertuanya. Dan tak lupa juga untuk si kecil Ayeesha, Taufiq dan Thea.

*******

Sampai sahaja di rumah agam mertuanya, kereta dipandu perlahan masuk ke garaj kereta yang kosong. Matanya melilau mencari kereta encik suami. Namun hampa. Tiada bayang kereta encik suami disitu. Malas beremosi, dikeluarkan luggagenya dan ditarik bersama.

"Assalamualaikum...", laung 'Armielya sambil jari naik menekan loceng rumah. Baru dia mahu menekan sekali lagi loceng rumah, tiba-tiba terjengul muka Mak Yam di sebalik pintu.

"Waalaikumussalam... Owh kamu 'Armielya", jawab Mak Yam. 'Armielya tersenyum kecil.

"Siapa tu Mak Yam", suara Puan Sri Khalida mencelah dari belakang.

" 'Armielya Puan Sri", ujar Mak Yam. Air muka Puan Sri Khalida bertukar ceria.

"Eiii menantu umi balik la...", ujar Puan Sri Khalida teruja. Dipeluk tubuh kecil itu erat.

"Masuk masuk. Umi rindu betul dekat menantu umi sorang ni", ujar Puan Sri Khalida. 'Armielya tergelak kecil. Langkah mak mertuanya diekori.

"Tinggal je luggage kamu dekat situ. Mak Yam, panggil Kak Yong. Minta dia bawa naik luggage ni ke bilik Aqieef", arah Puan Sri Khalida. 'Armielya akur. Baru sahaja kaki melangkah masuk ke ruang tamu, tubuhnya diterpa seseorang. 'Armielya tersenyum kecil.

FOREVER MINE [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang