CHAPTER 3

13.4K 484 17
                                    

Tengku Aqieef Darweesy kalih badannya ke kanan dan ke kiri. Dia tidak boleh melelapkan matanya. Malam ni dia malas nak keluar lepak dekat tempat biasa disebabkan Sherra ada dekat mana-mana dia pergi. Dia rimas dengan Sherra yang asyik nak berkepit 24 jam dengannya.

Dicapai phonenya lalu ditekan button unlocked. Hurm dah pukul 2 ni tapi tak boleh tidur juga, desisnya perlahan. Dahla esok pagi ada meeting, keluh hati kecilnya. Dia bangun dari katil untuk ke bilik kerja. Diambil MacBooknya yang terletak di atas meja lalu dibawanya ke katil. Kebetulan semasa dia menarik keluar MacBooknya dari beg laptop untuk diletakkan diatas katil, ada sekeping kertas keras terjatuh dikakinya. Dia tunduk mengutipnya.

Tengku Aqieef Darweesy membelek kad ditangannya. Nama yang tertera pada kad itu dipandangnya lama bagai nak tembus. Dia mengeluh perlahan apabila teringatkan kejadian dua minggu lepas. "Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl", desisnya perlahan.

Dibaringkan badannya ke katil sambil fikirannya terbayang muka bujur sirih itu dengan kulitnya yang gebu dan putih melepak. Matanya yang bundar kehijauan, hidung yang sedikit mancung, bibir yang mungil merah bak delima dan paling penting sekali lesung pipit yang terlekuk dalam di kedua-dua belah pipinya. Dia tersengih sendirian. Sedar yang dia tengah tersenyum macam orang gila bayang, dipandang lagi sekali kad ditangannya.

"Haih... Nak call ke tak?", getusnya perlahan.

"Tapi, nak ke dia angkat kalau dia tahu aku yang call?", tanya Aqieef pada dirinya.

"Arghh...Tak kira dia angkat ke tidak, aku nak call dia juga", getus hatinya.

"Tapi dah tidur ke belum dia ni?", omelnya lagi. Tanpa dia sedar, tangannya bergerak laju lebih daripada otak. Ditaip nombor phone 'Armielya laju pada keypad phonenya. Ditekan button hijau lalu phonenya ditekap ditelinga. Dadanya dihempas debaran.

'Armielya yang sedang lena dibuai mimpi tersedar apabila bunyi deringan phonenya. Dicapai malas iPhonenya lalu ditekan button hijau tanpa melihat nama pemanggil.

"Erm... Hello...", jawabnya mamai. Sebaik sahaja panggilannya berjawab, Tengku Aqieef Darweesy hanya diam tidak berkutik. Dia seakan-akan di dunianya sendiri sebaik sahaja mendengar suara mamai 'Armielya.

"Helloooo... Siapa yang call niii?", tanya 'Armielya dengan meleret. Dia pandang iPhonenya dengan muka berkerut.

"Call orang pastu tak nak cakap. Apa hal? Nak cari gaduh ke", bebel 'Armielya perlahan sambil menekan button off. Tapi bebelannya sempat didengari oleh Aqieef. Aqieef tersengih lama.

"Comel", getusnya perlahan. Aqieef tersedar yang dia telah memuji perempuan yang dikatakan sengal itu sejak pertemuannya di hadapan pasaraya Giant. Ditekan lagi button call. Gigih!

"Hellooo", jawab 'Armielya geram sambil giginya diketap. Senyap tidak berjawab lagi. 'Armielya tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Hei orang disana!!", panggil 'Armielya kuat. Aqieef menjauhkan sikit phone dari telinganya. Boleh pekak telinganya kalau tak dijauhkan.

"Kalau awak call saya, pastu tak nak cakap, baik tak payah call. Lagi satu, yang awak duk call saya pagi-pagi buta ni nak apa hah? Macam dah takde hari esok nak ditelefonnya. Tak tengok jam ke dah pukul berapa sekarang ni, atau dekat rumah awak memang takde jam? Awak tahu tak yang time-time cani orang tengah tidur. So, it's not proper to call people at this hour except if something emergency happen. Lagak macam penting sangat je call orang pagi-pagi macam ni. Dahla, kalau takde hal penting jangan nak call saya lagi. Buat membazir air liur saya ada lah. Ok bye saya nak sambung tidur", sembur 'Armielya bengang. Diletakkan iPhonenya ke bawah bantal sebelah tak nak diganggu. Dia merengus geram.

Terkulat-kulat Tengku Aqieef Darweesy selepas disembur 'Armielya.

"Mulut tu tak reti-reti nak berhenti membebel. Dah macam machine gun aku dengar. Ni kalau depan aku ni, memang dah dicium mulut tu suruh diam. Ishh aku pun satu, yang pergi call dia tu buat apa", bebel Aqieef sambil tersenyum kecil dengan kepalanya digeleng-gelengkan. 'Armielya, serunya sebelum melelapkan mata.

FOREVER MINE [COMPLETE]Where stories live. Discover now