CHAPTER 43

7.7K 247 5
                                    

'Armielya menyibukkan diri di dapur. Maklumlah mertuanya adakan makan malam bersama keluarga sebelah Aqieef. Saja berkumpul adik-beradik kata Puan Sri Khalida. Banyak menu yang disediakan. Antaranya, nasi goreng butter, nasi arab, bihun goreng, satey, ayam bakar, nasi himpit, spaghetti carbonara dan spaghetti bolognese.

Dan salah satu menu yang tak akan ketinggalan ialah kambing bakar request by encik suami. Merayu-rayu encik suami suruh dia buatkan. Katanya terliur nak makan kambing bakar yang dia buat. Tangan 'Armielya lincah menggaulkan daging kambing dengan sos perapan yang disediakannya tengah hari tadi. Sedang dia leka membuat kerja di dapur, tiba-tiba ada seseorang menyergahnya.

"Sayang!!", sergah Aqieef sedikit kuat. Tangannya laju melingkar tubuh langsing itu. 'Armielya terkejut dengan sergahan itu.

"Ish apa abang ni... Terkejut sayang tau. Tak boleh ke tegur elok-elok sikit", rungut 'Armielya. Aqieef melabuhkan dagunya ke bahu cik isteri.

"Hehe.... Sayang, abang rindu sayang tau. Puas abang cari sayang tadi. Rupanya dekat sini sayang abang bertapa", ucap Aqieef manja. Bibirnya mengucup leher jinjang 'Armielya yang berlapik dengan tudung bawal itu.

"Ish kacau betul tudung ni", rungut Aqieef seraya memasukkan kepalanya sedikit ke dalam tudung cik isteri. Lalu leher itu dikucup bertalu-talu. 'Armielya menggeliat kegelian.

"Emm... Wanginya isteri abang ni...", gumam Aqieef dicelah leher 'Armielya. 'Armielya mengetap bibir geram.

"Abang... Kita dekat dapur ni. Nanti orang tengok malu la sayang", tegah 'Armielya sedikit keras. Dia cuba menolak badan Aqieef yang menempel di tubuhnya itu.

"Abang... Janganlah...", tegah 'Armielya lagi dengan suara mendatar apabila tangan kekar Aqieef menyelinap masuk ke dalam blousenya. Jantungnya seakan mahu melompat keluar. Mukanya sudah bertukar rona.

"Emmm... Takde orang la sayang. Don't worry. Semua orang ada dekat luar. Abang guarantee la dorang takkan masuk dapur punya", gumam Aqieef. Dia masih leka mengucup leher cik isteri. 'Armielya menahan rasa.

"Abang... Sayang tengah buat kerja ni", ujar 'Armielya. Tangan kekar Aqieef yang mengusap perut kempisnya itu sangat menguji cik jantung. Bibir bawahnya digigit perlahan menahan rasa gemuruh.

Tan Sri Tengku Nazri yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dapur terus terbantut. Langkahnya dihentikan secara mengejut. Manakala Puan Sri Khalida yang berada di belakangnya itu sudah elok mencium belakang badan encik suami. Tangannya naik mengusap dahi perlahan.

"Aduh abang ni... Kenapa berhenti mengejut ni. Bukan ada lampu merah pun dekat sini", bebel Puan Sri Khalida.

"Idaa... Anak awak memang dah hilang rasa malu eh?", tanya Tan Sri Tengku Nazri. Wajah cik isteri yang terjengket menghendap anak menantunya itu dipandang. Matanya membulat. Wajah Tan Sri Tengku Nazri dipandang segan.

"Err... Ehemm!! Tengku Aqieef Darweesy!", panggil Puan Sri Khalida seraya menolak suaminya ke tepi.

Berderau darah Aqieef apabila ditegur begitu. Dia pantas melepaskan tubuh 'Armielya. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Wajah 'Armielya usah dikata. Semestinya merah seperti udang kena bakar. Malunya tidak terkata apabila kantoi dengan mertuanya. Dia tidak berpaling sedikit pun. Tangannya menyambung kerja yang tertangguh.

"Umi... Abi... Buat apa masuk sampai sini?", tanya Aqieef. Riak mukanya cuba dikawal. Puan Sri Khalida menjeling si anak.

"Kenapa? Umi dengan abi tak boleh masuk dapur ke? Kacau kamu buat kerja?", sindir Puan Sri Khalida. Darah merah semakin menyerbu muka 'Armielya. Ya Allah mana nak sorok mukanya kala ini. Ni semua salah Aqieef. Gatal tak bertempat. Gumam hatinya sebal.

FOREVER MINE [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora