CHAPTER 48

7.3K 224 4
                                    

"HEY!! KAU NI TAK FAHAM BAHASA KE APA?!", tengking Aqieef kuat sehingga bahu Encik Zul terhinjut naik. Encik Zul yang merupakan Business Development Manager itu hanya menekur lantai.

"Maaf Tengku... Saya dah tukar tadi ikut ap..", belum sempat Encik Zul menjawab, Aqieef sudah memangkah laju.

"APA?! KAU CAKAP KAU DAH TUKAR?", soal Aqieef bersama herdikan yang kuat. Suara yang memetir itu terdengar sampai ke luar officenya menyebabkan semua staff kecut perut.

"Ya Tengku. Saya dah tukar", jawab Encik Zul. Sudah kali ketiga dia menukar reportnya itu. Namun tetap tidak memuaskan hati CEO muda itu.

"AKU TAK NAK MACAM NI!! AKU CAKAP LAIN TADI. YANG KAU PERGI UBAH MACAM NI KENAPA??", herdik Aqieef dengan wajah menyinga. File yang dipegangnya turut dibaling kasar ke lantai.

Megat yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat turut tersentak. Dia mendekati pembantu peribadi Aqieef, Kak Shima. Dia berdehem seketika. Kak Shima melangut melihat gerangan yang berdehem itu. Dia melorekkan senyuman nipis.

"Ya Encik Megat? Ada apa yang saya boleh bantu?", soal Kak Shima.

"Kenapa dekat dalam tu?", soal Megat.

"Err tak tahu la Encik Megat", jawab Kak Shima serba salah.

"Siapa pula yang jadi mangsa harini?", tanya Megat. Kak Shima tersengih kecil.

"Encik Zul BD", jawab Kak Shima. Megat terangguk-angguk.

"ISH KAU NI MEMANG TAK BOLEH DIHARAP!! KAU NAK KERJA KE TAK NAK?? KAU INGAT NI PLAYGROUND KE?", tengking Aqieef lagi.

Mendengar tengkingan itu, Megat melangkah ke arah pintu office Aqieef. Kak Shima mahu menghalang tetapi Megat mengisyaratkan supaya Kak Shima bertenang. Pintu bilik CEO dikuak perlahan. Pandangan membunuh Aqieef tidak dihiraukannya.

"Encik Zul, you boleh keluar", arah Megat. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Baik Encik Megat. Err... Tengku saya minta maaf. Saya akan baiki balik report saya. Saya keluar dulu", ujar Encik Zul takut-takut. Dia tergesa-gesa keluar dari bilik CEO itu. Setelah Encik Zul berlalu keluar, Megat memandang wajah beku itu dengan berani.

"Kau kenapa ni Qieef?", soal Megat.

"Kenapa apa? Kalau kau tak nak cakap pasal kerja, kau boleh keluar. Aku tak nak dengar", halau Aqieef kasar. Megat hela nafas perlahan.

"Kau ada masalah ke dengan 'Armielya?", soal Megat tanpa berlapik. Aqieef merenung tajam wajah kawannya itu.

"Itu masalah aku. Bukan masalah kau. Yang kau menyibuk ni kenapa?", garang nada Aqieef.

"Ya betul. Bukan masalah aku. Tapi kalau dah melibatkan pekerja-pekerja office, masalah tu dah jadi masalah aku", ujar Megat. Rahang Aqieef bergerak-gerak menahan amarah.

"Kalau tu dah jadi masalah kau, kau boleh resign", ujar Aqieef keras. Megat tersenyum sinis.

"Tak. Aku takkan resign", jawab Megat.

"Dahtu kalau tak nak resign, sila berambus dari office aku. Aku banyak kerja lagi nak buat", ujar Aqieef dingin.

"Aqieef. Aku kenal kau dah lama. Kau kawan aku. Aku tahu kau ada masalah. Kau ada masalah dengan 'Armielya kan?", ujar Megat tenang.

Aqieef meraup mukanya kasar dengan kedua-dua belah tangannya.

"Eh aku takde masalah la. Kau keluar boleh tak?", bentak Aqieef dengan muka bengang.

"Kalau kau cakap kau takde masalah, kenapa aku tengok dah nak sebulan mood kau tak elok. Kau tengking pekerja-pekerja kau. Kau maki hamun dorang. Ni bukan diri kau. Kau bukan jenis yang suka bawa masalah dari rumah ke tempat kerja. But this time, you did. Tell me. What's wrong with you. Kalau aku boleh tolong, aku tolong Qieef", ujar Megat.

FOREVER MINE [COMPLETE]Where stories live. Discover now